damdiduuu

Showing posts with label The Tun Hussein Onn National Eye Hospital. Show all posts
Showing posts with label The Tun Hussein Onn National Eye Hospital. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

hospital mata: monthly check up

tajuk je pergi check mata kat hospital mata
gambar semua gambar budak kecik main kat play ground
:p


kalau ada 2 anak nanti
rupanya macam ni?!


Alice tak takut dengan budak lain.
budak² lelaki main baling² bola
boleh pulak dia ketawa²
mommy yang takut terkena bola sesat!


nampak rumah kecik saja
mommy suruh Alice masak.
bila Alice siap masak dan beri pada mommy
terus mommy kata 'Chilli. Pedas!'
Alice pun beri air pada mommy
:)


daddy rasa sedap, nyum!
daddy nak lagi!


daddy suruh kakak masak kat api
masak banyak²!
mari masak untuk mommy dan daddy!


walau pun di mana daddy berada
jangan harap dapat lepas daripada masakan saya yang sungguh enak ini!
:p


sambil masak sibuk tengok orang buat apa tu kat luar rumah
:p


sementara tunggu daddy check mata
kat klinik C
:)


dari main anjing, slide dan masak²
tak boleh duduk diam jalan sini sana sampai kafeteria.
daddy suruh mommy bagi Alice roti.
duduk makan kat kafe.


tapi sekejap saja
lepas tu dah sibuk main semula
roti pun tak habis lagi.


cara² nak minum air
tuang air dari botol
masuk dalam tutup botol


dari tutup botol baru boleh minum!


budak kecik saja minum air dalam botol, katanya
:p


daddy dah siap check mata.
tak mau balik lagi
nak main whee lagi!

p/s: mata daddy dah bertambah baik
kalau tak salah bacaan 14 & 12
berbandng sebelum ni 18 dan 20 lebih!
sekarang dah tak perlu jumpa tiap² bulan.
next appointment lagi 2 bulan.
alhamdulillah
:)

Monday, February 13, 2012

hospital mata Tun Hussien Onn - monthly eye check



dah lama abang tak pergi check mata kat hospital mata.
kali terakhir pergi sama² pun
aku dan Alice tak masuk ke bilik doktor.
tunggu di luar saja
sebab masa tu Alice dah tidur.

kali ni dah 2 minggu ubat mata abang habis.
nak buat appointment Sabtu sebelum tu
tapi dah lewat, tak sempat.
baru tahu rupanya kena buat appointment waktu pejabat saja.

satu perkara yang aku baru tahu juga
rupanya mata abang sakit :(
petang² saja berair.
abang tak cerita kat aku.
bila doktor tanya saja baru dia cerita.
sedih aku dengar :(

tak macam biasa
selain daripada ubat titis
kali ni doktor beri ubat tambahan.
ubat makan
supaya tekanan mata jadi kurang dengan cepat.
bila abang makan ubat dan guna ubat mata
dia jadi sakit kepala.
tak aktif membuli aku dan Alice macam selalu :(

banyak yang tak nampak.
moga² selepas rajin letak ubat
mata abang akan semakin sembuh


moga dugaan ni jadikan kita semakin kuat.
semoga kita dilindung dan dirahmati selalu.

aku sayang abang
:(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...