damdiduuu

Sunday, January 15, 2012

nostalgia: Kuala Lumpur

dulu waktu kecik²
aku ingat kalau ke KL kita ziarah famili Aunty.
mereka pernah duduk di Sentul
sebelum aku masuk UTM lagi waktu tu
stesyen train Sentul tu baru je dibina
boleh jalan kaki saja dari kuarters DBKL tepi jalan tu.

aku ingat arwah mak dulu tak suka duduk KL.
banyak nak pakai duit, katanya.

aku ingat juga selepas arwah mak meninggal
tak sampai 40 hari lagi kita dah pergi Time Square
masa tu indoor theme park baru buka.
ingat juga la naik ride pusing² nampak penjara pudu.

selepas habis belajar
selepas kerja mengumpul pengalaman yang cantik di resume
aku berhijrah
dari JB ke KL
atau lebih tepat lagi Selangor.
dapat kerja di Damansara.
sebab boss main tipu.
dia tunjuk kontrak RM1.8 million.
katanya ini la business yang kita buat.
komisyen aku?
6%!
pada hal masa tu aku dah pun dapat kerja di Port Dickson
yang mana CEO tu beri saja gaji yang aku minta
iaitu RM600 lebih daripada gaji di Damansara.



lupakan hal kerja.
bila mula terjebak dengan gig
aku ke gig Jumaat malam,
Sabtu tengah hari,
Sabtu petang,
Ahad tengah hari,
Ahad petang,
tak termasuk kalau band Bintang Batu ada gig luar mana²
pernah sampai Tanjung Malim & Melaka.

sebab gig aku tau Skizo Taman Shamelin Perkasa
Paul's Place Jalan Klang Laman
Annex CM
1 cafe lama, Pudu
1 cafe baru, Chow Kit
Evo Club House Pandan Indah
Gudang Noisy Ampang port crusty
kadang² band² perform di pentas terbuka, stadium, dewan² dan car park,
juga Naif Melaka (dah banyak kali tukar nama rasanya), City Plaza JB dan beberapa tempat luar KL.

aku suka kat KL ada banyak bangunan cantik yang gah.
aku suka tengok KLCC malam sebelum lampu dipadamkan
(baru tau dipadam bila Pyrate Punk Bandung datang nak ambil gambar KLCC tapi gelap).
aku pernah ke KL Tower tapi tak bayar parking sebab ingat tak payah bayar :p
aku suka Muzium Negara - banyak perkara boleh belajar
aku suka kalau abang drive pergi KL sebab aku tak sabar dengan traffic jam :p

macam mana KL 2020?
ada kereta terbang?

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...