damdiduuu

Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Saturday, March 2, 2013

skodeng Siti


punya la sesak ramai orang!


apa yang berkerumun tu?
tengok kat orang punya hand phone je.
nak tengok sendiri (tak sampai) tak nampak :p


Dato' (atau Datin Seri) Siti Nurhaliza rupanya
majlis SimpliSiti.
punya la ramai umat manusia nak tengok dia!
view: gambar kat website Budie


cakap apa tak dengar.
ambil gambar sudah :p


layan lamb chop kat food court.
nyum nyum!


daddy layan Alice makan.
tq daddy
:)


apa yang dia tunjuk tu?


oh, baby!
ingatkan Alice nampak Siti Nurhaliza tadi
:p

Saturday, December 8, 2012

Jom Makan Buah 2012, Putrajaya


Jom Makan Buah!
Putrajaya
Disember 2012


gerai buah ada sebaris saja
yang lain semua gerai² biasa.
ada rambutan, duku, dokong, nagka madu, durian dan macam² lagi


banyak² buah confirm la durian yang dicari!


Alice di bawah juntaian buah²an tempatan


tak ada la murah mana pun durian kat sini.
tak dapat 4 biji RM10 macam kat Ampang dulu


fresh juice bergerak!


laku sungguh
cendol Songkok Tinggi Kg Jiboi Baru
kat Putrajaya ni!
take away RM2.50 sahaja.
ada cendol pulut, jagung dan kacang merah!


Superman lalu?!


daddy beri Alice minum jus guava
tapi kata 'No hand'


kalau 'No hand' Alice pun simpan tangan dia
macam gaya hip hop pun ada
:p

Wednesday, November 7, 2012

Monumen Alaf Baru / Millennium Monument, Putrajaya

waktu kita ke Putrajaya baru² ni
kebetulan tak ada tasik cruise.
kita pun ambil kesempatan untuk jalan²
dan naik Monumen Alaf Baru atau Millennium Monument
di Presint 2, Putrajaya.
dah banyak kali datang
kita rasa macam leceh
tapi rupanya
kalau bawa stroller pun boleh naik sampai atas menara
dan tak la tinggi sangat
atau jauh sangat kena jalan.

ikut senibinanya
menara ni berbentuk bunga raya warna keemasan kalau dilihat dari udara.
di sepanjang perjalanan ke atas
ada macam² fakta sejarah
dari awal pengasasan Kerajaan Melaka
sejarah pertanian, administration
dan macam² gambar serta aftifak
disemadikan di kepingan fiber glass di monumen
ikut tarikh terdahulu hingga terkini.

paling menyentuh hati
industri getah di Tanah Melayu asalnya berkembang
disebabkan oleh letusan industri automobil di US
tapi kalau difikirkan
betapa daifnya kehidupan penoreh getah
sedangkan negara memegang 37% pasaran dunia.
penyerapan anak tempatan berkelulusan darjah VII ke jawatan awam
bermula ketika pemerintahan Inggeris.
hingga sekarang anak watan berkelulusan IPTA dalam negara
diiktiraf untuk jawatan² penting kerajaan.


bermulanya pembentukan Malaysia


wah sudah makin tinggi kita mendaki
:)


terbahagi 2
kat bawah sana tasik.
kita ikut jalan lain².
dari jauh nampak Alice dan daddy
:D


Alice kata Alice cari mommy
tapi mommy tak ada
:D


sudah sampai atas!


sudah tengok² sana sini
mari turun
:)


thank you daddy bawa kita jalan²
ambil angin
sihatkan badan
dan belajar macam² perkara baru
:)


budak kecik tengok tasik, jambatan dan pemandangan indah
dari atas Monumen Alaf baru


see Alice, this monument is so tall!

Tuesday, November 6, 2012

pasar malam Putrajaya

kebelakangan ni
abang beriya² nak sangat pergi pasar malam di Putrajaya.
mungkin sebab kali terakhir kita pergi dulu
barangan segar²
dan harga lebih murah daripada pasaran.
pilihan pun boleh tahan banyak.
beberapa kali kita nak pergi
terpaksa dibatalkan.
iya la, dari Damansara
habis kerja pukul 6.30 petang
nak layan traffic jammed lagi
pukul berapa nak sampai.
alhamdulillah akhirnya ada juga rezeki jalan² di Putrajaya
suka la ada orang tu dapat pergi pasar malam
:D


jalan berbatu² tak rata
nak bawa stroller pun tak selesa


kata abang
kalau nak beli ayam di pasar raya
kena terendam semua dalam ais baru segar
sebab dah lama ditayang
berbanding yang baru sembelih di pasar


waktu daddy pilih² sayur
Alice jalan² dan tiba² terjatuh.
'Akit', katanya sambil tunjuk pada lutut.
sian Alice!
:)


hmmm resepi apa agaknya dalam perancangan master top chef kita
:D


thank you daddy
bawa kita jalan jauh² sebab nak pergi pasar malam!
:D

Monday, July 2, 2012

Alamanda Putrajaya


tenang
:)


Alice dah besar
tolak stroller sama daddy


baby Alice, I love you
:)


kat kerusi ada semut
:p


pergi Toys R Us
pilih sunglass sendiri!
:p


jom naik bas!


naik bas pergi high school!


siram bunga?


sama² suka
sorang suka dapat air sejuk segar
sorang
suka dapat jumpa member
:)

Monday, March 19, 2012

video: misi Tasik Putrajaya 2012

Taman Botani Putrajaya


dari Astaka Morocco
lalu depan Putrajaya Seafood
untuk ke Taman Botani


Cocos nucifera
kelapa!


sama² penat


daddy beri Alice minum air sejuk segar.
thank you, daddy
:)


punya la besar akar pokok pandan tu
rasa macam semut
bila lalu sebelah!


ke mana arah tujuan kita?
naik tangga?!
mungkin tidak!


menikmati angin tasik yang sungguh menyegarkan!


sekali sekala bercinta tepi tasik
:)


bermain di tepi tasik selepas tukar pampers
:p


Masjid Putra di kejauhan sana
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...