damdiduuu

Wednesday, January 25, 2012

mencari baby push walker

sewaktu pergi Candylicious dulu
sempat juga ajak abang & kakak ke Toy R Us.
mencari baby push walker untuk Alice.
nak survey je baru.
aku tau di Ikea ada push walker harganya RM99.
kelajuan roda boleh laras
tapi cuma ada 1 pilihan saja.
Fisher Price & Playskool ada banyak jenis push walker.
itu yang nak tengok di Toy R Us.

kenapa nak push walker?
- untuk beri pilihan pada baby: ada alat bantu latih berjalan
- Alice sekarang suka memanjat, berdiri dan jalan sambil pegang sofa. masa yang terbaik untuk perkenalkan push walker

apa beza push walker dengan walker?

ergonomik
- push walker: baby berdiri, tolak push walker, latih baby berjalan
- walker: baby duduk, tak nampak kaki dia waktu berjalan
fungsi
- push walker: disarankan oleh pediatrician untuk latih baby belajar berjalan
- walker: kontroversi, dikata bahaya walau pun guna bawah pengawasan orang dewasa. kita pun guna walker untuk aktiviti supaya Alice tak bosan, bukan untuk latih berjalan.
harga
- walker: kita beli kat My Dear warehouse sale cuma RM40 saja, cantik
- push walker: dalam lingkungan RM100 - 300

ciri² push walker pilihan
1) harga berpatutan
2) kelajuan roda boleh laras supaya baby boleh berlatih berjalan guna push walker tu

Alice dah suka memanjat dan berdiri
waktu yang baik untuk latih berjalan


baju cantik² kat Mothercare
tapi kat FOS boleh dapat branded rompers RM10 je sehelai
boleh buat jual online!
:p


fashionista Barbie.
jangan nanti Alice mintak serba serbi Barbie sudah!
:p


Alice terpegun tengok zirafah
siap pegang kaki zirafah lagi!
:)


angry bird
nak yang mana satu?


setakat ni ini pilihan terbaik
sebab kelajuan roda boleh laras.
tapi harganya lebih mahal daripada Ikea


dari Toy R Us 'ter'masuk pulak kedai gadget.
daddy sibuk tengok handphone
Alice dah penat.


daddy bagi bottle feed


kampung 'full house', jadi kita cari khemah.
mana tau satu hari nanti nak tidur kat kampung ...


p/s: tengok² saja dulu, dah ada budget nanti baru buat pilihan.
orang lelaki punya prinsip pulak, dah nak beli baru pergi cari ... macam mana nak jadi pengguna bijak macam ni :p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...