damdiduuu

Showing posts with label i-City Water World. Show all posts
Showing posts with label i-City Water World. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Water World @ i-City: harga tiket & panduan


dengan MyKad
dewasa,
hujung minggu
RM35 tiket masuk
RM10 deposit untuk wristlet
boleh top up lagi untuk locker dan makanan.


wristlet untuk tiket masuk,
sewa locker
dan beli makanan.
bila dipulangkan dapat refund RM10
dan sebarang nilai yang masih belum digunakan.


beg kena check.
coklat tak dibenarkan bawa masuk.
cakap kat kakak tu kita pergi simpan kat kereta
tapi sebenarnya ada sorok dalam towel.
datang sekali lagi kakak tu dah tak check dah
:p


ada meja disediakan tapi terhad.
kawasan panas tak terlindung bayang².
kena bawa payung besar
lebih² lagi kalau ada budak²
:)


sewa locker RM15
dan RM5 deposit.
wristlet warna merah.
handphone dan wallet rasanya macam lagi selamat
bila disimpan di locker.


tarikan utama, tornado


nak naik tornado
kena timbang berat
supaya jumlah berat 4 orang antara 200 - 300 kg.
kena angkat sendiri raft besar sampai atas!

selain daripada tornado ada macam² tarikan lain ikut peringkat umur.
yang paling saya suka?
kiddie pool!
:D


makanan dan minuman boleh beli
guna nilai yang dimasukkan dalam wristlet.
hari itu makan nasi lemak, kueh dan macam² air minuman.
terima kasih mama Su & mama Pi!
:D


boleh beli cenderahati dan swimming suit
kat carts di sekitar water world


pelampung untuk budak² tak disediakan.
boleh bawa dari rumah.


pelampung percuma.
tak perlu bawa ke sana ke mari.
setiap ride disediakan pelampungnya sendiri.
ada banyak, tak payah rebut²!


pada waktu ini
pertengahan November 2012
cuaca panas.
balik rumah semua orang sunburned!


bawa stroller dan kipas baby!
tak ada tempat selesa untuk budak² nap
selepas penat mandi manda
:)


kena banyak sabar
sebab sistem water world ni belum lancar lagi.
cuma ada 1 booth untuk sewa locker,
1 booth untuk pulangkan wristlet yang guna untuk locker,
1 kaunter di luar untuk pulangkan wristlet dan dapatkan refund.
orang ramai
kena beratur lama² panjang² tengah panas.
selain daripada tu, semuanya ok!
:)


datang awal.
lambat² ramai orang!


enjoy yourselves!
:D

p/s: parking RM10.
tak ada ramp untuk stroller dari car park,
kena angkat stroller dengan gagah perkasa!

Water World @ i-City: my biggest achievement!

if I can say it myself
aku rasa aku adalah satu²nya orang dewasa
yang paling banyak main slide kat pool budak²
:p

fuuu syok wooo!
kalau nak main tornado 2 ke 3 round
sama ride ganas² semua tu
mau tercabut nyawa 2 ke 3 kali.
main kat pool budak² lagi relax
slide ada banyak
pusing² walau pun siap terhenti² tengah² jalan
tapi masih seronok
tak ada pressure.
tak kisah pun bila kena beratur dengan budak² lain.
boleh jerit kuat² lama²
(pada hal naik ride mana² pun jerit kuat² lama² jugak, tak ada beza!)
dan yang penting sekali
boleh main sambil bergaya
sebab yakin selamat
dan tak ada ancaman nyawa.


cantik ke tidak
Aladdin la
lampu jin la
ada aku kisah?!
yang penting slide merah tu aku aim dulu!


rasanya inilah slide bersejarah
yang aku naik setelah sekian lama.
masa kecik² dulu ada naik slide macam ni ke?
rasa macam tak ada
:p


nak lagi tinggi
naik slide kuning ni.
fuuu memang puas hati!
walau pun terhenti kat tengah
tak meluncur laju sampai bawah
aku rasa itu adalah ciri keselamatan pintar
yang penting untuk menyelamatkan nyawa!


dalam banyak² slide
yang hijau ni saja aku tak naik.
biasa² saja slide ni.
bukannya apa, lurus dan terbuka sangat.
kalau slide belok² dan bertutup ada privacy sikit
tau² je ada mak orang turun :p
slide hijau ni kena bawa Alice sekali
baru la tak nampak kemaruk sangat
(tau pun malu!)
:p


yang paling epic
ialah slide katak ni!
jangan terpedaya kalau orang kata slide ni untuk bayi²!
memang la slide ni pendek
tak panjang pun runway dia.
tapi disebabkan sudut curam yang mencabar
ditambah lagi dengan momentum dan inersia mak orang bila meluncur laju dari slide katak ni.
fuuu memang epic pengalaman naik slide ni!
yang penting pastikan depan tu semua clear
sebab jatuh agak jauh juga ke depan.
abaikan suara sumbang orang sekeliling yang mengata.
diorang saja jealous tak dapat naik slide katak!
:p


stairway to heaven!
:p

p/s: bukan setakat pencapaian peribadi
malah aku berjaya membawa semua adik beradik aku
(makcik² kepada Alice semuanya!)
untuk sama² naik semua slide kat kiddie pool ni.
achievement, yeah!
:D

p/p/s: terima kasih kepada daddy Alice
yang setia menjaga Alice
sewaktu mak Alice kemaruk main slide kat kiddie pool!
you're the best!
:D

Water World @ i-City: Attraction


video: tornado
mari takutkan diri!


tornado.
memang super cool untuk adrenaline junkie.
fuuuu macam nak tercabut nyawa lajunya!
siap sampai tak cecah pelampung tu
melayang²
basah² kena air dari semua arah.
nak jerit pun tak larat
sebab tengah concentrate pegang kuat²
tak nak tercampak daripada raft!

oh ya, untuk ride ini mesti ada 4 orang
dengan berat total daripada 200 - 300 kg.
tak boleh lebih,
tak boleh kurang.
kalau tak cukup korum
ramai je orang kat situ yang boleh tompang sama.

dan yeah, kena bawa raft besar tu naik
dari bawah sampai atas
(longgar lutut wei!)
:p


wave pool
rasanya saiz wave pool ni lebih kecil daripada yang ada di Sunway Lagoon.
yang agak potong
wavenya tak sentiasa ada.
tak tahu la berapa jam sekali baru ombak keluar.
waktu gambar ni diambil pun tak ada wave
tenang saja.


kiddie pool.
pool ni paling banyak aksesori rasanya.
ada slide, panjat², cendawan, kelapa, arch, macam² binaan untuk main air.
layan!


longkang hanyut
relax duk baring kat atas pelampung
pusing dua tiga round ikut suka
:D


hydrotherapy pool
ada makcik tua duduk conquer satu tempat kat sini
lama² sorang² dia saja.
ok la, kita bagi chance la
kat warga tua yang sakit sini sana untuk guna pool ni
:p


giant slide
boleh naik 2 orang, 4 orang
dan ada juga single slide yang macam snow slide tu.
ok la untuk orang muda yang gemarkan cabaran
:p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...