damdiduuu

Monday, January 9, 2012

lancang & biadap

pernah tak di sekolah
ada senior buli junior?
sekumpulan senior belasah seorang budak junior.
kat asrama.
cerita tersebar
bila senior semua kena gantung sekolah
dan budak junior tu cuti sakit.
siap senior yang pengawas, dilucutkan jawatannya.

apa yang terjadi lepas tu?
semua orang kutuk caci maki
kalau dah kuat pergi Palestin lawan orang Israel.
kalau nak bergaduh sangat, masuk sukan Sea acara seni mempertahankan diri wakil Malaysia.

harapkan pegar, pegar makan padi!
(harap nak senang hati main angry bird, tapi disebabkan angry bird kena bayar yuran langganan broadband & beli macam² merchandise angry bird!)

nak tau perkara sebenar?
sebenarnya budak junior tu trouble maker.
buli dan pow budak² lain
sampai diorang dah tak tahan, diorang report kat abang² senior.

macam mana?
ada kau kisah?
ada kau kisah pasal kebenaran?
kalau dah caci maki orang tanpa usul periksa macam mana?
orang tu tak buat salah apa² dengan kau pun sebenarnya ...

setiap orang dengan perjuangan masing²

itu cuma satu analogi.
mungkin ada orang berniat baik
tapi perlaksanaannya kurang tepat.
ada orang teraniaya
berkawan dengan golongan yang berbeza
tiba² dilabel dan distreotaipkan sama.
ada orang memperjuangkan sesuatu yang kita tak faham
tapi pada mereka perjuangan itu luhur.

apa nak buat?
yang baik jadikan tauladan
yang buruk jadikan sempadan.
bila terjadi sesuatu
kalau kita cuma kutuk, keji dan menghukum
apa yang kita boleh belajar daripada perkara tu?
macam mana kita boleh jadi lebih baik selepas perkara tu berlaku?
apa manfaat yang kita boleh beri kepada orang lain?!

bahasa melambangkan bangsa.
perkataan yang keluar dari mulut (fb status/ tweet) kita melambangkan peribadi kita.
takkan kita rasa gah bila kita mengutuk orang dan dalam masa yang sama menjatuhkan maruah sendiri?

tak kira pasal Anwar, Hasan Ali, Amalina, Adam Adli, Bersih, Hindraf, 901
kalau kita tak betul² faham perjuangan mereka
janganlah dicerca atau dihina.
berikanlah sesuatu yang orang lain boleh manfaatkan untuk diri mereka.
jagalah perlakuan.
jaga adab.
jaga kata².
apa yang kita kata bukan semata² pasal mereka
apa yang kita kata melambangkan diri kita yang sebenarnya.

sekeji itukah kita?

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...