katanya popular & murah.
thanx jo, owe you big 1! :)
cuma ada 1 masalah - PPUM semi-kerajaan.
waktu operasi Isnin - Jumaat 8pg - 5ptg.
aku dapat tahu aku mengandung pada hari puasa terakhir 2010.
9 September 2010.
Kira-kira 9 minggu selepas nikah.
Cuti tahunan pun dah 'selamat' buat cuti kahwin (apa boleh buat, AL 12 hari je pun setahun!)
alhamdulillah, rezeki baby.
14/9/2010 cuti raya (unpaid nih!) aku & abang ke PPUM.
Aku rasa semua orang pun akan ada pengalaman pahit (atau tidak!) semasa di PPUM.
aku & abang pertamanya tak tau peta hospital dan tak tau prosedur.
cuba jaya, kami cari parking - susah juga sebab semuanya penuh, akhirnya dapat di kawasan letak kereta berhampiran surau.
tingkat berapa aku tak ingat.
yang nyata - tinggi!
cuma aku terfikir, kalau aku dah sarat nanti agak mencabar jugak situasi nih.
dari parking kami pusing macam-macam bagunan hingga sampai klinik ibu mengandung.
rupanya kami silap.
sebelum itu perlu ke klinik utama.
untuk pastikan mengandung dulu.
pusing
punya pusing punya pusing
punya pusing punya pusing
punya pusing punya pusing
punya pusing punya pusing
punya pusing
... akhirnya jumpa klinik utama
cerita panjang pun tak guna
kesimpulannya hari tu memang seharian tak ada aktiviti utama lain selain MENUNGGU di sana sini.
bukan buat apa pun, cuma urine test untuk sahkan mengandung je.
cuma semuanya DIY.
tunggu daftar.
tgu jumpa MO.
gi klinik untuk urine test.
ambil botol spesimen.
beri sampel.
hantar ke lab.
tunggu keputusan.
tunggu ubat disediakan.
tunggu giliran buat bayaran.
tunggu ambil ubat di farmasi.
aturacara hari itu:
Masa: 9.15am - 1.15pm
Parking fee: RM4.00
Registration: RM5.00
Pregnancy urine test: RM5.50
Medication: RM15 folic acid 5mg x 12 weeks (105 tabs)
Total: RM29.50
Result: HCG positive,yeah mengandung! Cuma tak tau berapa usia kandungan.
Kekangan: Follow up hanya boleh dibuat di Klinik Ibu Mengandung PPUM hanya SELEPAS kandungan berusia 4 bulan.
Apa nak buat sementara tu?
Terpaksa la ke klinik swasta yang
- boleh terima antenatal yang lebih awal daripada 4 bulan
- ada temujanji hujung minggu (yeah AL dah habis buat cuti kahwin!)
- doktor perempuan muslim
- lokasi terdekat
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment