damdiduuu

Friday, February 17, 2012

Robert Kuok: pengajaran dari orang terkaya di Malaysia

pada 10 April 2009
sempena ulang tahun ke 60 Kuok Group
beliau telah menyatakan antaranya:

didikan
Robert dan adik beradiknya dibesarkan oleh ibunya
yang merupakan seorang yang teguh dengan ajaran Ru-Jiao
iaitu ajaran oleh Confucius, Mencius, Laozi dan bijak pandai China yang lain.

Ru-Jiao mengajar perlakuan yang betul
bagi manusia sepanjang hidupnya di dunia.
ibu beliau (secara lembut dah ada kalanya tegas!) selalu menerapkan
- nilai kejujuran
- jangan sesekali menipu, mencuri
- jangan dengki dengan kekayaan atau kelebihan fizikal orang lain

Kuok Brothers Limited
bapa meninggal dunia pada 25 Disember 1948
tanpa meninggalkan wasiat.
selepas Jepun menyerah kalah, Tong Seng & Co. telah didaftar semula
sebagai milikan tunggal.
perintah mahkamah diperlukan untuk melantik pengurus
bagi meneruskan perniagaan syarikat tersebut.
menurut Hakim, memangdangkan terdapat 2 balu
maka pembahagian harta tidak mudah.

pada pertengahan Januari 1949
Kuok Brothers Limited ditubuhkan.
5 orang yang berkumpul dia meja bulat kecil di rumah Johor Bahru adalah:
- ibu
- sepupu ke-5 Hock Chin
- sepupu ke-12 Hock Seng
- sepupu ke-17 Philip Hock Khee (yang juga merupakan adik beradik Robert)
- sepupu ke-20 Robert
dipendekkan cerita
perniagaan dimulakan di rumah kedai kecil
di Johor Bahru
pada 1 April 1949.

kerja keras
sewaktu muda
Robert menganggap tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan
- kerja keras
- berfikiran positif
- plan perniagaan yang jujur
- dan melaksanakan semua perkara tersebut tanpa pengecualian pada setiap masa

akan sentiasa ada peluang perniagaan di dunia ini!

- merendah diri
- jujur, jangan menyimpang
- jangan mengambil kesempatan ke atas orang lain
- untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya
seluruh deria perlu digilap setiap pagi
sama seperti memberus gigi
"tajamkan deria" dalam perniagaan:
- pemandangan
- pendengaran
- hidu
- sentuh
- rasa
semua deria ini sangat berguna

peranan ibu
ibu merupakan Kepten kapal
beliau melihat dan merasai segala²nya
tetapi memandangkan beliau seorang yang bijaksana
belian tidak campur tangan.
ibu merupakan pengaruh
yang menyatukan kumpulan tersebut.

ibu mengajar supaya
- jangan tamak
- dalam mencari wang, seseorang itu masih boleh mempunyai moral yang baik
- setiap kali mendapat banyak laba
mesti menderma kepada badan kebajikan
yang ada di kalangan masyarakat setempat.
- ibu selalu mengingatkan kepada 'the big picture' dalam perniagaan
bukan setakat keuntungan jangka pendek
maka
- elakkan perniagaan yang membawa bala, keburukan atau kesedihan kepada orang ramai
seperti
* judi
* dadah
* senjata
* pinjaman wang
* pelacuran

daripada ikan kecil
yang berenang dalam tub mandi
ke tasik
dan kini ke laut lepas.
pada masa kini perniagaan mencakupi pelbagai industri
dan beroperasi di seluruh dunia
tetapi semua itu tidak akan dapat dicapai tanpa
- visi yang digarap oleh kumpulan asal di waktu penubuhan
- sumbangan dedikasi dan kesetiaan pekerja
- prinsip moral yang teguh yang diterapkan oleh ibu beliau

pekerja
apabila mengambil pekerja
ciri² yang diperlukan ialah
- jujur
- rajin
- bijak
apabila dilihat ke dalam matanya
mestilah nampak jujur.
Robert tidak mencari pemegang Master atau pelajar terpintar.
kata Robert:
Pekerja boleh dipilih daipada bijak pandai,
summa cum laude,
first-class honours,

tetapi sekiranya mindanya tidak adil
dan sikapnya terkekang
adakah kepandaiannya dalam akademik itu memberi apa² kesan?

