tulisan ini adalah sebagai rakaman pengalaman.
setiap kehamilan/ keguguran adalah berbeza
dan perlu dirujuk kepada Ob-Gyn bertauliah.
background
- kandungan ke-2
- anak sulung umur 3 tahun 1 bulan
- umur mommy 30an
- kerja pejabat yang tak stress mana
- pertama kali keguguran
- tak ada masalah sewaktu kehamilan pertama
- anak sulung menyusu badan hingga 2 tahun 6 bulan
- berhenti ambil suntikan depo provera 1 tahun 5 bulan sebelumnya
awal Mei 2014
terasa simptom² mengandung
- perut rasa padat
- tak selesa pakai jeans dan girdle biasa
- penat!
- duduk macam biasa tak selesa
pregnancy test using test kit
- negative
selepas 2 minggu lebih rasa mengandung
baru dapat hasil ujian positif
15/5/2014
(lebih kurang 2 minggu seterusnya)
pregnancy test using test kit
- positive
19/5/2014
(4 hari selepas test kit positive)
Antenatal check up: 1st session
- positif mengandung
- kantung elok saja bulat
- belum ada baby heart beat
- dijangka kandungan berusia 5 minggu (selalunya 6 minggu baru ada heart beat)
- perlu datang lagi 2 minggu untuk scan sekali lagi
- bill RM153.20 (Ultrasound, calcium, folic acid. evening clinic)
lewat May - awal Jun 2014
tak ada tarikh tepat
tapi mengandung kali ni rasa lain.
- penat sangat.
- bila tidur terus tak jaga sampai pagi.
kalau waktu mengandungkan Alice dulu
kejap² nak bangun pergi toilet.
kali ni tak ada.
- lepas beberapa lama
dah tak rasa macam mangandung.
tak ada morning sickness.
rasa tak selesa kat perut pun dah kurang.
memang rasa macam tak mengandung.
perasaan yang subtle.
- ingat² lupa
rasanya selepas waktu² macam ni la
dah mula buat persediaan mental.
redha
kalau tak ada rezeki
kita boleh cuba lagi next time
:p
4/6/2014
(lebih kurang 2 minggu selepas 1st antenatal check up)
- started very light string bleeding
- using panty-liner
sepatutnya dalam bulat kat tengah ada imej kecik dengan jantung berdegup².
saiz masih sama macam hasil scan yang lepas.
14/6/2014
(hari ke 11 bleeding)
2.30pagi
- bleeding banyak macam period
- tak sakit
9.00 pagi
Antenatal check up: 2nd session
- confirmed miscarriage
- tak ada heart beat
- saiz kantung sama besar macam pervious scan, tidak membesar
- doktor advised untuk buat D&C (cuma dijalankan Isnin - Jumaat, office hour. hari ni Sabtu) sebab dia estimate dah 3 minggu masih belum keluar secara semulajadi dan bila bleeding tak sakit. Biasanya kalau sakit baru semulajadi keguguran.
- bill RM142.00 (Ultrasound saja. Saturday clinic)
bila confirmed keguguran
kita bawa Alice pergi main
jalan² makan² best².
penat tu memang penat.
kalau ikutkan hati nak terus balik tidur
tapi kesian pulak Alice yang hari cuti
dan daddy yang masih terkejut baru dapat berita
jadi baiklah kita keluar jalan² dulu.
tak apa la mommy sakit sikit².
asal Alice dan daddy boleh happy lapang dada sikit hari cuti ni
:)
15/6/2014
(hari ke 12 bleeding)
3 pagi
- bleeding banyak dengan ketul² darah dan some solid tissue
- tak sakit
hari ke 12 keguguran.
mungkin tak diberi rezeki untuk tengok
jadi tak nampak pun bentuk "orangnya" kat huruf "R" tu.
peringkat awal sangat lagi.
belum terbentuk lagi
belum ditiup roh.
mungkin sebab tu tak rasa kehilangan sangat.
16/6/2014
(hari ke 13 bleeding)
Follow up checkup
- check up untuk tentukan masih perlu D&C atau dah keluar naturally
- alhamdulillah, kantung dah tak ada tapi masih ada tissue lain yang belum keluar sepenuhnya
- tak perlu D&C
- doktor beri antibiotik yang kuat (dan mahal!)
- MC 2 hari sebab normal miscarriage
- bill RM212.60 (Ultrasound, 2 types of antibiotics. Office hours clinic)
1st time tengok dalam 1 kotak cuma ada 1 pill saja!
yang ini boleh pulak ada 30 days expiry date!
dua antibiotics ni saja harganya RM110.60!
update:
23/6/2014
(selepas 19 hari bleeding)
darah berhenti sepenuhnya.
alhamdulillah
:)
bleeding
- awalnya light bleeding
tak jangka boleh jadi keguguran.
kalau tengok pengalaman kandungan pertama Yasmin Hani kat tv
waktu mengandung boleh keluar sampai seketul darah
tapi kandungannya alhamdulillah selamat.
sakit
- mungkin sebab usia kandungan masih awal
jadi prosesnya tak sakit.
