damdiduuu

Sunday, February 12, 2012

Proton Persona R (P3-21A)


kata Tun Mahathir
beliau tidak lagi menggunakan kerete Proton
sejak bersara daripada jawatan kerajaan.
nak menikmati kehebatan kualiti
kenderaan mewah Jepun dan Eropah, katanya.

selepas memandu uji di trek ujian di Shah Alam
Tun memberi jaminan
bahawa kereta terbaru Proton
dapat menandingi kualiti mana² kereta Jepun atau Eropah.
sahabat beliau yang berbangsa asing
yang arif berkenaan kereta
mengatakan kereta tersebut
memenuhi piawaian pasaran kelas atasan daripada Eropah.

lagi komen Tun:
- kereta tersebut menggunakan hot press steel body
lebih tahan berbanding cold press
- enjin 1.6 liter turbocharged, setara dengan kuasa enjin 2.0 liter. Enjin memenuhi piawaian Euro-five
- Vehicle Seek Lamp
- Wiper Auto Speed
- Auto side door folding mirror
- Push Button Start / Stop
- Sensors for Automatic Wiper & Headlamp
- GPS Antenna
untuk sistem navigasi
- Impact Sensing Door Lock
- Continuous Variable Transmission
- Security Alarm System
- Immobiliser
- Central Locking


versi automatik mempunyai
- Shift Lever with Tiptronic Mode
- Paddle Shifter
pada stereng untuk 7 penukaran gear
- ABS untuk mengelakkan skidding
- BA (Brake Assist) untuk menambah kuasa pedal brake

menurut Tun lagi
terdapat versi kereta
yang mempunyai kurang ciri² di atas
namun semuanya lebih baik daripada kereta Proton sedia ada.

seperti dijangka
harga kereta ini adalah lebih mahal daripada harga biasa kereta Proton yang lain
tetapi lebih murah daripada kereta import
yang mempunyai spesifikasi yang sama

dengan terhasilnya kereta ini
yang dijangka akan dipasarkan Mei 2012
akan membuktikan bahawa Proton tidak hanya menghasilkan kenderaan yang murah
tetapi juga yang setanding dengan kualiti kenderaan dari Eropah, Jepun malah Korea.



0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...