aku rasa Samsung Galaxy Ace ni smartphone murah.
kalau ikut aku
kriteria pilihan ialah harga bawah RM1,000
ada kamera yang baik
(telefon yang lama ada 1,200 keping gambar - tu pun yang terkini saja).
aku tak kisah sangat pasal nak online.
setakat ni pun belum ada keperluan lagi
untuk update di mana tempat berada,
tengah makan apa,
atau tengah maki siapa :p
sebab di pejabat boleh guna internet laju free
(boleh on WiFi telefon di pejabat, guna free tapi laju)
dan di rumah ada tab 10.1.
selalunya di rumah atau di luar aku sibuk bermanja² dengan baby Alice.
di pejabat je yang best nak online :p
telefon selalunya guna untuk sms,
call
dan ambil gambar curi cepat² di tempat yang susah dicapai kemera biasa
:D
Secara ringkas:
- bar sekeping je, tak ada slide, tak ada lipat², tak ada keypad
- touch screen
- skrin 3.5"
- 3.5mm ear jack & speaker untuk lagu
- memory 150 MB, inbox 2GB, microSD (biasa pakej sekali microSD 2GB, tapi telefon boleh support sampai 32GB)
- 3G
- WiFi
- Bluetooth
- USB
- kamera 5.0 auto focus dengan flash LED
- boleh rekod video & suara
- radio
- ada banyak home screen, boleh + berapa nak (macam banyak je pulak icon nak letak!)
- telefon yang terbaru guna Android 2.3.6 Gingerbread (kat internet ada tulis yang lama² punya stok guna Android 2.2 Froyo)
- harga RM799
full spec:
http://www.samsung.com/my/galaxyace/ace_techspec.html
BEST!
brand: Samsung
- Samsung sekarang adalah antara customer top pick
di samping Apple, BB dan SE.
look: smart!
- warna putih nampak macam iPhone :p
- siri Galaxy putih baru dilancarkan di Malaysia Disember 2011
Skrin
- besar, 3.5"
- touch screen lebih sensetif berbanding versi terdahulu (Samsung Star)
kamera
- ada flash! boleh ambil gambar & video indoor bila cahaya kurang
- 5 mega pixel!
guna telefon ni ok
harga
- kat kedai Samsung RM799
- kat luar boleh dapat RM740
- sangat bagus spec telefon ni kalau dibanding dengan telefon lain yang harga lebih kurang sama dan bawah RM1,000
application
- selain daripada download daripada Android Market
- boleh juga download dari Samsung Apps
- macam biasa ada free, ada kena bayar :D
tak berapa nak BEST!
user manual
- untuk orang yang suka 'cuba jaya' mungkin tak ada hal
- tapi untuk yang suka baca manual dari muka depan ke kulit bekalang: hard copy user manual sangat ringkas, basic sangat!
mp3 sms ringtone
- secara default kena pilih yang ada saja.
- simpan mp3 sms ringtone kat microSD folder: media/sound/notifications baru boleh set mp3 sebagai sms ringtone. semua Samsung Galaxy pun macam ni rasanya.
- atau boleh download application dari Samsung Apps
kamera
- setakat nak ambil gambar biasa² ok
- kalau guna saiz gambar 5 mega pixel, tak boleh zoom
bila guna saiz ni tak boleh zoom
guna Sony Ericsson Xperia Neo.
siap boleh zoom
dan foto lebih sharp
bunga tak nampak sekuntum²
keyboard
- nak sms: keyboard kecik
- boleh besarkan keyboard dengan cara rotate telefon jadi horizontal
- kalau untuk bahasa yang ada dalam build in kamus boleh guna swipe iaitu tak payah tekan keypad satu² huruf, cuma leret jari ke huruf² berkenaan nanti auto suggest perkataan apa yang kita nak taip
3G
- tapi telefon ni cuma ada kamera belakang
- tak ada kamera depan (potong stim tak?)
kesimpulan:
ok la telefon ni cantik,
memenuhi budget dan keperluan saya.
suka suka suka!
:D
kyra pun tgh mncri2 samsung galaxy ace ni :)
ReplyDelete