penghargaan sampai ke waris
pada majlis tersebut
Robert turut merakam penghargaan buat pekerja terdahulu
yang kebanyakan daripada mereka tiada di sini lagi.
antaranya:
Lau Teo Chin (Ee Wor)
Kwok Chin Luang (Ee Luang)
Othman Samad (Kadir)
dan seorang akauntan berbangsa India bernama Joachim, seorang panganut Roman Catholic
dan setiap hari berulang alik dari kediamannya di Singapura
Lean Chye Huat, yang tidak dapat hadir kerana masalah penglihatan
Yusuf Sharif meninggal di tanah airnya, India setahun setengah sebelum itu
mendiang Lee Siew Wah,
serta semua yang telah memberikan sokongan padu tanpa batasan dengan penuh setia kepada syarikat.

Robert merasa sedih
apabila pekerja awal tidak mendapat
ganjaran yang setimpal.
inilah kekurangan kapitalisma.
walau bagaimana pun, kini melalui yayasan kumpulan dan pekerja
waris pekerja yang terdahulu
boleh dibantu
sekiranya perlu.

kejayaan sesebuah perniagaan
bergantung kepada penyatuan pekerja.
semua pekerja berada dalam sebuah bot melawan arus,
semua yang berkemampuan mesti mendayung supaya bot terus maju.
nilai integriti dan kejujuran juga perlu sentiasa diperkukuhkan
serta sikap tamak haloba dan keangkuhan perlu ditolak sama sekali.

chenggong nai shibai zhi mu
Robert turut memberi satu peringatan kepada peniaga:
ada sebuah peribahasa China yang berbunyi
shibai nai chenggong zhi mu
maksudnya: kegagalan adalah ibu kepada kejayaan.

namun daripada 30 tahun pengalaman Robert dalam perniagaan
dirasakan frasa yang sebaliknya lebih tepat dalam kehidupan kini
chenggong nai shibai zhi mu
maksudnya: kejayaan selalunya menghasilkan kegagalan
sebab ia menyebabkan keangkuhan, rasa senang lenang maka orang yang berjaya tidak berhati²

kapitalisma
untuk melangkah ke hadapan dalam dunia hari ini
adalah melalu kapitalisma.
malah nagara China pun telah menyedari hal tersebut.
walau bagaimana pun kapitalisma sekiranya dibiarkan tanpa pengawasan
akan menjadi seperti bola salji yang akan mengakibatkan kerosakan.

kapitalisma perlu
- diperiksa di bawah kanta pembesar sehari sekali
- diperiksa di bawah kanta pembesar berkuasa tinggi seminggu sekali
- serta diletakkan dalam mesin pembersih sebulan sekali

dalam kapitalisma,
manusia perlu cita² dan sifat tamak untuk memacu kejayaannya.
namun di mana tamatnya cita² seterusnya sifat tamak mengambil alih?
kerana itulah kapitalisma sekiranya dibiarkan
akan menjadi bola salji yang akan mengakibatkan kerosakkan yang amat dasyat.
maka sistem kapitalisma yang kukuh
memerlukan kerajaan yang mempunyai pemimpin² yang kuat serta bijaksana.
ini bermakna pemimpin politik rela mengorbankan hidup untuk kebajikan rakyat.
bukan politikus yang tamak kuasa dan wang.

2 cabaran getir yang dihadapi China:
1) pengukuhan kesedaran moral
mesti bermula dari akar umbi
menggalakkan keteguhan moral
di kalangan generasi muda
sama ada di rumah
dan juga di tadika dan sekolah rendah seterusnya sehingga universiti

2) pembinaan peraturan dalam undang²
orang China perlu menerima prinsip undang²,
latih hakim dan penguam² yang jujur
bagi menegakkan sistem undang²

kekayaan mesti digunakan untuk 2 tujuan asal
1) untuk menjana kekayaan yang lebih besar
teruskan pelaburan,
cipta kemewahan dan peluang² pekerjaan di dalam negara

2) untuk memberi manfaat kepada insan
dengan cara kebajikan
atau pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan dalam sains, angkasa, kesihatan dan sebagainya.

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...