damdiduuu

Monday, February 13, 2012

hospital mata Tun Hussien Onn - monthly eye check



dah lama abang tak pergi check mata kat hospital mata.
kali terakhir pergi sama² pun
aku dan Alice tak masuk ke bilik doktor.
tunggu di luar saja
sebab masa tu Alice dah tidur.

kali ni dah 2 minggu ubat mata abang habis.
nak buat appointment Sabtu sebelum tu
tapi dah lewat, tak sempat.
baru tahu rupanya kena buat appointment waktu pejabat saja.

satu perkara yang aku baru tahu juga
rupanya mata abang sakit :(
petang² saja berair.
abang tak cerita kat aku.
bila doktor tanya saja baru dia cerita.
sedih aku dengar :(

tak macam biasa
selain daripada ubat titis
kali ni doktor beri ubat tambahan.
ubat makan
supaya tekanan mata jadi kurang dengan cepat.
bila abang makan ubat dan guna ubat mata
dia jadi sakit kepala.
tak aktif membuli aku dan Alice macam selalu :(

banyak yang tak nampak.
moga² selepas rajin letak ubat
mata abang akan semakin sembuh


moga dugaan ni jadikan kita semakin kuat.
semoga kita dilindung dan dirahmati selalu.

aku sayang abang
:(

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...