damdiduuu

Monday, March 16, 2015

Antenatal ke 4 : Minggu ke-29

wow!
minggu ke-29!
daunting and exciting at the very same time.
exciting sebab tak sabar nak jumpa Leroy :)
daunting sebab tak tau mana nak dihalakan dia selepas pantang.
lagi² sejak tahun lepas dah berkobar² nak pencen day job.
nak duduk rumah jaga anak.

berdebar pasal nak lahirkan anak pun ada sikit²
tapi kalau ikut pengalaman sebelum ini
bersalin memang mencabar
tapi bila ada bantuan perubatan insyaAllah semuanya dipermudahkan
cuma yang makan masa ialah selepas tu
waktu nak sembuh semula tu yang kena banyak sabar.

eh tu paling bangsat lagi 7 minggu
advance sangat :p
we'll cross the bridge when we get there.
hari ini antenatal ke 4
minggu ke 29
rasanya tak ada apa sangat
rutin biasa.


siap kena sign 
bila nurse dah terangkan
macam mana nak kira kick count
:p


sampai klinik ambil nombor 'jururawat'
time stamp kat slip nombor tu ialah 9:28.
tak tepat sangat rasanya, tapi boleh kata awal jugak la
walau pun tak (pernah niat nak) sampai klinik pukul 8.00 pagi :p
kalau nak dibandingkan dengan antenatal ke-3 dulu
datang je kat klinik duk tonggong tak buat apa² sampai dekat 11am.
kali ni dalam 10.45am dah siap:

1) berat
60kg
fuuu naik 2kg je dari 4 minggu lepas
maknanya seminggu naik setengah kg
(kuota: seminggu naik 1kg)
maknanya boleh makan banyak² lagi :p

2) urine test
tah hapa tak faham
sama je result tiap² kali
Urin Alb: N
Urin Sugar: B

3) blood test
cucuk kat jari
hb: 12.4
fuuu setakat ni yang paling tinggi
berbanding sebelum ni 11.4, 11.8
eh ... bukan patutnya makin lama makin kurang ke?
(ada je yang dirisaukan!)

dan lepas tu bila dah jumpa nurse untuk check up
dapat result:

blood pressure
- 109/66

Nadi
- 98

Edema/Bengkak
- tak ada
memang mengandung kali ni badan rasa lagi ringan
tak macam 1st time dulu
memang terasa berat sangat.
dulu masuk kereta pun nak angkat kaki kena support guna tangan.
water retention yang ketara.
kali ni rasa badan slim sikit :p
boleh jalan laju² dan kurang sakit².


tempoh hamil
- 29/52 + 4/7
fuuu dekat nak 30 minggu!

tinggi rahim
- 30cm
fuuu naik 4cm!

kedudukan prestensi (apa benda ni?)
- rasanya belum engage (tak faham kod yang nurse tulis)

jantung
- 156
aik naik sikit dari sebelum ni yang konsisten 151/bpm
tapi masih dalam julat normal

gerak
- aktif macam biasa

count ANC
- perkara baru yang kita belajar ialah kira pergerakan kandungan
kalau ikutkan
doktor dah suruh buat sejak last check up lagi
waktu ultrasound ke-2 yang lepas
tapi macam dia tak ada sebut pun
cuma balik rumah
perasan ada doktor tulis kat buku pink: Count ANC.
hari ni baru nurse ajar macam mana nak kira

kat page 16 buku pink
ada 5.17 Carta Pergerakan Janin
senang sangat
tulis tarikh
masa mula 9am
setiap kali kandungan bergerak, tick kat kotak.
dah cukup 10 tanda tick, tulis masa pergerakan yang ke 10.
kalau dalam satu masa kandungan gerak 2-3 kali
(kadang² Leroy hiccups!)
itu kira sekali je.

ooooo patut la bila download baby kick count app kat app store
dia catat masa habis 10 count je
tak banyak apps yang buat time stamp untuk setiap kick.
ha'ah
biasa la tu
sebelum belajar malas nak catit
jadi download je apps 
senang waktu kick boleh record kat hp je
:p

lain² nasihat
- rehat yang cukup
ni tak payah tulis pun tak pe kot :p
selalu je mengelat nak buat chores bila kandungan dah besar ni
nasib baik la dapat abang yang memahami
:)

- bila bleeding terus pergi hospital

suppliment
- zincofer
macam biasa dapat 1 bulan punya supply
sebab dah tinggal 1 papan lebih saja

next appointment 
- dah kena datang setiap 2 minggu


ada sticker baru warna biru tua kat sisi buku
tu maknanya Zon C kata nurse
dan sticker pun dah tukar putih balik.
last time hijau sebab belum confirm due date.


next test/check up

1) week 31+
kena injection! =E
i'm not afraid
tapi kadang² saja nak rasa manja² :p
heleh, orang lain beranak sampai 4,5 kali elok je hidup lagi
inikah pulak setakat kena jarum sikit
(nak bagi senang hati sendiri).

