antara yang tak sempat dirakam tahun lepas
ialah peristiwa bersejarah
apabila Alice buat pertama kali terkena viral infection.
satu hari waktu jemput Alice dari nursery
mommy rasa badan Alice macam panas sikit.
tak yakin sangat
sebab kadang² bila memandu kereta
tangan dekat dengan corong air conditioner
tangan kita jadi sejuk
jadi apa² yang kita pegang pun rasa panas.
apa pun, mommy ingat nak mandikan Alice balik nanti.
mommy pun text untuk inform daddy, dan kemudian daddy called mommy bertanyakan keadaan Alice.
sampai di rumah, kebetulan hari tu daddy kerja lewat.
awalnya mommy nak batalkan niat mandikan Alice.
ya la, waktu balik kerja adalah antara waktu paling sibuk bagi mommy.
buat sarkas buka kunci pintu sebelah tangan dengan dukung Alice sebelah lagi.
letak Alice dalam walker
selalunya Alice akan mula meragam sebab lapar.
beri Alice teether sejuk dari peti ais
senyap la dia sekejap.
sementara tu sempat la
simpan susu
masak nasi
keluarkan bahan untuk (daddy!) masak daripada freezer
cuci pinggan
unpack beg Alice - keluarkan botol susu, ice pack, kain bedung, handkerchief dan baju kotor
mandi
feed Alice
semuanya dibuat sambil mencuri masa
melayan Alice yang kelaparan/ kebosanan
dan juga mengawas Alice.
sekarang ni Alice suka buka drawer kabinet dapur
bila dah buka drawer, boleh pulak cantik je pegang mulut drawer tu
hai la, jari² tu dah la halus
kalau tersepit ...
nauzu billahi min zalik
kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut!
menyejukkan
alhamdulillah
akhirnya dapat juga mommy mandikan Alice.
sewaktu syampu kepala,
mommy dapat rasakan air sabun tu jadi lebih suam daripada asalnya.
bila daddy balik
daddy rasa memang Alice agak panas sikit.
bila nak tidurkan Alice
mommy pun potong Cool Fever dan tampal pada dahi, bawah ketiak dan belakang Alice.
malam tu daddy rasa badan Alice.
kepala Alice panas, katanya.
bukan panas sangat², tapi panas macam baru nak mula demam.
kita ambil suhu guna termometer dapat bacaan 37.7 darjah celcius.
terus kita alas tempat tidur Alice guna changing mat
basahkan kain bedung
dan balut kepala Alice dengan kain basah tu.
pagi dalam pukul 3 mommy terjaga
mommy tengok daddy tak tidur kat tempat daddy
tapi menyelit sebelah Alice.
nampak macam tak selesa je.
risau?
mesti la risau sebab sebelum ni Alice tak pernah demam.
walau pun kena cucuk imunisasi yang 2 cucuk sekali tu pun Alice tak demam.
bila jadi macam ni tentu kita concerned.
mommy check baju Alice dah basah
disebabkan kain basah tu.
mommy pun tukar dengan baju lain yang kering.
suhu macam dah turun sikit
tapi kita biar saja kepala Alice berbalut malam tu.
tidur pun macam orang sakit
ikut²kan daddy nak hantar Alice malam tu juga ke klinik
senang dan cepat.
cuma mommy beritahu - kalau Alice demam tak apa la,
mommy boleh ambil cuti untuk hantar Alice pergi klinik
dan jaga Alice di rumah.
kalau malam ni, kita boleh hantar ke klinik biasa saja.
kalau tunggu esok, mommy boleh hantar jumpa Dr Syed di KJMC.
lagi pun yang utama kena kawal suhu badan Alice sekarang
hantar klinik pun setakat diberi sirap panadol saja.
dengan berat hati daddy setuju.
daddy memang selalu risau kalau mommy pergi mana² tapi daddy tak dapat hantar.
:)
tentu daddy bising!
:p
esoknya suhu badan Alice dah turun.
mommy berbelah bahagi juga nak hantar klinik ke tidak.
daddy kata suhu turun sebab kita tuam
takut nanti naik semula.
sebelum keluar mommy tampal Cool Fever pada dahi Alice.
di KJMC awalnya nurse ambil suhu tak sampai 37 pun.
kali ke-2 baru 37.2 darjah celcius.
nurse tanya dah beri Alice makan ubat ke?
kata Dr Syed Alice terkena viral infection.
diberi antibiotik dan sirap panadol.
bezanya panadol ni lebih kuat daripada sirap yang hospital beri selepas dapat suntikan pelalian - jadi boleh beri dalam kuantiti sedikit saja pada Alice.
Dr Syed kata memang ada kemungkinan suhu Alice akan naik lagi minggu ni.
sebab tu kena makan antibiotik
dan juga kena makan panadol kalau demam.
strong girl
alhamdulillah
demam Alice memang dah sembuh lepas tu
suhu tak naik
beransur normal.
kemungkinan besar sebab kita terus mandikan Alice dan tuam kepalanya malam tu.
cumanya selepas baik demam, timbul pulak tanda² batuk dan selsema.
mujur tak kronik
:)
masih tidur atas kain basah
tips bayi demam
- suhu demam/ nak mula demam ialah 37 darjah celcius
- mandikan baby macam biasa
- basahkan rambut
- tuam dengan kain basah pada bahagian kepala, ketiak dan peha
- (dalam kes Alice: kepala, ketiak dan tapak tangan panas, tapi lain semua sejuk. memang baru nak demam, belum melarat lagi)
- beri susu ibu (dan untuk bayi lebih daripada 6 bulan: air masak) secukupnya.
- sentiasa ada stok Cool Fever dalam peti ais
- bawa berjumpa doktor dengan segera (tapi sebelum jumpa doktor, mesti rendahkan suhu badan baby dulu)
semoga semuanya dilindungi dan sentiasa selamat dalam rahmatNya
:)
mommy will take care of you, no matter what!
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment