damdiduuu

Tuesday, February 21, 2012

tattoo punk 'ala payung Vivienne Westwood

satu hari gua pergi pantry
jangan harap ada makan² selepas kejadian dulu tu!
walau pun tak ada biskut butter atau cup cake
gua ternampak sesuatu yang menarik

payung!

payung?!
payung ...?
yup, payung!

payung tu sekali imbas nampak biasa
tapi kalau imbas guna iphone ...
hey, mana ada QR code kat payung tu!
:p

... kalau tengok betul²
payung tu memang ada kelainan.
pemegangnya bentuk macam pemegang tongkat
yang apek tua tak larat nak jalan selalu guna.
macam ciri² oriental.
tapi corak kat payung tu ...
punk?!

gambar tengkorak 'ala pirate macam tu.
banyak² tengkorak.
punk la tu kan?


tangkai payung macam dalam gambar
corak payung saja yang lain

kemudian gua teringat
budak opis gua pernah kata
uncle dia fashion designer kat US.
bila balik ke Malaysia
bawa buah tangan pelik².
antaranya payung mahal yang tangkainya bentuk tongkat.
harga payung tu dalam seribu lebih RM.

untuk mengesahkan gua punya suspicion
gua pun tanyakan pada empunya barang.
payung tu ka yang dia pernah cerita?
pelik - pemegang macam tongkat tapi corak punk.

jawabnya?
betul!
unclenya kerja dengan Vivienne Westwood di US.
Vivienne Westwood tu wanita yang umurnya sudah 70an tapi masih punk.
di sesetengah negara ada banyak barang imitation Vivienne Westwood dijual merata².

gua teruja!
lepas ni senang la gua nak pow barang² punk dari US
keh keh keh keh keh!

gua punya la suka hati
sampaikan malam tu gua mimpi
gua ada tattoo punk kat leher.
tattoo hitam putih
bulat macam yin yang tapi lebih komplikated.

lihat: hukum tattoo mengikut Islam

kemudian gua tersedar sesuatu
budak opis gua tu nak berhenti kerja dah minggu depan.

... hampagas!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...