- setiap kandungan berbeza,
sebab itu kena check dengan Ob-Gyn bertauliah
- selalunya doktor akan tanya sakit atau tidak bila bleeding
- kalau sakit ada kemungkinan kandungan ada masalah
- keguguran hanya boleh disahkan dengan ultrasound scanning
D&C
- prosedur pembukaan serviks
dan membuang kandungan rahim
menggunakan alat curette atau vakum atau kedua²nya
- baca lanjut di sini
keguguran dah lengkap?
- kalau rujuk banyak artikel
selalunya keguguran tu dah dikira lengkap dengan cara
1) ultrasound scan untuk lihat secara fizikal
2) ujian darah untuk tahu kepekatan hCG.
ujian kuantitatif untuk tahu nilai
bukan ujian kualitatif dengan pregnancy test kit tu.
- bila rujuk pada doktor
ultrasound lebih tepat
sebab pada awal keguguran
masih ada kesan hCG dalam darah.
- untuk orang yang dimomokkan bahaya ultrasound kepada kandungan
eloklah rujuk doktor Ob-Gyn bertauliah
jangan risau dengan cakap² orang yang tak bertauliah saja.
PPUM
- selepas doktor cadangkan buat D&C
kita memang dah plan nak ke PPUM
sebab D&C di KJMC kosnya RM1,500.
- kalau ke PPUM mungkin boleh jimat kos
tapi pengalaman sebelum ini
untuk buat ultrasound pun kena set appointment
bukan terus buat dan² tu
(ini untuk ibu mengandung, bukan untuk tujuan lain)
jadi daripada kena pergi jalan sana sini panas terik
tanya itu ini
tunggu tunggu tunggu
tension²
tapi akhirnya tak perlu pun D&C,
kita buat keputusan
untuk scan dulu di KJMC selepas heavy bleeding (walau pun tak sakit).
kalau betul² perlu buat D&C baru pergi PPUM.
- alhamdulillah tak perlu D&C
jimat tenaga, masa tak perlu ke PPUM
batuk
- blessing in disguise.
cuaca panas
tekak kering
tekak gatal²
dan kemudiannya batuk².
rasa macam batuk ni membantu juga
bila batuk rasa lebih banyak darah keluar
lebih cepat proses selesai
:)
fisiologi
- tak ada cramp teruk
cuma sakit kepala
mungkin sebab kurang rehat.
sekarang cuaca panas
susah sikit nak tidur.
bila tidur pulak risau
anticipate bila nak cramp sakit² macam contraction masa nak bersalin dulu, baru semua isi dalam kandungan keluar agaknya :p
mungkin sakit kepala sebab tu.
mentally tired.
- sakit belakang mungkin sebab posisi tidur
(masih tidur mengiring ke kiri macam orang mengandung)
- sakit sikit² sana sini
yang sehabis baik cuba diabaikan
pergi kerja tak nak.
duduk rumah sorang² sibuk usya
bila la daddy & Alice nak balik ni.
rindunya!
kerja rumah
- kalau ikut hati
sampai rumah nak terus baring
tapi disebabkan belum semua tissue keluar lagi
jadi sibukkan diri jugak
sapu rumah,
basuh baju,
siapkan barang² anak sulung,
buat apa² yang patut
supaya aktif sikit
semoga cepat selesai semuanya.
jadi bila malam sikit memang totally spent,
penat sangat²
letak kepala terus lelap.
perubahan ritma
- sejak awal mengandung memang ada perubahan jadual.
malam paling lewat pukul 10 dah penat sangat².
tidur nyenyak
apa pun tak sedar
kemudian dalam pukul 2.30 - 4 pagi
mata segar.
bila dah tak boleh tidur jadi lapar :p
alang², layan la world cup seround dua dulu
:p
kenapa keguguran?
- keguguran adalah normal
- pada awal kehamilan
sekiranya yang terbentuk itu tidak cukup sifat
maka dia tidak akan dibesar dan dilahirkan.
- apabila terjadi keguguran
proses ini tidak boleh dilengahkan/ dihentikan.
survival of the fittest.
sedih tak?
- awalnya sedih jugak.
tipu la bila tengok orang mengandung
atau bayi kecik tak sayu.
alhamdulillah kita dah ada Alice.
anak seterusnya insyaAllah kalau ada rezeki.
redha.
belum masanya.
bila berbincang balik suami isteri
kita sama² setuju kita belum bersedia untuk tambah orang baru.
belum lagi buat masa ini.
salah siapa?
- keguguran adalah normal
boleh berlaku kepada sesiapa
bila kandungan itu bermasalah.
memang bukan rezeki dia.
I'm not beating myself up over this.
dah tersurat ini yang terbaik untuk kita.
haaaaa..... itu la!
