damdiduuu

Friday, January 6, 2012

tattoo: fatwa Malaysia

Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-86
21 – 24 April 2009



hukum
dalam Islam hukum bertatu iaitu
- pembuat tatu
- dan orang yang meminta dibuat tatu
adalah haram.

tindakan
orang yang telah bertatu wajib
- bertaubat
- menyesal
- menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.
- jika mudharat pada diri dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan.

ibadah
mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat namun tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain.

Jenazah
bagi orang yang bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat tersebut.

tattoo parlor
Muzakarah juga berpandangan bahawa
pihak berkuasa yang meluluskan lesen membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu
- pemilik dan pekerjanya mestilah bukan beragama Islam
- orang Islam dilarang sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.

sumber: http://www.e-fatwa.gov.my

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...