2) week 36
ultrasound
untuk tengok kandungan dah engaged ke belum

bila tanya balik kat nurse
paling awal boleh bersalin 37 minggu kan?
nurse tu jawab 36 minggu pulak
maknanya on the dot of my bday
4/5/2015
takut tak? :p

moga dipermudahkan
:)

p/s: selepas bersalin
hospital kerajaan akan bagi slip
satu salinan kena bagi ke Klinik Kesihatan semula
jadi dalam masa 20 hari selepas bersalin
nurse akan datang ke rumah
tengok ibu & baby
:)

Tuesday, March 10, 2015

tinggi macam kipas


Alice dah nak masuk 4 tahun
makin banyak akal
:)


aku tak suka betul bila Alice makan mengadap tv.
nanti dalam mulut tak kunyah
tapi dia ke sana ke sini,
duduk tak tetap,
aktif sangat.

aku pun suruh tengok dalam bowl
(kalau letak nasi budak dalam pinggan rasa tak selamat je)
dalam nasi ada karbohidrat
dalam ayam ada protein
dalam kicap ada protein
(aik ... mana Alice punya serat & vitamin?!)
:p

Alice tanya
"Kalau makan jadi tinggi? Tinggi macam kipas?"
merujuk kepada standing fan.
aku betulkan "Tinggi macam daddy. Awak tau kenapa daddy tinggi?"
Alice geleng kepala.
Aku jawab "Sebab nama daddy Ali. Maksudnya tinggi."
tak semena² Alice tanya
"Nama awak sapa?"
aku terkedu.
tak sempat nak jawab, daddy potong
"Ketot!"

-______-



Monday, March 9, 2015

Anakku, Pureen, MyDear baby warehouse sale March 2015

macam kelakar.
itu la perasaan kita kali ini.
Alice dah 4 tahun
terasa macam lama jugak la kita tak ke baby warehouse sale.
sekali harung 3 sekali la senang cerita.

yang kita nak pergi sangat
tentunya Pureen
sebab nak baju murah,
tapi sebab dah dekat² nak GST implementation ni
abang kerja hari Sabtu
jadi kita putuskan
nak pergi Pureen hari Ahad saja.
nak ke Pureen memang syarat kena pergi subuh².
kalau lambat memang buat penat bersesak saja.
lagi satu hal - Pureen cuma buat 2 hari saja
tak macam warehouse lain
jadi memang tak ada pilihan
kena datang pagi Ahad.



jadi untuk memenuhi masa lapang :p
lepas abang balik kerja Sabtu tu
kita ke Anakku warehouse sale.

pro
- senang cari jalan, Waze saja
- jenis barang lebih banyak
ada untuk bayi, kanak², dewasa,
toiletries, baju, stroller, bedding dan kelengkapan bayi yang seumpamanya
- orang tak ramai
senang cari dah boleh take your own sweet time
- dewan selesa tak panas sangat
(dan tak ada orang bersesak²)
- free parking  dalam kawasan dewan
- waktu sale sampai malam: 11am - 9.30pm
- duration panjang: 5-15 Mac 2015

cons
- baju lebih mahal berbanding Pureen
paling murah RM5/pc atau RM10 sepasang
dan tak banyak pilihan
- baju² lain lebih murah (sampai 50%) harga pasaran
tapi masih mahal
kalau nak dibandingkan dengan budget kita
- pertama kali dibuat di Dewan Serbaguna Taman Ehsan ni
dan rasa macam barang bayi (toiletries, botol) kurang
berbanding dengan review sebelum² ni
- ada jual toys Sofia The First
kena budget lebih daripada barang bayi
sebab nanti kakak baby pun nak toys juga
:p

hasil
RM5 untuk hand wash
kita tak budget nak beli hand wash.
kat belakang ada travel size top to toe RM1.50
tapi manufactured date February 2013
... cuba kira bila dia punya expiry date
:p


ada banyk jeans RM10 
ada feeding set, berus botol, 
tengah² ada toys,
atas stage ada stroller & bedding,
semua barang ni tak ada dalam list kita


yang paling berbaloi rasanya
ialah wet wipe Anakku 100pcs of 2 packs 
RM8
jadi kalau yang tak kisah/belum ada preferred brand
rasanya ni termurah di pasaran
(kalau silap tolong betulkan)
cuma kena check bila dia punya manufactured date kalau nak bagi baby pakai
:p


