damdiduuu

Saturday, January 21, 2012

aku sepasang kasut

antara barang yang aku beli
selepas bersalin ialah kasut.
kasut kerja.
kira salah satu daripada barang 'lift me up' juga la kira.
ye lah
orang cuti bersalin
dah 60 hari terperuk kat rumah.
penampilan pun dah tak berapa nak yakin sangat.
on pc ntah² tekan keyboard pun dah lupa macam mana.

bila pergi kerja pakai smart dengan kasut tajam
dan tudung ada brooch bling²
at least kalau ada apa² yang dah lupa tak la nampak kokak sangat :p

kasut tu tak mahal mana pun.
bukan Hush Puppies pun.
untung jumpa kasut yang cuttingnya sangat smart.
ada heel dan depannya agak tirus.
ok la kira.
tapak getah buat kat Damansara Perdana.
ya kaum lelaki sekalian - kasut perempuan perlu ditambah getah pada tapaknya.
baru ada grip, sedap jalan dan tak bunyik bising 'keletuk keletak keletuk'.
terima kasih untuk abang yang sudi tolong hantarkan kasut ke cobbler :)

kasut murah tapi cantik pakai waktu jalan² ke Cameron Highland


aku pernah pakai kasut tu pergi outing.
ke Cameron Highland.
abang bantah juga mulanya.
katanya susah pakai tumit tinggi bawa baby.
nak langkah² longkang lagi :p
tapi masa tu aku mood berkobar² nak pakai kasut feminin cantik hitam berkilat.
dalam kereta stand by la kasut lain :)

aku plan ada duit nanti nak beli kasut outing yang baru.
dah lusuh sangat kasut yang ada ni.
tak cantik pulak tu.

tak semena²
hari terakhir kerja sebelum cuti panjang
Tahun Baru Cina
kasut kerja aku yang diletakkan di rak kasut luar pejabat
disebat orang.
tak pandai menilai betul pencurik kasut tu.
dia rembat sepasang kasut formal lelaki.
harganya lingkungan RM200. ok lagi.
sepasang sandal lelaki jenama Dr Cardin baru. ok lagi.
dan kasut aku yang harganya tak sampai RM80 pun.
ada sandal Hush Puppies cantik warna merah dia tak nak pulak.
apa la! :p

selepas diadukan kepada Management Office
katanya kat CCTV ada nampak seorang lelaki naik bawa beg
pada pukul 10.45 pagi.
tak ada apa yang Management Officer tu boleh buat
melainkan berpesan
"Kasut jangan letak luar la".

bila mengadu pada abang
katanya tak apa la
petang ini atau Sabtu
nanti dibelikan kasut baru.
yay!
saya sayang abang saya! :D
terima kasih daun keladi!

hari Sabtu abang bawa kita ke Jusco One Utama
untung ada kasut yang lebih kurang sama juga


siap ada diskaun sale Chinese New Year
terima kasih, besar pahala menafkahkan harta untuk isteri
terutama sekali pada waktu memerlukan
(hahaha puji ada makna!)
:p


moral: jerat tak pernah lupakan pelanduk.
barang² kita amanah kita :)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...