damdiduuu

Showing posts with label hopital mata Tun Hussien Onn. Show all posts
Showing posts with label hopital mata Tun Hussien Onn. Show all posts

Friday, November 9, 2012

pergi hopital mata lagi

dah lama betul rasanya tak jumpa doktor untuk check mata abang
selalunya cuma datang untuk beli ubat.
jimat sikit :p
kalau jumpa doktor kena bayar consultation.
beli ubat bulan² pun dah makan ratus².

sampai la masanya doktor letakkan syarat
untuk next prescription
kena check mata dulu baru dia beri ubat.
... terpaksa la
:p

selalunya ok
tidaklah sembuh abang punya glaucoma
tapi terkawal
dengan bacaan 18 pada dua² mata.
check up kali ini mata kiri 18
tapi mata kanan dah naik sampai 24.
doktor pun tambah 1 lagi ubat untuk abang cuba.
berbanding dengan sebelum ini
yang kena buat pemeriksaan 2 bulan sekali
kali ini doktor nak tengok macam mana keadaan
selepas guna ubat tambahan
jadi kita kena datang lagi bulan depan.
moga semuanya selamat
:)


doktor beri abang cuba ubat tambahan kali ini
:(


take off shoe
sambil tengok tv.
punya la lama mommy nak kena tunggu!


sementara nak tunggu daddy check mata
budak kecik seronok pergi main kat play area
:D


yang ini paling Alice terer
bukan main laju dia buai!
:D


oho dah pandai panjat slide ya!


orang suruh masak
dia sibuk main gelang :p


waktu makan kat cafe
Alice jatuh kerusi
sampai benjol dahi.
tapi benjol sekejap saja sebab tuam dengan ais.
dah umur 18 bulan
ini pertama kali Alice jatuh!
:p

Monday, February 13, 2012

hospital mata Tun Hussien Onn - monthly eye check



dah lama abang tak pergi check mata kat hospital mata.
kali terakhir pergi sama² pun
aku dan Alice tak masuk ke bilik doktor.
tunggu di luar saja
sebab masa tu Alice dah tidur.

kali ni dah 2 minggu ubat mata abang habis.
nak buat appointment Sabtu sebelum tu
tapi dah lewat, tak sempat.
baru tahu rupanya kena buat appointment waktu pejabat saja.

satu perkara yang aku baru tahu juga
rupanya mata abang sakit :(
petang² saja berair.
abang tak cerita kat aku.
bila doktor tanya saja baru dia cerita.
sedih aku dengar :(

tak macam biasa
selain daripada ubat titis
kali ni doktor beri ubat tambahan.
ubat makan
supaya tekanan mata jadi kurang dengan cepat.
bila abang makan ubat dan guna ubat mata
dia jadi sakit kepala.
tak aktif membuli aku dan Alice macam selalu :(

banyak yang tak nampak.
moga² selepas rajin letak ubat
mata abang akan semakin sembuh


moga dugaan ni jadikan kita semakin kuat.
semoga kita dilindung dan dirahmati selalu.

aku sayang abang
:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...