damdiduuu

Tuesday, October 1, 2013

Cameron Highland: self pick strawberry

mengiurkan tak?
:p


memandangkan
ni merupakan visit kita yang ke-3
ke Cameron Highland
dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ni
jadi kita pun tak la nak 'meneroka' sangat.

top of the list
nak bagi Alice petik strawberi
:)

tanggal glove
mari petik strawberi!
:)


secara umumnya
boleh petik strawberi
pada bila² masa kat Cameron Highland.
tak ada musim.
cuma waktu cuti sekolah
atau selepas habis cuti sekolah
mungkin tak banyak dapat hasil.

kalau tak salah
ada 3 farms utama yang kita boleh petik sendiri strawberi
(ini tak google pun, tapi nampak/senang cari kat tepi jalan)
ikut turutan daripada Simpang Pulai:

1) dekat dengan Hotel Equtorial
- EQ Strawberry Farm
- susah nak dapat parking mungkin sebab ini farm pertama kalau lalu dari Simpang Pulai

2) dekat dengan Time Gallery (Time Tunnel)
- Kok Lim Strawberry Farm
- kurang sesak, senang sikit nak park: mungkin sebab ramai orang dah berehenti kat farm #1
- selain daripada petik strawberi, ada muzium dan kedai cenderahati

3) atas bukit dekat dengan padang golf
- Healthy Strawberry Farm 
- ampun kita nak naik lagi sebab naik turun farm ni memang curam mencabar!
*mode Camel Adventure Gear

kita pilih farm yang dekat Time Gallery.
memang mahal sebenarnya RM60 sekilo untuk 2 orang ni
boleh beli yang lebih murah kat luar.
jadi sila petik cream de la corp

sebenarnya masuk²
dah kena instruct
supaya pergi petik kat nun jauh seberang sungai sana.
jauh tu nak jalan turun tangga batu
bawak baby lagi.
last² kita petik je yang dekat².
petik yang gemuk²
sebelum kena sound "sini tak boleh petik".
by the time kena sound, dah penuh bekas pun
:p 


 yang kecik² tinggal
biar bagi besar sikit
:)

tengok - macam daddy je yang lebih excited :p 
ada yang Alice petik sampai keluar jus.
kita buang je
ambik yang lain pulak
:p

kalau tak cukup, diorang akan top up sampai setengah kilo satu bekas.
kalau terlebih sudah ... sila top up duitnya!

strawberi Cameron Highland ni
mungkin tak semanis yang Australia atau Korea
tapi alhamdulillah
manis je
terutama bahagian bawah dia.
dah bawa balik KL pun sama juga rasanya.
nak sedap lagi boleh cecah coklat, tak de hal
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...