- bila kita rujuk kepada artikel atau buku berkenaan keguguran
satu perkara yang ditekankan
ialah orang sekeliling
bersimpati
tapi bukan semua tau apa yang perlu dicakap
dan apa yang tak perlu dicakap.
macam kalau pergi hospital
ziarah orang sakit baru lepas accident
takkan kita nak cakap
"haaaa .... tu la! lain kali bawak motor hati²!"
dah sah² orang tu dah patah riuk.
entah bila boleh bawak motor lagi wallahu a'lam.
bagi aku "haaa .... tu la!" tu adalah untuk peringatan kita sendiri.
bila tengok pengalaman orang lain
jadi pengajaran untuk diri kita sendiri.
bukan untuk "haaa .... tu la!"kan orang lain.
jagalah adab² ziarah orang sakit.
waktu MC duduk sorang² kat rumah
abang called
katanya dia dan Alice balik lambat.
ada projek.
rupanya diaorang dua beranak pergi cari card, bunga sama present untuk mommy
(dan entah macam mana Alice pun dapat present crayons baru!) :p
thank you, Yayang.
mommy paling bahagia bila daddy sabar jaga Alice.
itu hadiah yang paling² besar dah
:)
abang macam mana?
- awalnya abang terkejut dan tension
macam ramai orang kata
abang macam tu sebab dia risaukan aku.
bila dah boleh terima, dah faham
abang bagi banyak sangat pertolongan dan sokongan.
lebih² dalam jaga Alice.
aku malam pukul 9 lebih je dah useless :p
- aku juga tak beritahu abang apa² selain bleeding.
baru bleeding sikit saja abang dah risau bagai nak rak.
tak payah la aku susahkan hati dia lagi.
biarlah bila doktor dah confirmedkan baru abang tau.
lepas check up yang memberansangkan
(dah gugur semulajadi, tak perlu D&C)
ada kesempatan dating together gether
kita pergi tengok movie free (tq Pih!)
makan Cinnabon
lepak kat Carl's Jr
(ha! selain daripada karipap, daddy suka Carl's Jr!).
baru la rasa bercinta,
tak la kejap² kena tegur Alice yang macam² ragam bila keluar.
macam tu pun, waktu tengok movie
kita masih rasa bersalah sebab tak bawa Alice,
kesian Alice tak dapat tengok movie ni,
bila part best² laju je cakap "Alice mesti suka tengok ni!" :p
sempat jugak shopping baju baru.
yeah, saya shopaphobic!
kalau abang tak pilihkan baju²
confirm baju yang ada saya lenjan selagi boleh!
Alice
- kita ajarkan pada Alice
"Dalam perut mommy ada adik baby?"
"Tak ada"
"Adik baby mana?"
"Allah dah ambik"
"Kenapa Allah ambik?"
"Sebab Allah sayang adik baby"
- bila mommy sakit kepala Alice picitkan
- bila mommy penat Alice tolong
- bila mommy suruh simpan toys yang bersepah²
Alice simpan sambil membebel tak puas hati :p
- bila mommy tidur
Alice sambil mengunyah potato chips
datang kat mommy
tanya "kenapa mommy tak makan yang pedas?" :p
alhamdulillah Alice tak ada masalah
:)
Alice ok.
nakal normal macam biasa.
dalam banyak² gambar yang Alice lukis
terselit satu gambar ni.
mommy tanya apa ni?
Alice jawab "Ni baby mommy. Baby mommy ada."
nampak macam gambar ultrasound kan?
dah la Alice cakap 'baby mommy' dan bukan 'adik baby'.
tak apa la Alice.
baby mommy ada.
Alice la baby mommy
:)
Assalam..
ReplyDeleteSaya pun ada pengalaman keguguran. Usia kandungan 14 minggu lebih. 23 Ogos lepas. It's a boy. I named him as Muhammad.
Masih terasa lagi kehilangan. Itu kandungan ke dua sy. Anak pertama dah 2 tahun.
Saya ada kongsikan pengalaman keguguran sy dalam blog saya www.caramudahhamil.com ( Search : Pengalaman keguguran )
Saya doakan puan cepat2 dapat baby. Saya sedekahkan al fatihah untuk anak puan dan Muhammad
Assalam
Assalamualaikum.. Saya pon ada pengalaman keguguran.. 17 dis yg lepas.. Baby 1st kiteorg.. Mase kandungan baru masuk 8minggu.. Teringat lagi saat 1st bleeding(16dis). Waktu pagi. Ngah iron baju. Time tu terkejut sgt.. Then kul 9 pg gi klinik. Tp klinik tros suh refer kecemasan.. Mase tu hati dah xmenentu.. Kt spital doc wat speculum test. Dye ckp pintu lom bukak.. Tapi bile scan. Doc ckp kantung saya mgkin xjadik!xde degupan jantung.. Mase tu rase ada batu hempap atas kepala.. Nak nangis kt situ jugak.. Tp kene kuat. Sbb nk drive balik umah. Smpai umah tros call husband.. Dah nangis2. Xley ckp ape2.. Tapi sape tau esoknya malam dlm kul 10,lebih tetibe perut sakit teramat n bleeding dah byk .. Darah ketul2. Tros gi kecemasan again. Kat situ nurse tros drip n xlama lepas tu doc kuarkan kantung tu.. Mase doc n nurse tunjuk rasa sayu sgt hati.. Maafkan umi .. Umi xdpt jaga awk dengan baik syg.. Syg tunggu umi di syurga ya... InshaaAllah..
ReplyDeleteNORIHAN0196000307
ReplyDelete