damdiduuu

Tuesday, January 10, 2012

persediaan bayi di musim salji

nak bawa baby bercuti pada musim sejuk?

sedikit panduan:

baju
- berapa lapis baju baby perlu pakai? sama macam keperluan orang dewasa
- lampin dan lapisan pertama baju daripada kain kapas sangat penting. pastikan kering dan tukar selalu.
- sebaiknya jangan ada gap di bahagian pinggang, kalau boleh guna 1 piece yang bersambung
- ada 1 piece yang bersambung dengan sarung tangan. kalau baby yang suka masukkan tangan dalam mulut - pastikan sarung tangan tu sentiasa kering. kelembapan yang meresap dalam pakaian akan menyejukkan tangan & badan baby.
- buat beberapa hari pertama, balut baby dalam bedung yang selesa.

tanda²
- pipi pucat maknanya baby terlalu sejuk
- leher berpeluh dan pipi kemerahan maknanya baby overdressed.

tidur
- waktu tidur, jauhkan selimut dari muka baby
- tidurkan baby terlentang untuk mengurangkan risiko lemas

lampin
- lampin kain perlu ditukar lebih kerap berbanding lampin pakai buang.
- terus tukar lampin apabila basah untuk mengelakkan risiko ruam lampin.

outdoor

apabila membawa baby keluar waktu musim sejuk
selain daripada pakaian yang dipakai indoor, tambah lagi pakaian baby dengan
- topi
- sweater
- selimut tebal
- atau snowsuit

selimut tebal
- pakai selepas bedung biasa

snow suit
- sepatutnya ada sarung tangan & kaki
- bahagian luar kalis angin & air, bahagian dalam mengelakkan kehilangan haba
- sekiranya terlalu sejuk, mungkin warm blanket turut diperlukan

muka
- lindungi muka baby daripada angin dan sun-burn
- tutup muka baby ketika bergerak dari kereta ke rumah
- cepat² buka bahagian muka selepas itu.
- pastikan blanket tidak terlalu licin supaya baby tidak terjatuh

indoor
- kalau duduk indoor agak lama (shopping, makan di restoran)
- buka snow suit atau blankets baby untuk mengelakkan overheating dan peluh yang melembabkan pakaian
- pakaian yang lembab tidak akan memanaskan badan walaupun snowsuit/ blanket dipakai semula apabila keluar outdoor nanti

kulit kering
- kulit baby boleh jadi terlalu kering
- gunakan sabun dan losyen khas untuk bayi

barang² lain
- mainan untuk lekakan baby
- bekalan air secukupnya (tak boleh bawa masuk kapal terbang)
- makanan penambah tenaga macam coklat
- first aid kit: plaster, Vicks, panadol, termometer

selamat bercuti!
:D

2 comments:

  1. eh nak g bercuti kat mana tmpt sejuk2 tu

    ReplyDelete
  2. salam, tau tak kat mane nak cari snow suit untuk baby ye?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...