damdiduuu

Thursday, January 5, 2012

pengalaman bersalin: Part 5 - Aftermath

mommy dan Alice duduk di wad 1 hari saja
alhamdulillah, esoknya dalam pukul 2 petang dah boleh balik.
dijemput oleh kawan pejabat
terima kasih!

bil bersalin normal di PPUM
April 2011
RM500++

proud daddy dengan Alice yang baru lahir :)

berpantang
dari awal lagi nenek Alice dah minta mommy berpantang di Johor.
nak berpantang di Negeri Sembilan?
cuma ada kakak di Seremban, dia kerja.
di kampung nenek tak berapa sihat
dijaga juga oleh mak saudara yang tak selalu nak sihat.

sebenarnya mommy ni jenis orang yang ringkas.
tak demand lebih².
apa yang mommy nak masa dalam pantang ialah daddy ada.
mommy nak dari awal lagi daddy jaga Alice.
mommy nak daddy jadi bapak yang paling expert untuk Alice.
mommy tak nak awal² lagi kita dah serah tanggungjawab kepada orang lain.

awalnya bukan senang mommy nak beritahu niat ni
nak berpantang sendiri di Damansara saja.
mungkin mommy naif
tapi itulah hasrat mommy.
asalkan daddy ada
yang lain² kita buat setakat yang mampu.

awalnya memang daddy pun tak setuju.
malah daddy berazam nak balik JB tiap² minggu kalau mommy berpantang di sana.
lama juga mommy pujuk dan yakinkan.
alhamdulillah
akhirnya dipermudahkan.

mommy banyak terhutang budi dan kasih sayang dengan daddy.
daddy jaga makan minum, emosi dan segala keperluan mommy
bukan setakat dalam pantang saja
malah sampai hari ni
:)

daddy cukur rambut Alice pada hari ke-7
alhamdulillah rambut barunya tumbuh lebih lebat dan sihat
:)

google
apa yang mommy buat bukan la semberono saja.
disebabkan mommy sedar macam mana keadaan mommy
mommy sedar situasi mommy.
jadi dari awal² lagi mommy dah cari banyak informasi.
semua baik buruk, moden tradisional, jimat membazir, timur barat semua mommy selidik
terutama tentang berpantang, bersalin dan menyusu bayi.

mommy untung sebab sebelum mommy ramai orang dah buat silap
dan kesilapan tu mereka tulis di blog
banyak pengajaran yang mommy dapat.
antaranya yang tak berbengkung selepas bersalin
sebab tak diterangkan bengkung untuk mengecutkan rahim dan tetapkan kedudukan rahim, bukan untuk pinggang ramping semata².
ada yang dapat tukang urut yang urut cantik
bukan urut untuk selepas bersalin.
ada yang menyusukan anak pertama sekejap saja, tak sampai 2 tahun
tapi anak yang seterusnya diletak 1,001 tips untuk dapat stok susu ibu berpeti²!

hanya Tuhan saja yang dapat balas jasa baik blogger tu semua.
betapa banyak manfaat yang kita boleh dapat dengan membaca blog² mereka
:)

alhamdulillah senang jaga Alice
ke mana² pun kita bawa saja Alice sama².
daddy - mommy - Alice
i love you

cerita susu
sejak mengandung lagi mommy dah berazam nak menyusukan Alice
sebab susu ibu adalah yang terbaik untuk baby.
tak sangka menyusu tu bukan senang
tak sangka ada pam yang harga sampai RM2,900!

