damdiduuu

Sunday, February 26, 2012

My Dear Warehouse Sale February 2012


balik dari holiday di Korea
stroller Hilmiey bengkok rupanya.
jadi mama Mia & papa Zuri ajak kita ke MyDear Warehouse Sale.

stock clearance
kali ni rasanya memang tak banyak barang
berbanding dengan sale sebelum ni.
selalu kita tengok kat tempat clearance
yang di bawah khemah tu
banyak ride on, moses basket dan walker murah².
kali ni tak ada.

yang ada kat tempat clearance
cuma stroller dan rocking horse.
rocking horse
tu pun maca mahal je.
RM50+ kalau tak salah.
upholstery baldu.

stroller ada yang cantik warna biru 3 roda RM90
dan buggy warna merah RM100
tapi petang Ahad tu, dua² pun dah sold out.
waktu kita datang ada,
masuk pusing² kat dalam
bila keluar dah habis.
staff kat situ kata nanti diorang replenish stok.
tapi tak tahu la stroller yang sama ada lagi atau tidak.

new item
kat dalam gudang pulak
berbanding sebelum ni - banyak walker dan moses basket,
kali ni kita tengok banyak ball pit.
ada macam² jenis tempat main
berserta dengan ball sekali.
rasanya 200 biji bola.
harga dalam RM60 hingga RM180
bergantung kepada canggihnya tempat main tu
:)

baby clothes

tempat baju pulak
masih baju² yang sama.
yang baru rasanya Gap pyjamas
seluar yang jenis nipis, tight fitting RM8 sehelai.
romper yang sebelum ni kita selalu beli
RM12 sehelai
yanga ada cuma tema bola & kereta.
tak banyak saiz besar.
bila bandingkan, saiz 3-6 dan 6-12 rupanya sama besar
:p


baby mommy dah besar!
kaki Alice dah sampai
tak macam sebelum ni :D
tapi lagi elok rasanya kalau
kita tunggu Alice pandai jalan
baru beli ride on untuk dia la.
harga ride on starts daripada RM40


writing board RM12


item baru kali ini Vivi Seat
tak rasa pulak
macam mana beza material
dengan Bumbo & Karibu Seat


Vivi Seat RM135
sekali dengan tray RM160


wah set pembersihan
RM59.90
menggoda sungguh
nak suruh budak² belajar
untuk suka membersih & kemas rumah!
:D


macam² toys
50% diskaun


ABC mat RM28.
ada mat yang lebih besar RM40
cuma 4 cantuman


lagi toys


remote control car RM69


tak tau mana datang kereta Angry Bird, RM19


robot RM18


daddy beratur nak ambil barang selepas bayar.
thank you mama Su & daddy
yang belikan Alice play tent & bola banyak²
:)


lebih kurang sama macam sebelum ni
balik dari warehouse sale
Alice masih lagi peluk botol air mineral sejuk daddy punya
walaupun Alice minum air kosong dalam botol dia
:D

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...