damdiduuu

Tuesday, October 18, 2011

mama Mia nak jadi umie :)

jadi kisahnya mama Mia sepatut bersalin 15 Oktober 2011
awal² lagi doktor dah kata ada tanda² mungkin bayi keluar selepas 40 minggu.

kita tunggu dengan penuh kesabaran.

2 hari kemudian
awal pagi Selasa, 18 Oktober 2011 mama Mia dah mula ada tanda² nak bersalin.
ada darah sikit dan mula rasa sakit contraction.
awal pagi makna pukul 12 malam.
asalnya mama Mia plan nak pergi hospital pagi²
mungkin mama Mia nak papa Zuri rehat cukup².

bila mommy tengok jadual contraction mama Mia
terus mommy cadangkan pergi hospital.
walau pun mama Mia kata contraction tak berapa sakit sangat, masih boleh tahan lagi
tapi mommy rasa baik pergi hospital
sebab contraction dia rapat².
kurang 5 minit dan berterusan.
tak semakin kurang sakit
dan tak semakin bertambah sela masanya.

yang penting mommy nak doktor pantau heart beat baby.
itu yang paling utama.
kalau betul bukaan 1cm, kena balik dulu
atau kena rehat di wad
tak apa la.
balik saja atau masuk wad.
apa² hal kita dah pastikan baby ok.

akhirnya mama Mia setuju ke hospital malam tu juga
dalam pukul 3.30am siap².

mommy yang tak senang duduk.

patutnya cuma ibu dan suami sahaja boleh masuk

di hospital
pukul 5 pagi mama Mia beritahu
dah sampai di hospital.
lama lagi nak bersalin.

yang tak sedap, belum apa² lagi nurse dah cadangkan ambil epidural
sebab katanya mama Mia tak tahan sakit.

nak cuti?
sepanjang hari mommy tak senang duduk.
mommy cadang nak cuti nak terus pergi temankan mama Mia sampai bersalin.
mama Mia kata bilik ni cuma suami saja boleh masuk.
kalau mommy cuti pun tak boleh jumpa juga.
lagi pun belum tahu bila nak bersalin
buatnya sampai petang tak bersalin, rugi je cuti.

sepanjang hari mommy bersabar
dan nervous!
macam mommy pulak nak bersalin!
yang nyata mommy nak keluar on time dan cepat² pergi hopital
walau pun masa tu la boss nak bagi kerja urgent! -______-

petang itu
mungkin dah lama sangat menunggu
selepas 16 jam mama Mia menahan sakit contraction
dalam pukul 3.30pm doktor induced dan pecahkan air kutuban.

yang mommy agak terusik
masa tu la mama Mia sms mommy macam².
mama Mia risau.
nanti bila nak bersalin contraction makin sakit?
lebih sakit dari sekarang?
kemudian selepas bersalin nak bersihkan
bila dijahit sakit lagi?
mama Mia penat.
letih menanggung sakit contraction dari pukul 12 malam.
dah 16 jam!
tak cukup tenaga sebab tak tidur.

buatkan mommy makin tak sabar nak jumpa dan tenangkan mama Mia :(

mommy fikir bila 3.30pm induced, pecah air kutuban dan bukaan 4cm.
mommy budget dalam pukul 6.30pm bersalin.
elok 6.30pm mommy habis kerja.
mungkin 7.30pm sampai hospital
dah siap² boleh jumpa mama Mia & baby :)

IV drip di tangan dan epidural di bahu :(

melawat di hospital
petang itu macam diduga
bila mommy nak bergegas ke hospital
last minute boss bagi kerja urgent.
tulisan cacing macam cakar ayam.
yang penting cepat.

satu hal, mommy tak boleh berlapar
nanti sakit kepala dah kena gastrik.
habis kerja, berlari jemput baby Alice di nursery
balik ambil daddy
kemudian berhenti beli burger gerai.
itu pun mommy ok lagi
boleh makan dalam perjalanan.
daddy terpaksa berlapar, redah jem tensen² drive jauh² waktu puncak dari Damansara ke Pandan Jaya.
thank you, sayang :*

sampai juga akhirnya!
sampai di hospital Pantai Ampang, mama Su dah sedia menanti.

mommy naik ke Delivery Suite
sepatut hanya ibu dan suami saja boleh masuk.
kesian mommy tengok
mama Mia bersabar menahan sakit.
masa tu dah 19 jam sakit!
papa Zuri dah tak tahu nak buat apa :(

rupanya mama Mia tengah sedated.
mommy dah pusing satu bilik ambil gambar dan berbual²,
kemudian baru mama Mia tegur ' ... eh macam mana angah boleh masuk?'
oh dia baru sedar mommy datang rupanya.
' ... angah kan ibu' jawab mommy.

mama Mia menahan sakit contraction :(

belum lagi!
rupanya malam itu masih belum ada tanda yang baby nak keluar cepat.
masih bertahan di dalam rahim ibunya.
memandangkan masa melawat dah terlebih tamat
dan lagi pula kita bawa baby Alice
terpaksa la kita balik saja

... dan mendoakan semuanya selamat.

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...