damdiduuu

Tuesday, January 3, 2012

mana pampers?!

tak ada lawak nak ditulis hari ni.
cuma cerita biasa.
cerita terpencil.
cerita tak penting bagi masayarakat umum.
tak ada unsur seks, lelucon atau kejutan yang boleh dijual.
namun cukup menyentuh jiwa aku.
kalau tak tersentuh aku tak tulis rasanya.

pengasuh sebelum ni tukar pampers Alice sehari 2 kali.
kemudian pengasuh tu berhenti.
pengasuh lain ambil alih.
tiap² hari aku letak 6 keping pampers dalam beg Alice.
cuma 1 hari 2 keping luak.
hari² lain cuma sekeping.

aku suspek baby kat nursery tu ditukar pampers 2 kali
sekali pagi dalam 8.15am waktu mandi pagi.
sekali tengah hari dalam 1pm waktu mandi (mandi tengah hari?).
kalau ikut jadual, mandi pagi & sebelum balik.
aku tak kisah.
mungkin pengasuh tu rasa lebih baik mandi tengah hari
sebab senang nak tidur lepas mandi.
tak apa lah.

dalam kes Alice
sebab Alice dah mandi di rumah pagi²
jadi pampers cuma ditukar waktu tengah hari.

aku ambil Alice sebelum pukul 7 petang
maknanya Alice pakai pampers yang sama dari pukul 1 sampai 6 lebih.

mana tau ni?!
mana aku tau?
aku tak tau tepat
aku agak² saja
mungkin betul, mungkin tidak.
agakkan aku berdasarkan
1) hari² aku letak 6 keping pampers dalam beg Alice
2) setiap kali ada masa terluang, aku jenguk Alice di nursery waktu lunch break.

selalu aku datang waktu lunch
Alice dah bertukar pakai baju tidur.

aku tau mak bapak yang lain dan management taska pun tak tahu hal ni.
mak bapak yang lain bagi pampers sebungkus jumbo besar
ikut suka macam mana guna.
dah habis, diorang top up.
tak ada mak bapak datang waktu lunch, setakat ni aku belum pernah terserempak lagi.

management mana nak pantau tukar pampers berapa kali.
cuma ada jadual disediakan
dalam jadual tukar pampers 3 kali.
rasanya tak ada cctv nak tengok.

penakut
aku nak tegur pengasuh tu pun tak berani
kalau tengok gaya dia buat kerja pagi²
memang boleh kecut perut juga.
mungkin tertekan sebab banyak kerja nak kena buat sorang².
kesian.

lagi kesian budak OKU kat situ.
aku pun tak setuju mak bapak tinggal anak kat depan pintu
lepas tu pengasuh kena bawak naik tingkat atas dengan beg berat sebeban.
lagi pulak budak OKU tu dah 2 tahun lebih
kurus je, tapi setakat kita² ni memang mengah juga dukung naik tangga.
macam mana budak tu diuruskan
biar lah antara insan dengan Tuhan je yang tau.
aku cuma mampu berdoa moga² anak kecil tu dipeliharaNya ...

boleh tak?
aku sebenarnya kalau boleh nak pengasuh tu berteman.
dia buat kerja sorang² tertekan sangat agaknya.
mungkin pada dia sistem 2 kali tukar pampers tu dah efisyen.
dah tak perlu diubah.
cumanya Alice dah mula naik ruam.
aku tanyakan pada pengurus kalau boleh nak minta tukar pampers + sekali lagi dalam pukul 4 petang.
boleh saja, katanya.

outcome
malam tu sewaktu aku nak packing beg Alice
baru aku perasan.
pagi tu macam biasa aku letak 6 keping pampers.
malam?

tinggal 1.

ada masa pengasuh tukar pampers Alice selang sejam?

ya Allah, peliharakanlah kami.
seandainya kami termasuk dalam golongan orang yang teraniaya
maka kurniakanlah kami redha, kesabaran dan kekuatan.
berilah mereka petunjuk
agar mereka selalu berlapang hati
dan permudahkanlah urusan mereka.
hanya Engkau yang maha penyayang dan maha adil.


p/s: nursery yang aku hantar Alice ni bukan nursery kokak.
mak bapak yang datang naik Mercedes, BM, Golf GTI dan Audi 4 wheel drive.
baby² pakai bouncer Maclaren atau bouncer Fisher Price yang siap ada vibration mode.
polisi pihak management, premis taska memang bagus.
tinggal lagi perlaksanaan je nak diperkemas.
mungkin staff tak boleh handle workload sebab tak cukup orang
hmmm ....

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...