damdiduuu

Saturday, October 5, 2013

ubat cegah muntah untuk perjalanan bersimpang siur

sebelum ke Cameron Highland
mommy kalau boleh nak buat persediaan secukupnya.
selain daripada baju,
selimut dan sweater Alice,
makanan (nak jimat duit daripada beli snack di sana,
Alice pulak waktu makan tak menentu
kita lunch dia makan aiskrim
kemudian waktu kita happy happy joy joy
dia boleh mengadu lapar!),
satu perkara penting
ialah keselesaan mommy :p

hahahahaha ada bunyi macam selfish ke?
mak² nak kena sihat dan selesa la
baru mak boleh jaga orang lain.

selesa dan ceria
nak duduk selesa dalam kereta lama²
kena bawa bantal leher
(masih cari lagi beanie yang besar
selesa untuk neck & shoulder
kain lembut.
siapa tahu sila recommend!)



lagi satu yang tak kurang pentingnya
drugs!
:p

sejak kecik mommy memang ada masalah
motion sickness.
asal jalan bersimpang siur je
mesti sakit kepala dan muntah.

bila pergi theme park
ada macam² ride yang mengujakan
bukan 'tak berani' masalah utamanya
(fuuu syok woo tengok macam² ride mencabar iman!)
tapi nanti mesti muntah.
potong!
apa la perut tak tahan ...

jadi kali ini mommy pergi farmasi
dan minta pharmacist cadangkan ubat
untuk motion sickness.

ubat ni prescribed medicine
tak boleh beli off shelve.
macam² pharmacist tanya
ubat untuk siapa?
mengandung?
pernah ambik ubat seumpamanya sebelum ni?
naik kapal?
dah puas hati baru dicadangkan pada mommy ubat ni.

arahan
makan 1 biji
setengah jam sebelum perjalanan.
mommy tanya
bila dah pening baru makan tak boleh ke?
pharmacist tu kata
ubat ni tak bertindak sepantas tu
:p

mahal tak?
harga ubat ni kalau tak salah dalam RM7++
ada 10 biji sekotak.

alhamdulillah
bila ambil ikut arahan
tak rasa pening
tak rasa sakit perut
tak rasa sakit kepala
atau mungkin sebab tak ikut jalan Tapah kot
(thank you, daddy!)
:p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...