mana nak cari warehouse sale yang siap boleh ambil kerusi
posing 
sementara tunggu daddy bayar kat cashier
punya la selesa kat sini
:)


apa kita beli?
baju 2 pasang 
total RM20
dapat pun warna kuning.
tu la, rasa macam kelakar je pergi warehouse sale beli 2 pasang baju
... tapi tak boleh la main rembat je apa ada,
kena ikut listing juga
:)

sampai hari yang dinanti²
pagi Ahad
kita pun awal lagi dah keluar nak ke Pureen.
kesian abang tak cukup rehat.
Ahad pun kena keluar awal
memang full swing dia minggu ni.
td daddy
:-*


pro
- murah!
- ada banyak baju baby, toiletries untuk baby, kanak² & dewasa, kelengkapan ibu, sabun pencuci


cons
- sekejap sangat: 2 hari Sabtu & Ahad, 9.30pagi - 5.30petang saja
- parking jauh 
walau datang awal pagi tempat letak kereta jauh dari tempat sale
- orang ramai sesak


paling berbaloi 
ialah set seluar pendek, baju lengan pendek dan bib
mummy tema oren
daddy tema biru
RM5 satu set.
yang tak berapa nak best
ialah 2 pasang ni kita dapat dalam rejected pile orang lain
dan memang ada 2 set saja


sama juga ceritanya
dapat dalam orang punya rejected pile yang dah passing² sana sini
memang tinggal 2 pasang ni saja
seluar pendek dan baju lengan pendek
RM5 sepasang


antara top cantik² yang kita dapat.
ya, kita pilih baju boy sahaja.
yang kelakarnya
memang murah, cantik² dan berbaloi sangat untuk pakai hari² 
cuma yang kita jumpa cuma top saja
tak ada seluar.
semuanya ada 21 helai tops yang kita rembat dengan tak ada seluar!
RM2 sehelai!


wet wipe
set 150 helai + 150 refill harga masih sama RM18
tapi untuk yang 100 helai 2 packs harga sekarang RM10
(walau pun Anakku boleh dapat RM8 per 2 packs 100 pcs)
kita lagi suka yang ni
sebab extra moist, fragrance free & alcohol free.


kali ini kalau boleh nak menyusukan baby sampai 2 tahun juga
(kakaknya sampai 2 tahun setengah, penat!) :p
kalau beli Bumble Bee set banyak² boleh dapat dalam RM3 each
tapi tak ada tutup kalau dah pasang puting botol.
yang ini dapat RM1 siap tutup.
sama juga ceritanya
dah dig out semua tempat botol
memang jumpa 4 pcs je botol kecik tu.
yang besar RM2.

pasal botol
lembut & lubang kecil, baby hisap baru susu keluar.
dalam bab menyusu ni
puting botol lagi penting daripada botol.
apa beza botol mahal dengan murah?
botol murah gambar pada botol cepat tertanggal
(lepas tu kita wonder - apa lagi yang akan tertanggal selain gambar?!)
berbanding botol mahal
dah lama² pun printing dia masih kekal macam baru.

*botol kena tukar setiap 6 bulan

pasal botol besar
rasanya dalam semak² orang ramai kita tersalah beli
sebab botol Barney yang RM2 tu ada tutup atas warna hijau.
tutup atas tu kalau bagi Alice dia memang buat main
tau² dah hilang!
lagi selamat kalau beli yang ada tutup macam Pooh tu, tak ada removable part.


ramai orang bagi review ada banyak lagi maternity pad/ menstrual pad 
yang lebih bagus daripada Madame ni
tapi kalau ikut pengalaman
selepas bersalin menstrual pad biasa memang rasa keras & meyakitkan sebab ada bentuk² atas pad
berbanding yang ini terasa lagi lembut dan selesa.
setakat ni belum rasa nak cuba jenama lain lagi.
kat Tesco RM12.90
warehouse sale RM9


asalnya nak beli 2 pack yang 36 keping RM20 (ikut harga 2011!)
tapi abang ambilkan yang ini
84 keping RM32

kalau ikut pengalaman dulu
yang kita banyak beli untuk pakai hari² 
ialah panty liner dan pad susu ni.
moga² kali ini pun susu meriah juga :D

oh ya
kita ke warehouse sale
macam biasa ber3 sama Alice
jadi biasanya - duduk satu tempat sama Alice
dan order saja, abang akan ambilkan.
jadi abang yang suggest apa  yang paling bagus.
Pureen warehouse sale
setakat ini memang yang paling sesak yang kita pernah pergi
nak serbu ber3 dengan anak kecik memang tak jadi kerja punya
walau pun sekarang Alice bukan baby
tapi dah masuk umur 4 tahun.
tq daddy :-*


barang yang kita tak dapat kat Pureen
- pampers merah saiz S 66 pcs RM24
yang tinggal semua saiz besar² saja
1st time nak cuba pampers Pureen
tak ada rezeki ...




