damdiduuu

Sunday, March 20, 2011

7 tips - fotografi



1. bergembiralah SEKARANG!
apa pun kamera (atau telefon bimbit!) yang anda ada, setakat mana pun tahap kemahiran fotografi yang anda mampu kuasai, gunakanlah sebaik²nya sekarang. tak perlu tunggu hingga sampai tahap dewa untuk enjoy fotografi!

2. ready? shoot ... go!
perkara asas yang perlu sentiasa ada - kamera, bateri (cukup banyak untuk mengambil gambar sepanjang masa yang anda peruntukan? sudah dicas semula hingga penuh?) dan kad memori yang cukup besar untuk mengumpul harta karun yang bakal dilaba. ingat, gambar menarik ada di mana², terutama di tempat yang tidak dijangka!

3. ikut suka
anda suka merakam alam semulajadi? lampu? amoi cantik? kenduri kahwin? turutkan naluri, bajai kegemaran anda untuk menghasilkan foto² yang lahir dari mata hati. dalam fotografi, dunia ini adalah sebagaimana yang anda ingin corakkan!



4. letak gambar di hadapan
gambar yang menarik tersirat seribu perkataan di sebaliknya. biarkan gambar menjadi jurcakap anda. anda sendiri mungkin tidak akan menyangka apa yang akan keluar di sebalik lensa

5. pelbagaikan sumber
Eos World dan Nikonian Academy kerap mengadakan kursus fotografi untuk pelbagai peringkat kemahiran dan kecenderungan. tinjau² juga kedai² dan kumpulan² fotografi yang sering mengadakan meet out dan peluang² shooting berkumpulan.

6. bersikap terbuka
bersedia untuk mendengar komentar dari sesiapa sahaja. setiap orang ada pendapat mereka tersendiri. kita boleh belajar banyak perkara dari kritikan dan kutukan - asalkan bersedia untuk mendengar terlebih dahulu!

7. penambahbaikan
tiada perkara yang statik dalam dunia ini. sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik, lebih cekap, lebih kreatif dan lebih disenangi. tambah ilmu, tambah rezeki dan tambah nilai estetika foto anda!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...