damdiduuu

Thursday, January 19, 2012

nafkah zahir

suami wajib memberikan belanja untuk makan, minum, pakaian dan tempat tinggal isteri
sesuai dengan kemampuannya.


Firman Allah s.w.t:

Ertinya:
"Hendaklah orang yang mampu
memberi nafkah menurut kemampuannya.
Dan orang yang disempitkan rezkinya
hendaklah memberi nafkah
dari harta yang diberikan Allah kepadanya.
Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang
melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya"

~ Al-Talaq:7

Ertinya:
"Dan kewajipan ayah
memberi makan dan pakaian
kepada para ibu
dengan cara yang makruf.
Seseorang tidak dibebani
melainkan menurut kadar kesanggupannya".

~ Al-Baqarah:233

dalil dari sunnah:

Ertinya:
dari Muawiyah al-Qusyairi, berkata:
Saya datang kepada Rasulullah s.a.w
lalu saya bertanya,
"Bagaimana pandanganmu Ya Rasulullah
tentang isteri-isteri kami?"
Sabdanya: "Berilah mereka makan dari makanan yang kamu makan,
berilah mereka pakaian dari pakaian yang kamu pakai,
janganlah kamu pukul mereka
dan jangan pula kamu buruk-burukkan mereka

~ H.R Abu Dawud

Ertinya:
Dari Aisyah r.a berkata:
Sesungguhnya Hindun datang kepada Rasulullah lalu berkata:
"Wahai Rasulullah,
Abu Sufyan adalah orang yang kikir
dan tidak mahu memberikan kepadaku belanja yang cukup
untukku dan anakku,
sehingga terpaksa aku ambil dari hartanya
tanpa pengetahuannya".
Lalu Baginda bersabda:
"Ambillah sekadar cukup
untuk dirimu dan anakmu
dengan wajar".

~ H.R Bukhary dan Muslim

pagi: home made mihoon goreng
dengan on request cili sos
nyum nyum!


tengah hari: nasi & kari daging.
i love my abang!
:)


Menurut Imam an-Nawawi
bahawa hak-hak yang wajib terhadap isteri
ada tujuh perkara iaitu:
1. Makanan.
2. Bahan-bahan seperti rempah-ratus (bawang, minyak masak, garam, gula, asam termasuk lauk-pauk dan sebagainya).
3. Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu.
4. Pakaian.
5. Alat-alat pembersih badan dan pencuci pakaian, sikat dan sebagainya.
6. Perkakas-perkakas rumah seperti perkakas bilik air, perkakas tidor dan sebagainya
7. dan yang terakhir ialah tempat tinggal (rumah).
~ An-Nawawi.450-461

Nafkah bukanlah bermaksud memberi duit poket kepada isteri. Ia sebenarnya lebih luas mencakupi penyediaan tempat tinggal, makan minum, pakaian, dan perkara-perkara asasi dalam kehidupan.

Jadi, kadar nafkah tidak ada had tertentu ditetapkan oleh syarak. Ia bergantung kepada kemampuan suami dan uruf keperluan seorang isteri mengikut taraf masing-masing.

Kata Ibn Katsir dalam menafsirkan ayat 233 surah al-Baqarah, "Iaitu kadar nafkah kebiasaan wanita-wanita sepertinya di negeri-negeri mereka, tanpa berboros dan tanpa kedekut, mengikut kemampuannya (suami) pada keberadaannya, atau pertengahannya atau kesempitannya". (Tafsir Ibn Katsir 1/634).

p/s: Alhamdulillah, terima kasih :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...