damdiduuu

Sunday, January 29, 2012

pencarian

dalam pukul 4 petang aku keluar.
abang baru keluar dengan kereta.
takkan aku nak bawa Vespa pula.
seumur hidup pun cuma sekali aku pernah bonceng Vespa tu.

aku sarungkan baju raya.
kenapa baju raya?
cantik.
biar pun nak keluar merempat bergelandangan.
bila pakai baju cantik
mungkin tak begitu hina di mata orang.

aku dukung Alice.
cuma botol airnya mampu aku bawa.
jalan kaki.

sebelum keluar aku ingat nak beritahu abang.
kredit expired.
nanti bila dah top up la baru beritahu.
lagipun selalunya abang akan call aku sebelum balik.
masa itu boleh disampaikan mesejnya.

sekeping hati yang bergelandangan
mulanya aku nak ikut laluan kereta.
kemudian teringat ada jalan pintas merentasi play ground ke kedai runcit.
menggendong Alice
perlahan² aku jalan.
baru aku sedar.
lama dah aku tak berjalan kaki ke mana².
mengah.

sampai di kawasan kedai runcit melilau mata aku mecari².
setiap lorong, setiap jalan, setiap kawasan.
ada kereta polis dengan sekumpulan polis berunifom makan di restoran nasi ayam kukus.
namun apa yang dicari tak kelihatan.

selepas puas mejelajah kawasan kedai
aku bawa Alice duduk di depan kedai dobi.
sebelah balai polis.
best pulak kalau kebetulan orang telefon
" ... mana? ..."
"Balai polis!"
tapi tak ada pulak yang telefon.

Alice mula meragam.
aku suakan botol berisi air kosong.
entah apa yang orang kedai dobi & pelanggannya fikirkan.
mungkin sebab aku pakai baju raya.
tak nampak macam warga asing minta sedekah dengan anak kecik.
agaknya la ...

penat aku menanti
tak ada tanda² pencarian berakhir di sini.
kurang penat
aku gendong semula Alice.
lintas jalan menuju The Curve.

rezeki burung vulture
semasa di bulatan depan balai polis
aku ternampak sekawan burung helang
terbang berlegar di udara.
tak semena² aku teringatkan jurufoto yang menang anugerah Pulitzer.
dia yang merakan gambar anak kecil kebuluran
di belakangnya ada seekor vulture, burung pemakan bangkai
menunggu anak kecil itu mati.

ada kemungkinan aku menjadi rezeki burung² pemangsa yang sedang berterbangan tu?
Alice selamat
sebab Alice banyak simpanan lemak susu di peha dan pipinya
(syukur Alice tak suka didekati orang sebab stranger anxiety, selamat pipinya daripada dicubit orang!)

dalam pada aku berjalan
Alice dah penat
dah mula mengantuk.
mukanya digesel pada tudung hitam yang aku pakai.
sebelum keluar tadi sempat juga aku iron tudung hitam tu.

walk the dog & sekawan Bangla
sampai di Mutiara Homes, 2 buah kereta keluar.
aku tunggu kereta lalu
sebelum melintas kawasan keluar masuk di situ.
kebetulan ada seorang lelaki membawa anjingnya berjalan².
lega sikit hati aku.
kalau petang² ni pun tuan anjing bawa anjing keluar jalan²
apatah lagi aku.
apa hinanya gendong anak kecil ambil angin di luar.

lelaki dengan anjing membuka jalan untuk aku dan Alice.
mereka laju.
aku ikut dari belakang secara perlahan².

selepas lampu isyarat berhampiran e@Curve
aku bertembung dengan sekumpulan lelaki warga asing.
betapa kecilnya aku rasa.
mereka pendatang.
aku pribumi.
tapi aku tak ada pakaian seragam
tak ada kawan
tak ada gaji apabila cukup bulan.
menggendong anak.
di sebalik baju raya
aku rasa serba serbi kekurangan berbanding mereka.

sampai ke jalan besar
aku melintas jalan.
tapi jalan yang menghala keluar daripada Mutiara Damansara agak sesak.
kereta laju bertali arus tak putus².
aku jadi kaget.
sejujurnya sebelum hari ini aku tak ingat langsung bila kali terakhir aku melintas jalan besar.
aku seorang pun tak yakin boleh lepas.
sekarang aku menggendong Alice.
bahaya!

Funky Villa & Sinchan

akhirnya aku menyusuri pembahagi jalan berumput tebal.
sampai dekat dengan Funky Villa baru boleh melintas.
setiap kali lalu depan Funky Villa aku teringatkan gig Boot Axe dulu.
aku plan nak pergi selepas habis cerita Sinchan.
belakang rumah je pun.
(jalan kaki pun sampai!)
tapi aku tak ingat apa sebabnya abang tak mahu bawa kita keluar malam tu.
biar lah.
perkara dah berlalu.
Boot Axe pun dah selamat perform di situ
dan juga di venue² lain.
aku tau kalau Ahkim yang punya band, dia proaktif dalam cari peluang perform dalam apa² jenis gig pun.
moga² di lain kesempatan ada rezeki aku.

