damdiduuu

Wednesday, March 23, 2011

7 tips - wallpaper / kertas dinding untuk rumah


ruang tamu asal


suami saya yang rajin & buat kerja dengan bersistematik


memang 1 rumah suami saya yang cat, saya tengok je dan cakap 'hmmm cantik, cantik' :D


hari yang dijanjikan - wallpaper installer pasang wallpaper


encik mandur memastikan semuanya berjalan lancar


dah siap! koleksi: Elite A. 6420-1 Oriental Lunar Beige, 178 kaki persegi, RM898


antara hadiah perkahwinan yang saya dapat ialah kertas dinding atau wallpaper.
boss sponsor
! :D
company saya ada jual wallpaper.
nak tahu rahsia dalam membeli wallpaper?

1. selalunya material wallpaper (vinyl/fabrik/etc) tidak penting, pelanggan lazimnya memilih berdasarkan rekaan corak yang digemari.

2. wallpaper hari ini jauh sudah maju dari dulu, jangan risau berkenaan keselamatan atau kesesuaian dengan cuaca di Malaysia.

3. lazimnya wallpaper buatan Korea lebih besar - maknanya 1 gulung lebih ekonomi walaupun harganya mahal berbanding keluaran lain (lebih banyak gulungan yang perlu dibeli sekiranya wallpaper saiz gulungan kecil).

4. pilih sendiri! sekiranya menggunakan penghias dalaman profesional anda mungkin akan dikenakan sehingga RM2,500 untuk feature wall. kosnya? secara kasar: untuk dinding dalam 170 kaki persegi, harga wallpaper RM900, upah pemasangan RM250 total RM1,150.

5. Apa yang perlu anda tahu? Ukuran dinding - tinggi & lebar.

6. Sebarang treatment yang perlu dilakukan pada dinding (tidak rata, sedia ada wallpaper lama, etc.) mungkin dikenakan harga berlainan oleh wallpaper installer. awas! HANYA gunakan khidmat wallpaper installer terlatih & dicadangkan - hasil kerja yang tidak kemas hanya merugikan anda, tak kira betapa tinggi kualiti atau betapa cantik wallpaper yang dipilih!

7. dengan ukuran dinding, datang ke showroom untuk memilih wallpaper. have fun! amaran - ada pelanggan yang bermula dengan feature wall tapi akhirnya memilih untuk 1 rumah termasuk siling! you have been warned! ;p



bilik tidur


installer tengah sapu gam kat dinding


suami saya yang kerek & Koleksi: Elite A. 6416-2 Xiah Silver, 178 kaki persegi, RM898


ruang antara bilik


selepas dicat oleh encik suami - warna cat pun dia yang pilih :)


wallpaper nih memang ngam² banyak nih je saya dapat, leftover dari customer


encik suami yang sungguh gembira dengan Koleksi: Ezen A. 3256-2 Garnett Deep Purple, 178 kaki persegi, RM798

*harga untuk 1 gulung semasa promosi, silap² siap boleh dapat free upah pemasangan!
*harga biasa RM1,148 untuk Elite & RM1,048 untuk Ezen, upah pasang RM250 segulung.
*sebab boss bagi free, saya pilih design stok lama² je, stok baru lagi banyak design yang cantik²!

lagi info?
www.maximworldgroup.com

1 comment:

  1. tengah cariidea nk diy wallpaper hihi

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/2017/01/pengedar-sah-shaklee-salak-tinggi.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...