seacara umumnya cabaran menyusu
1. bayi belajar menyusu selepas lahir
2. bayi menyusu on demand waktu dalam pantang
3. mula simpan stok susu beku seawal mungkin
4. latih baby minum dalam botol selepas cukup umur 1 bulan. jangan lewat nanti di nursery baby tak pandai minum botol, jangan terlalu awal nanti baby tak mau direct feed.
5. selepas masuk kerja, perlu itiqamah mengepam on time untuk pastikan bekalan sentiasa cukup

itu bagi pihak kita.
cabaran besar juga untuk sampaikan mesej kepada penjaga baby
supaya jangan panaskan susu lebih daripada 40 darjah celcius
sebab susu ibu ada sel² hidup
kalau dipanaskan lebih daripada 40 darjah celcius maka baby tak dapat la antibodi yang 'mahal' daripada susu ibu tu.
sia² saja usaha kita beli pam mahal, sterilizer mahal, botol mahal, cooler bag dan ice packs, berjaga malam mengepam, terkejar² di pejabat curi masa mengepam, last² baby tak dapat pun khasiat sebenar susu ibu
:(

menyusukan bayi ni kunci utamanya ialah sabar.
mommy pernah tengok di Hospital Pantai Ampang
ibu yang bayinya masuk NICU menangis² sedih teramat
bila susu yang dipam tak cukup nak dibekal untuk bayinya.
sedih mommy.
bila tak dapat menyusu direct macam kes ni yang baby masuk NICU
memang lagi susah nak mengepam sebab tak dapat ransangan direct dari baby.
tapi bila dah menangis beriya² sedih - jangankan ibu yang baru bersalin tu, malah ibu yang ada stok berpeti² pun tak dapat pam banyak!

mommy sendiri boleh nampak beza
waktu boss tak ada, fuh punya la banyak bekalan!
tapi bila boss ada, dengan tekanan
semua urgent terkejar itu ini
memang tak dapat banyak susu bila stress.

precious Alice

tunggu
memandangkan mommy mengandung selepas 1 bulan 1 minggu bernikah
kita tak mau ambil risiko.
memang mommy berazam - paling awal nak dapat anak lagi ialah selepas 2 tahun.
ini keputusan yang bertanggungjawab.
kita diamanahkan dengan Alice.
kita perlu jaga, asuh dan didik Alice sebaiknya.
kita pegang amanah tu.

mommy juga ada terbaca (sekali lagi, besar betul pahala blogger yang berkongsi pengalaman!)
yang ibu mengandung bila dah masuk trimester ke-2 susunya kurang
untung kalau anak dah agak besar.
kalau masih bayi, kesian la tak dapat susu ibu secukupnya.

mommy gunakan kaedah merancang keluarga dengan suntikan hormon setiap 3 bulan.
alhamdulillah tak ada kesan sampingan.
tak ada kenaikan berat badan mendadak.
mungkin juga sebab menyusukan Alice, berat badan mommy kurang 3 kilo berbanding sebelum mengandung.

luas alam
sejak melahirkan Alice
kita dapat rasa ikatan kekeluargaan semakin erat.
terutama sekali dalam keluarga besar.
ramai saudara mara yang tak dijangka tolong macam².
kawan² beri hadiah tak putus².
adik beradik mommy tak payah cerita la
si mama Mia boleh pulak keluar² dari kursus dalam hutan terus pergi beli baju dan skirt untuk Alice bila dapat tau dalam kandungan confirmed baby girl :p
mama Su & mama Pi tak payah cerita - sampai esok pun tak habis senarai pemberian masing² :D

thank you, sayang!

yang paling istimewa tentu la daddy Alice
ada masa kita bahagia
ada masa kita stress
ada masa kita tak lena tidur
ada masa kita rasa penat sangat²
ada masa kita ketawa macam nak pecah perut bila Alice buat lawak
ada masa kita sama² berlari kejar Alice bila dengar bunyi pelik²
ada masa kita buli sesama kita macam mana kita buli Alice :p

tak ada apa lagi yang boleh diminta
apa yang ada dah cukup untuk kita semua
seadanya.
daddy Alice yang terbaik
layanannya
jagaannya
masakannya
bulinya
kasih sayangnya
tulus hati dan perasaannya.

terima kasih. terima kasih. terima kasih.

syukur ya Allah!

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...