last but not least
kita ke MyDear
semata² sebab kat Pureen & Anakku tak ada jual mitten & booties.
boleh? :-p
abang kata kat Pureen ada
tapi warna pink saja
dan asing²
mitten RM3
booties RM3
tapi seriously memang tak ada nampak langsung!

kita tak masuk dalam pun
sebab penat dari berasak² kat Pureen
dan orang ramai kat dalam MyDear tu.


set mitten & booties 
warna terhad
RM4/set

p/s: ada lagi 1 weekend untuk Anakku & MyDear warehouse sale.
so how?
;-D

Monday, February 23, 2015

Antenatal ke-3 kandungan ke-2

informasi yang baru dapat untuk lawatan kali ni
- antenatal check up dijalankan oleh jururawat
- jumpa doktor di klinik kesihatan
hanya 3 kali sepanjang kehamilan
iaitu sekali setiap semester
- kalau ada masalah kesihatan (diabetis, tekanan darah tinggi/rendah, etc)
baru jumpa doktor lebih kerap.

prosedur antenatal
- ambil nombor (untuk jumpa jururawat)
- timbang berat
- urine test
- blood test kat hujung jari (hemoglobin count)
- ambil blood pressure
- ukur heart beat baby guna doppler
- ukur tinggi rahim guna pita ukur baju
- nasihat
- set next appointment
- ambil ubat di farmasi



dapat sticker hijau
sebab tak confirm EDD
pada hal memang petang tu jugak nak buat 2nd ultrasound 
untuk confirm EDD.
oh so drama!

kalau ikut time stampt dekat slip nombor giliran tu
pukul 9:48am
datang klinik duduk saja tak buat apa²
sampai dekat pukul 11pagi baru nama kena panggil untuk timbang berat!


berbanding 4 minggu yang lalu:
urine test: normal
Hb 11.4 naik jadi 11.8 - aik, dah makan Zincofer & sayur bayam pun naik 0.4 je?
nurse tanya cara ambik betul tak?
betul la tak minum dengan susu
tapi selalunya ambil tengah hari/petang sebab pagi² nak bagi susu hadam dulu :p
berat: dari 55kg naik 58kg
fuu patut naik 4kg (1 minggu 1 kg) so boleh makan banyak² lagi la ni! :p
blood pressure: 100/66 berbanding dulu 92/60
dulu doktor tanya blood pressure memang selalu rendah macam ni ke?
entah la. rendah sebab kena duduk sehari suntuk kat klinik yang ramai umat kot :p
nadi: 97 berbanding dulu 90
dulu tu lapar kot :p
bengkak: sampai hari ni memang maintain slim alhamdulillah :p
tempoh hamil: petang ni baru nak confirm dengan ultrasound kali ke-2
4 minggu yang lalu 22 minggu
tinggi rahim: 26 cm
fuuuu naik 5 cm tapi masih tak rasa berat :)
presentasi hapa benda tu tak paham, cuma rasanya kepala baby belum turun lagi
jantung maintain 151
gerak sama aktif macam biasa
:)



petangnya buat 2nd ultrasound.
macam yang dijangka
bila jumpa doktor lain
lain la pendapat yang diberi.
dan satu perkara lagi
EDD lebih tepat bila buat ultrasound pada awal kehamilan.
kalau waktu anak sulung dulu
memang bila dah tengah² terms, EDD lari² sikit
dan doktor nasihatkan guna EDD yang awal.
cumanya situasi kita kali ini
tak perasan mengandung dan tak sempat buat ultrasound awal².

bila jumpa doktor yang lain kali ini
belum ultrasound lagi dia dah sound awal²
kalau buat ultrasound sekarang pun EDD kurang tepat
jadi ikut je tarikh kira sendiri.

