damdiduuu

Friday, November 16, 2012

Water World @ i-City: harga tiket & panduan


dengan MyKad
dewasa,
hujung minggu
RM35 tiket masuk
RM10 deposit untuk wristlet
boleh top up lagi untuk locker dan makanan.


wristlet untuk tiket masuk,
sewa locker
dan beli makanan.
bila dipulangkan dapat refund RM10
dan sebarang nilai yang masih belum digunakan.


beg kena check.
coklat tak dibenarkan bawa masuk.
cakap kat kakak tu kita pergi simpan kat kereta
tapi sebenarnya ada sorok dalam towel.
datang sekali lagi kakak tu dah tak check dah
:p


ada meja disediakan tapi terhad.
kawasan panas tak terlindung bayang².
kena bawa payung besar
lebih² lagi kalau ada budak²
:)


sewa locker RM15
dan RM5 deposit.
wristlet warna merah.
handphone dan wallet rasanya macam lagi selamat
bila disimpan di locker.


tarikan utama, tornado


nak naik tornado
kena timbang berat
supaya jumlah berat 4 orang antara 200 - 300 kg.
kena angkat sendiri raft besar sampai atas!

selain daripada tornado ada macam² tarikan lain ikut peringkat umur.
yang paling saya suka?
kiddie pool!
:D


makanan dan minuman boleh beli
guna nilai yang dimasukkan dalam wristlet.
hari itu makan nasi lemak, kueh dan macam² air minuman.
terima kasih mama Su & mama Pi!
:D


boleh beli cenderahati dan swimming suit
kat carts di sekitar water world


pelampung untuk budak² tak disediakan.
boleh bawa dari rumah.


pelampung percuma.
tak perlu bawa ke sana ke mari.
setiap ride disediakan pelampungnya sendiri.
ada banyak, tak payah rebut²!


pada waktu ini
pertengahan November 2012
cuaca panas.
balik rumah semua orang sunburned!


bawa stroller dan kipas baby!
tak ada tempat selesa untuk budak² nap
selepas penat mandi manda
:)


kena banyak sabar
sebab sistem water world ni belum lancar lagi.
cuma ada 1 booth untuk sewa locker,
1 booth untuk pulangkan wristlet yang guna untuk locker,
1 kaunter di luar untuk pulangkan wristlet dan dapatkan refund.
orang ramai
kena beratur lama² panjang² tengah panas.
selain daripada tu, semuanya ok!
:)


datang awal.
lambat² ramai orang!


enjoy yourselves!
:D

p/s: parking RM10.
tak ada ramp untuk stroller dari car park,
kena angkat stroller dengan gagah perkasa!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...