nak cerita banyak pun tak guna.
aku punya la kokak
sampaikan hanya cerita Sinchan saja yang aku tahu.
hanya itu satu cerita yang ditunggu² dalam seminggu.
Sabtu, 7 petang, NTV7.
Sinchan pada aku kartun yang lucu
tak macam Arale, One Piece, Origami Warrior dan yang lain², termasuk Doreamon.
namun disebabkan aku ibu sepenuh masa,
'hiburan' tak masuk dalam jadual aku.
lelucon 30 minit pada petang Sabtu tu tak layak untuk aku.
akan ada saja perkara lain yang lebih penting
:(

masih mencari
dengan mata yang masih mencari² pada setiap tempat dan kemungkinan
menyeberangi Laundry Bar dan The Garden Restaurant
baru aku sedar rupanya Ikea masih jauh.
dekat Mc D yang ada drive through sana.
dengan sabar aku peluk Alice dengan kejap
walau lencun berpeluh dah lelah seluruh badan.

melintas jalan ke Ikea mudah
sebab ada lintasan zebra dan lampu isyarat untuk pejalan kaki.
sampai di Ikea yang secara amnya memang tempat untuk sekeluarga
hati aku sayu kembali.
aku baringkan Alice di katil baby.
aku berikan dia air kosong dalam botol.
baju raya ni tak memudahkan aku untuk menyusukan Alice.

Alice lapar.
aku baringkan dia di baby cot

tukar port
Alice leka dengan hanging mobile

bosan
tengok itu ini lain pulak

gah
tapi tidak mengujakan aku pada kali ini


di Ikea aku sempat berborak dengan Arissa.
budak kecik keletah yang mencari lampu bilik tidur.
asalnya datang nak beli lampu kumbang.
lampu kumbang warna 'green', katanya.
lalu aku cadangkan ambil yang bentuk 'flower'.
sempat juuga Arissa demo pada aku torch light yang tak guna bateri
kena pusing² tombol untuk jana elektrik
(tapi lampu tak nyala² pun!) :p
Arissa dan keluarganya adalah golongan tipikal yang shopping di Ikea.
... tak macam aku
yang masih lagi tercari² di sini
:(

yang aku cari tak ditemui di Ikea.
dalam kesesakan orang ramai
aku bawa Alice ke lobi.
duduk di sana.
Alice dah mula buat perangai.
letih, mengantuk, bosan, lapar.
tak ada orang lain yang lebih kenal anak aku.

lama juga aku tunggu di Ikea.
dah pukul 6.
tak nampak tanda² kemunculannya.
aku mula lapar.
ice cream Ikea tak sedap.
rasa ubat gigi.
aku menyeberang jalan ke The Curve.
sambung beratur dalam barisan yang panjang di kaunter ice cream.

musibah
selalunya bila pasangan berputus kasih
seorang yang masih sayang tu akan menyumpah² pasal karma.
dia akan jadi sakit.
seterusnya ugut bunuh diri.
perkara yang buruk datang bertimpa².

aku tak berputus kasih.
tapi kesakitan dan kesedihan datang bertimpa².
jari ibu tangan kanan aku
3 kali terkeluar daripada soketnya.
sakit.
jari ni memang sejak bersalin mula sakit
sebab kena duduk dalam posisi menyusu yang tak selesa
lama pulak tu tiap² malam, tak pernah ada cuti langsung.

hari ni 3 kali malang.
sekali waktu beratur di kaunter aiskrim Mc D
Alice dah mula menjerit kuat² panjang².
"Mommy feed you water, baby"
dalam tergesa² membuka tudung botol untuk Alice yang terjerit²
jari tersentap
sakit sangat²!

dah dapat ice cream
aku bawa Alice duduk di meja.
belum sempat duduk
Alice tepis ice cream yang aku letak di atas meja.
(balik rumah daddy kata tangan Alice bau coklat)
hampir nak terjatuh ice cream dah sampai ke bucu meja.
cepat² aku ambil dan dirikan semula ice cream tu.
pergerakan tangkas sekali lagi merentap ibu jari.
menyakitkan.
punya kuat aku pegang ice cream
sampai berlubang cone tu.

Alice dah sampai waktu kemuncaknya.
menjerit, menangis, meronta², tak makan dipujuk.
dengan sekuat tenaga aku dukung Alice
sekali lagi aku terkena.
hari tu aku betul² ingat jari tu dah tak boleh pakai.
ini la nasib orang bergelandangan.
dah la miskin hina, sakit² sana sini pulak tu.

jalan terakhir
aku tak ada pilihan lain
melainkan ke 7 E beli top up.
elok sampai depan Starbuck, hanphone aku berbunyi.

apakah yang bakal berlaku?
siapa telefon?
adakah skrip cliché bakal digunakan?
"Aku punya suka nak pergi mana, kau jangan sibuk!"
(setiap kali dengar skrip tu dalam drama Melayu
aku mesti tension!
apa la ke bangang sangat?!
dah sah² tu bini dia.
memang la bini dia ada hak nak tanya laki dia pergi mana.
dia ingat bini dia jadi isteri taat ke kalau tak pernah tanya the whereabout of laki dia).
adakah aku akan selamat pulang?
(penat woo nak jalan kaki balik!)
dan akhirnya berjaya rakamkan pengalaman di blog?
:p

... nantikan sambungannya
(yeah, wait forever!)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...