alamak ...
dah tak ingat sebab lama sangat tangguh nak tulis pengalaman bersalin
keh keh keh
:p
memang tak ingat sangat
cumanya, bila jumpa semula doktor yang sama dia kata
'... bagus ya, dah sakit sendiri. tak payah induce ...'
yea
yea
bagus
bagus
:D
waktu tu sakit contraction memang berat sangat nak ditanggung!
walau macam mana pun, seboleh²nya kita tak mau ambil epidural.
bila ditanya, memang mommy kata tak perlu epidural.
cuma ambil suntikan untuk kurangkan sakit.
kurang ke sakitnya?
entah la
macam sama je
:p
mommy untung sebab doktor pelatih yang ada malam tu sangat² supportive!
bila mommy masih sakit², dia cadangkan mommy sedut gas.
kurang ke sakitnya?
entah la
tak tahu kurang ke tidak
cuma kalau waktu sakit, kemudian sedut gas
maka kita ada aktiviti yang kita boleh fokus.
tak la fokus kat sakit tu sangat.
disebabkan sedut gas
dan juga atas rahmatNya
mommy tak sedar sangat apa yang berlaku
(boleh macam tu?!)
:p
masuk bilik bersalin pukul 5 pagi.
pukul 6, 7, 8 mommy tak tau apa jadi.
sebab bila dah hidu gas tu rasa high dan mengantuk.
jadi mommy pun tidur la
:p
apa nak jadi ni, orang suruh bersalin dibantainya tidur!
tidur la stim!
ha, jangan salah sangka.
orang yang nak melahirkan anak tidur bukan la macam orang lain
bukan tidur kayu, bom meletup kat sebelah pun tak sedar
(eh app iPhone MI4 yang letup² tu best kan?!)
sebaliknya tidur sekejap²
tak sedar sangat apa jadi
tapi setiap kali contraction
setiap kali tu sakit dan terjaga.
dari pukul 5 pagi sampai 8 pagi mommy cuma ada ingatan ni:
awalnya ada la dua tiga orang nurse dan doktor pelatih jaga.
kemudian dah tak boleh tahan
secara semula jadi memang rasa nak meneran.
tapi dihalang oleh orang sekeliling
sebab belum masanya lagi.
baby masih belum turun
bukaan masih belum cukup besar.
... tapi nak buat macam mana
dah memang refleks rasa nak meneran.
lama² mommy tertidur.
bila contraction, rasa sakit, terkejut dari tidur.
bukak mata sikit tengok tak ada orang.
dalam mamai² tu mommy pun jerit
"Misi! Misi! Dah nak keluar dah ni! ..."
setiap kali terkejut tidur, bukak mata sikit dan tengok tak ada orang kat bilik tu
setiap kali tu mommy jerit "Misi! Misi! Dah nak keluar dah ni!"
:p
kalau orang ada, mommy jerit
"Ahhh dah tak boleh tahan!"
sebab tak sengaja, terteran
sambil refleks juga, tangan dua² naik ke atas macam budak sekolah beratur nak letak tangan atas bahu orang depan, kemudian refleks juga tangan jatuh bawah semula.
kacau daun
ada sekali tu mommy dengar doktor pelatih tu suruh teran.
tapi apa barang teran.
mommy ngantuk.
nak tidur.
tidur lagi stim
:p
mommy pun teran ala kadar je
(apasal la aku boleh buat perangai macam nih time tu!)
:p
tengah high dan syok tidur tu
mommy ada juga dengar doktor pelatih tu jerit²
" ... fokus puan, jangan tidur! ..."
" ... kalau guna vacuum nanti kepala anak puan tak cantik! ..."
" ... puan, fokus puan! ... "
dan apa lagi tah bising².
potong stim orang nak tidur!
mommy cuba lawan rasa mengantuk.
owh ... rupanya dah sampai masa untuk bersalin! :p
orang punya la ramai kat depan.
ngantuk lagi ni!
mommy ingat juga tadi katil tu dah ditanggalkan bahagian bawahnya
(yeah, katil untuk ibu bersalin ada 2 bahagian yang boleh ditanggalkan)
dan orang sibuk jerit² itu ini
:p
mommy tak ready lagi nak bersalin.
ngantuk sangat² ni.
bila orang suruh teran, mommy layankan je.
lama² bila segar seikit baru boleh bukak mata besar².
baru bersedia nak lahirkan baby.
dengan semangat yang diberi oleh sepasukan medical team yang jerit macam tengok world cup, mommy cuba juga teran!
3 kali teran baru baby keluar
:)
terasa kepala baby keluar
kemudian badan baby.
alhamdulillah :)
mommy tengok jam kat dinding
8.15am.
Alice in the house!
pertama kali tengok
aiseh! baby hitam!