selepas buat ultrasound
dapat EDD 1/6/15
jadi doktor suruh je guna EDD mengikut kaedah hisab: 28/5/15
kalau ikut kaedah rukyah dah ada 2 tarikh: 10/6/15 & 1/6/15
(rukyah & hisab: kaedah tentukan hari raya)
redho.
kali ini julat kebarangkalian dia memang besar la
boleh kata mid May - end May.
bila² pun tak kisah la
(lagi cepat lagi baik)
janji semua selamat
:)

p/s: doktor ada suruh buat detail scan kat private
(bukan 3D/ 4D, tapi detail scan untuk tau sebarang penyakit!)
cumanya doktor sendiri kata yang sekarang macam dah lewat
mungkin tak sempat,
kalau ikut yang doktor check selama ni
insyaAllah, baby ok.
bila google pun memang tak sempat
sebab detail scan patut kena buat dalam minggu ke-24 macam tu.
next baby perhaps? 
:p

Thursday, February 5, 2015

Ujian MGTT - minum air gula 2015

mula² buat buku pink
terus dapat next appointment untuk minum air gula
sebab kandungan tau² dah besar
:p

wow! 
suspense nak buat ujian MGTT
minum air gula
sebab nak kena puasa bermula 10 malam 
sampai esoknya
2 jam selepas minum air gula
baru boleh makan minum.
yang paling suspense
kena ada kat klinik sebelum 8 pagi.
meredah traffic ke Kelana Jaya pagi²?!
macam mission impossible pun ada ...

prosedur
- makan terakhir pada pukul 10 malam sebelumnya
- boleh minum air kosong sebelum ujian
- datang klinik sebelum 8 pagi
- ambil nombor
- ambil darah di bilik spesimen
- minum air gula 1 gelas
- tak boleh makan/minum dalam masa 2 jam berikutnya
- ngam² 2 jam ambil sampel darah lagi
- balik!
- keputusan akan dapat pada next appointment
- atau kalau keputusan corot :p pihak klinik akan telefon untuk maklumkan

pengalaman
alhamdulillah
kali ini lebih kurang sama macam mengandung sebelumnya
macho je minum air gula satu gelas.
tak ada muntah atau loya.
cuma dekat² nak 2 jam tu dah macam kepala ringan sikit
perut & tekak pun tak berapa nak sedap
bukan sebab air gula
tapi sebab dah lapar
dah lambat tak sarapan lagi.

kalau dulu buat ujian air gula
yang tak perlu puasa
dan kalau result tak bagus
baru dapat arahan untuk buat ujian air gula yang kena puasa.
kali ni tak tau la sama ada
- prosedur dah tukar
- faktor usia
- tempat lain, jadi kriteria pun lain
datang² buat buku pink je
nurse dah bagi tarikh buat ujian MGTT.
redho je lah.
ingat lagi waktu nak bersalin kat PPUM dulu
doktor yang nak sambut kelahiran tu
sampai bergaduh² sesama diorang
sebab kata kalau result baik
kenapa kena scheduled jugak buat MGTT
patut tak perlu.
doktor takut kandungan berisiko kalau mak diabetic.
kesian pulak kat doktor² tu.
itu yang ingat kali ni kalau tak perlu
tolak je
tak payah buat MGTT walau pun nurse suggest.
tapi kali ni tak ada preliminary test pulak
terus MGTT.
apa ada hal.
orang bagi air
kita minum saja
rezeki!
:D

ultrasound
sebenarnya untuk appointment kali ini
selain daripada ujian MGTT
ada juga appointment untuk ultrasound pertama.
jadi sementara tunggu 2 jam nak ambik darah kali ke 2 tu
pergi tunggu giliran untuk jumpa doktor.

yang aku perasan kat klinik kesihatan ni
kita kena siap² bagitau jelas²
apa tujuan kita datang
sebab mungkin kes kita tak sama dengan orang lain.
kalau ikut orang lain
memang ramai datang untuk MGTT saja
tapi aku ada additional niat murni untuk jumpa doktor buat ultrasound.
baru dapat nombor yang lain dari orang lain.

baca: pengalaman ultrasound pertama kandungan ke-2

the big news
well?
apa keputusan MGTT?
eh bukan kena tunggu next appointment ke?
surprise la lagi 2 minggu baru boleh baca! :p
memandangkan ini entry tertangguh
boleh la tempek je terus result kat sini sekali.
jimat hayat 2 minggu.
best tak?


sebelum tahu keputusan
kena la tau berapa julat ideal.
jadual ni ada ditampal besar² kat klinik kesihatan.
berapa nak target ni?
:p


puasa: 4.4
selepas 2 jam: 6.5

alhamdulillah
sihat!
tak ada diabetis.
boleh makan taufu fah, cinnabon, air kelapa letak gula, pavlova, aiskrim magnum, kek dengan butter cream melepet² :D
hahaha cakap je lebih
pada hal biasanya mak² bila dah mengandung
atau waktu menyusu baby
memang sendiri rasa nak jaga makan :)

semoga dipermudahkan
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...