damdiduuu

Thursday, February 9, 2012

cirit birit di kalangan bayi dan kanak²

punca:
sistem imunisasi yang belum matang
mudah dijangkiti virus dan bakteria
yang mangakibatkan cirit birit

sebab lazim:
jangkitan virus yang dikenali sebagai jangkitan gastronomi

jangkitan melalui
- bekalan air yang tercemar
- sentuhan (umpamanya di pusat jagaan kanak²)
- keracunan makanan

risiko tinggi kepada bayi dan kanak² sebab mereka suka
- usik benda²di sekeliling
- masukkan jari dalam mulut

simptom
- najis berair
- sakit perut
- demam panas atau kesejukan
- hilang selera makan
- loya
- muntah
- keletihan
- kurang berat badan
- kulit pucat
- dehairasi

dehaidrasi
- kurang air
- bahaya untuk bayi
- boleh mengakibatkan maut dalam hari yang sama!

tanda² bayi kurang air
- kurang buang air kecil: tidak membuang air kecil dalam masa 8 jam
- warna urin gelap dan kuning pekat. jika warna urin terang, maka bayi tidak mengalami dehaidrasi
- lidah dan bibir kering
- mata kering, bila menangis tidak keluar air mata
- apabila jari ibu dipicit, mengambil masa lebih daripada 2 saat untuk kembali ke warna merah jambu
- lemah dan pening kepala
- tanda pada kulit (depressed or sunken soft spot)

*segera bawa bayi berjumpa doktor!

apa nak buat?
lazimnya cirit birit berlaku 2 - 5 hari
untuk bayi dengan cirit birit ringan (tiada dehaidrasi, tidak muntah²):

makan dan minum
seperti biasa termasuk susu ibu
bagi membekal nutrisi
dan seterusnya mengurangkan jangka masa cirit birit.
boleh beri bayi sukatan lebih kecil
sehingga sembuh

jus buah
elakkan jus buah supaya keadaan tak menjadi bertambah teruk

gantikan kehilangan air
minta nasihat doktor untuk kaedah terbaik bagi bayi anda

ubat
minta nasihat doktor sebelum beri ubat

langkah pencegahan
- jaga kebersihan
- cuci tangan selepas ke tandas menggunakan sabun cecair dalam air suam yang mengalir
- cuci tangan sebelum mengendalikan bayi
- cuci tangan dengan bersih selepas mengendalikan bintang kesayangan di rumah
- cuci dengan bersih sayur dan buah²an
- pengendalian bahan mentah untuk memasak - bersihkan pisau dan papan pemotong, simpan makanan mentah ke dalam peti sejuk dengan serta merta apabila tidak digunakan
- bersihkan dapur dan peralatan memasak untuk memastikan tiada bakteria

selamat menjaga kesihatan!
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...