(lepas tu baru tau baby lebam sebenarnya
sebab sepatutnya pukul 7 dah boleh bersalin
tapi peram lagi sejam lebih baru keluar)
daddy Alice kan putih
apa pulak daddy kata kalau baby tak putih macam daddy ni! :p
sempat lagi buat lawak time tu! :p
bila diletak atas dada mommy dan dimasuk tiub dalam mulutnya
mommy cuma mampu bersalawat dan hembus pada ubun² baby.
tangan mommy kat mana pun tak ingat masa tu.
kenapa tak hug baby, uh? :p
masa tu cuma mommy ingat nak sebut kata² yang baik untuk baby
sebab tu selawat ke atas nabi
tak nak tersasul terjerit "Oh I love you my fuckin baby! You finally here you freakin lil creature!" :p
kemudian nurse yang beri air angkat baby letak dalam tray kat sebelah untuk bersihkan.
masa tu Alice dah menangis kuat sangat²!
bila nurse angkat, dia tunjuk dan tanya kat mommy " ... dapat anak apa?"
"Perempuan" jawab mommy
:)
oh ya, masa sibuk nak meneran
dan orang sibuk jerit²
ada sorang nurse berdiri sebelah kiri mommy.
dia offer air dalam cawan dengan straw.
lama juga dia offer
tapi masa tu mommy sibuk :p
sampaikan nurse tu kata mommy tak nampak dia kat situ.
tapi kemudian tanpa berlengah lagi, dengan sepenuh hati
macam pengembara padang pasir yang lapar dahaga kehausan
mommy minum air tu tak lepas²
sampaikan nurse terpaksa tarik straw keluar daripada mulut mommy
:p
selepas baby keluar dan tak tahu orang yang ramai² tadi pergi mana :p
mommy duduk dalam bilik bersalin tu dengan doktor pelatih tadi.
dia cuma kata pada mommy
"Puan, sekarang nak tunggu uri keluar. Puan tak payah buat apa²"
diam.
tunggu.
sebab lambat sangat agaknya, doktor pelatih tu kata
"Puan, batuk sikit"
"Uhuk ..."
"Puan, batuk KUAT sikit"
"Uhuk uhuk! ..." :p
kemudian uri pun keluar slow²
alhamdulillah dipermudahkan semuanya
:)
selesai?
tak ada apa nak buat, mommy pun rehat
tenangkan fikiran
cuba nak sambung tidur :p
tak lama kemudian seorang doktor datang
nak keluarkan darah beku, katanya.
agak sakit juga la.
tiap kali sakit mommy akan beritahu dan buat isyarat supaya doktor tu tau, sakit doe! :p
kemudian 2 orang lagi medical officers perempuan datang
tak tahu la doktor atau profesyen lain.
datang dengan niat murni untuk menjahit :p
memang ada dibius
tapi ada juga tempat yang terasa sakit.
tiap kali sakit, mommy akan beritahu.
tau tak apa balasnya?
"Kalau sakit, tarik nafas ya"
hehehehe
ok ok tarik nafas saja la
apa lagi boleh buat
:p
selepas tu tak ada buat apa lagi rasanya.
dari pukul 8.15 pagi bersalin, hampir pukul 11 pagi juga baru mommy dihantar ke wad.
dibawa ke wad guna katil je, senang :D
baru dapat jumpa daddy :)
i love you always forever
mommy tanya daddy dah jumpa baby ke?
sudah, jawabnya.
daddy qamatkan Alice tak dukung pun
cuma qamat mengadap qiblat tapi baby dalam tray.
nurse panggil suruh qamatkan baby tadi, katanya.
di wad, sampai waktu makan
mommy minta daddy suap
hehehe saja nak manja.
ada nurse kat situ siap sound
" ... tangan dia sakit ke?! ... "
nurse yang sama yang tanya " ... kenapa? bapak belum jumpa anak lagi ke?! ... " bila kita tanya mana baby, kenapa tak rooming in lagi.
cuba teka muka nurse tu rupa macam sapa?
(aaa? sapa mama adik?!)
hehehehhee
:)
itu la lebih kurang pengalaman bersalin.
inya Allah akan update kalau ada apa² nak ditambah.
pengajaran?
setiap kali brithday, ucapkanlah berbanyak² terima kasih dan tahniah kepada ibu anda.
birthday kita sebenarnya ialah hari kejayaan bagi ibu kita
bukan kita sepatutnya yang diraikan.
setuju tak?
:)
nak tanya, akak bersalin dkt mana ek? hospital apa? pvte ke gomen?
ReplyDeletedengki ke ape nurse tu tegur hubby suap? my mom pesan, klu nurse laser2 camtu sound je balik. jgn biar dia pijak kepala. tp ntah la,I mcm xbrani je nk bersalin kt gomen bila dgr mcm2 sgt. tgh kumpul duit ni nk delivery baby sulong kt pvte.