lagu 'Happy' Alice :)
Alice baru bangun tidur di nursery tadi.
mommy happy - bangun² je Alice senyum.
tak macam selalu ambil dari nursery saja merengek lapar.
biological clock
minggu ni yang paling ketara ialah jadual Alice.
Alice tidur malam dari pukul 9 lebih sampai pukul 7 pagi.
malam² Alice terjaga bila lapar & menyusu macam biasa.
sampai di nursery pagi² Alice dah tak mahu nap.
dah puas tidur.
mommy takut juga nak betulkan posisi Alice bila tidur.
waktu kecil² dulu sebelum 3 bulan ok lagi.
waktu Alice tidur, kalau tukar lampin pun dia tak jaga.
bila dah besar sikit, tak boleh tergerak sikit,
kemudian lebam nak tidurkan semula.
tapi sekarang daddy beritahu mommy
"Tak apa, Alice dah besar"
memang betul!
bila daddy alihkan, Alice tetap tidur lena.
alhamdulillah :)
(lepas tu daddy pun buat banyak² stunt mengerikan
semata² nak buli mommy yang takut kalau² Alice terjaga.
.... biasa la, kaki buli!)
sambil tu sepahkan mainan & magazine!
latest home deco
hobi terbaru Alice ialah sepahkan, koyak & hisap² magazine.
bila dah pandai merangkak dan jumpa banyak benda sana sini
macam² Alice eksperimen.
habis komik Ujang daddy, Times Magazine, katalog Ikea sama buku nota Affin Bank yang mama Su bagi dulu Alice kerjakan.
'selamat' semua.
walau pun mommy dah pindahkan mainan Alice ke bahagian asal tempat magazine kat rak buku,
tetap juga Alice tetap nak kacau magazine
dan dalam masa yang sama sepahkan toys dia juga :p
bertuah betul baby Alice!
nasib baik la daddy happy saja bila balik tengok Alice.
tak marah tengok toys & magazine sepah².
(mesti la daddy balik saja mommy terus kemas!)
nanti dah anak ramai pun tak mau marah² eh, yang :)
ada je projek Alice ni!
tak sabar nak tunggu cuti panjang sempena Chinese New Year.
rindu sangat²!
rindu Alice, rindu daddy,
mama Su, mama Pi & family mama Mia pun plan nak berkumpul :)
gong xi fa cai, ang pao na lai!!!
:D
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment