damdiduuu

Friday, October 4, 2013

bunga ros segar 43sen sekuntum

sebenarnya
aku bukan la suka sangat dengan bunga.
sebelum² ni pun
bila pergi Cameron Highland
tak pernah terlintas
nak beli bunga.
kaktus jangan cakap la.
lagi minat buah²an kalau pergi mana² pun.
sedap dan sihat
(makan je ingat!)
:p

tak pandai appreciate
tengok saja
kaktus kat Al-Mashoor Strawberries

murah yang amat!
kebetulan masa ada kat pasar malam Brinchang
terdetik pulak nak beli bunga.
bukan apa
sebelum ini tak terfikir pun nak tengok harga
tapi kali ini
boleh pulak
masa lalu depan satu gerai tu
terdengar nyonya jual bunga tu
promote
bunga satu bungkus RM6.

dirt cheap!
satu bungkus tu ada dalam 10 kuntum bunga rose kalau tak salah.
maksudnya sekuntum 60sen.
mana nak cari?!
kat pasar pun hari biasa
(yang bukan Valentine's Day)
RM3 sekuntum.
untuk majlis kahwin
paling bangsat boleh dapat RM1 sekuntum
(dah la kenduri kahwin kalau pelamin saja pun dah makan ribu²!).

why not?
jom beli bunga!
:)

boleh tahan traffic jammed kat sini
parking pun susah nak dapat tepi jalan


nak beli kat mana?
sebenarnya awal² jumpa tu
kat tapak pasar malam Brinchang
tapi bukan waktu pasar malam.
kita ke sana
selepas sarapan
pada pagi Ahad.
kat gerai tu pun tak banyak pilihan.
abang kata selepas check out nanti
on the way balik
kita singgah Kea Farm.
(abang nak balik ikut Tapah
sebab nak mandi kat Lata Iskandar
tapi bini dia tak nak lalu jalan berliku,
jauh sikit tak apa)
:p

melayan traffic congestion
dekat Brinchang
dan sebelum sampai Kea Farm
dengan parking pun susah nak dapat tepi jalan
serta kebetulan tengah hari tu hujan renyai
memang mencabar juga misi kali ini.

kat sini memang rasa macam 'hujan rahmat'
sebab pagi²
udara sejuk
kabus tebal
rasa macam jalan dalam awan
(sila pasang lampu kereta!)
dan bila dah banyak sangat kabus
dah berat sangat
dia turun jadi titisan halus hujan.
memang nikmat!
alhamdulillah
:)

ok cakap banyak pun tak guna.
mari cari bunga!

semua pun cantik!
:)

biasa la perempuan
nak beli pun bunga ros merah
sebungkus yang paling murah saja
tapi pusing 5-6 gerai juga.
mana tak nya
ada yang bungkus cantik²
tambah rumput rampai sikit
(kata² orang sayang duit)
kemudian jual sampai RM20
untuk 5 kuntum bunga mawar saja.
tak untung ...
bak kata Mail dalam cerita Upin Ipin.

jadi last²
beli sebungkus
semua bunga rose
ada 6 kuntum merah pekat (cantiknya!) :D
5 kuntum putih
2 kuntum pink
1 kuntum purple.
amek kau!
14 kuntum RM6.
maksudnya sekuntum 43sen sahaja!
alhamdulillah
:)

pilih kudup yang kecik²
nak tengok dia berkembang mekar.
14 kuntum ros
RM6

biasa la macam perkara lain
jangan fikir susah² sangat.
tips menggubah bunga

1) its not what you have that count
its how you want to use it.

kalau kita tengok kat kedai bunga
dengan sekuntum bunga pun
boleh jadi jambangan besar.
tambah saja rumput rampai lebih kurang
cantik la jadi dia.
moral of the story: bersyukur la dengan apa yang kita ada
gunakan sebaiknya!

2) potong tangkai bunga dengan pelbagai ketinggian
daun bahagian bawah jangan buang semua
kalau ada banyak daun
lambat sikit air tersejat.
nampak rimbun sikit lagi cantik
:)

3) susun.

peraturan 1. tiaada peraturan.
ikut suka
janji nampak cantik sudah!

4) asymmetric.
jangan jadi control freak sangat
(sikit² boleh maaf lagi).
dalam dunia ni bukan semua benda teratur ngam² dengan kepersisan 0.001mm.
ala kadar sudah.
tak perlu semua simetri sangat

5) take pride in your work.
pagi² senyum² cantik²
dan pujilah
alhamdulillah
:)
bukan ada juri profesional nak complaint kalau tak cantik pun
:p

tajuk gubahan:
bunga mak Alice kembang sekebun.
nampak sangat cowboynya
rumah tak ada vase
guna gelas Mc D je.
kalau tambah baby breath lagi cantik
tapi beat the purpose nak buat jambangan bunga 43sen pulak.
janji happy.
duduk kat meja makan senyum²
:)

10 comments:

  1. hehe murahnya..tapi kalau yg dah dgubah berapa pulak hrganya ye. teringin nak bagi kat admirer tapi saya prmpuan die lelaki..hehe sesuai tak? belasah jela.. :P




    ReplyDelete
  2. Nak tanya ade x tau mana2 kdai jual ros biru . Contact saya trus ea . 0126550889

    ReplyDelete
  3. kalau nk beli yg dah siap gubah + penghantaran bleh usha kt sini..

    https://www.facebook.com/sizzerscollection/photos/a.651582978207281.1073741868.378959755469606/651583021540610/?type=1&theaterl

    ReplyDelete
  4. Surprise planner area kl dn selangor 0108449116

    ReplyDelete
  5. Surprise planner area kl dn selangor 0108449116

    ReplyDelete
  6. boleh emailkan pada saya senarai harga sekuntum bunga yg anda jual?

    email pada hitznm@gnail.com / nasyatie@gmail.com

    terima kasih diatas kerjasama,

    ReplyDelete
  7. surprise planner rm50 area kl selangor contact 0147174923

    ReplyDelete
  8. surprise planner rm50 area kl selangor contact 0147174923

    ReplyDelete
  9. Sye mencari pembekal bunga rose
    Email saya di
    rahmad.cockoo@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy bekalkan bunga fresh cut,rose n dll bunga. 0126779718 Boy

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...