damdiduuu

Saturday, February 25, 2012

Ekspo Buku Islam Putrajaya, February 2012

Sabtu lepas kita berpeluang ke Putrajaya
jadi kita pun ke Ekspo Buku Islam
di Precinct 3, Putrajaya.
kebetulan ada Karnival Wow di Precinct 2
memang agak dekat juga jaraknya.

alhamdulillah
dapat parking di bagunan bertentangan.
covered car park
free saja tak kena bayar.
yang tak berapa nak best
nak ke ekspo ni
kena lalu banyak anak tangga.
kesian juga orang yang bawa stroller.
memang ramai orang pergi pesta buku
sebab nak bawa anak²
nak pupuk minat membaca.
agak 'potong' jugak la bila susah nak bergerak
kalau guna stroller.

ada 3 bahagian ekspo ni.
dari parking
masuk² saja khemah
ada ceramah.
awalnya rasa pelik jugak.
kata pesta buku
tapi di khemah tu cuma ada gerai tudung & barangan baby.

terus ke atas
baru kita nampak gerai² buku.
awal sekali Karangkraf dan MOY Publication.
boleh tahan ramai orang.
kita pun tak dapat tengok sangat.
ada quran, buku sirah, novel, buku sekolah dan macam² produk lain
umpamanya pakej umrah & ziarah, Ez Math, insurans dan sebagainya.


nak ke dewan utama
kena lalu tangga.
kesian tengok bapak² yang usung stroller
dengan anak kat dalam tu.


masuk² je nampak booth jual komik Ujang
:D


ramai budak² beratur
nak jawab soalan matematik!


booth EZ Math


Prof Dr Muhaya pun ada!
kagum betul dengan doktor mata ni :)
beliau merupakan salah seorang mentor dalam Ustazah Pilihan


ramai nak minta autograph & bergambar dengan Prof Muhaya


buku latihan untuk pelajar sekolah
RM1 sahaja!


Alice nak tengok Upin & Ipin
:)


daddy tengok komik


MOY Publication
beli majalah Ujang/Apo keluaran terdahulu
RM5 untuk 2 majalah
dapat paper bag yang cantik² ni!


terima kasih daddy bawa kita datang sini
:)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...