banyak benda tak best berlaku setiap hari
tapi masih banyak perkara positif yang boleh ditumpukan.
... mungkin hari ini aku perlu kelainan.
i need a break.
sekarang pukul 4 pagi
aku baru selesai pam susu.
Alice, tak tahu apa silapnya - masih merengek².
aku teringat kejadian di pejabat tadi.
seorang staf dari branch lain datang
ambil information file atas meja aku
untuk diberi kepada tetamunya.
information file penting yang jadi rujukan aku untuk kerja advertising & promotion.
sebelum ini ada juga yang minta
manager yang buka outlet baru
mahukan fail itu untuk menarik pelanggan baru.
aku katakan memang itu saja tinggal satu²nya yang terakhir.
yang seorang ni lain,
datang serbu terus ambil.
akan diganti yang baru, katanya.
PENIPU!!!
aku tau versi baru belum di cetak.
malah Singapore branch yang dah lama request pun masih belum dapat.
aku rasa macam kena buli
tapi aku tak boleh kata 'tidak'
sebab tetamunya orang penting
tetamunya yang jadi sumber rezeki syarikat ini.
di situasi lain,
keadaan aku memerlukan diet yang tertentu
jenis² makanan yang perlu aku ambil.
dengan work load yang agak mengharukan
bekas makan masih ada ditempatnya selepas aku selesai makan.
'Ni tak nak hantar ke?' aku ditanya merujuk kepada bekas makan yang patut dikemas.
'Belum sempat buat apa² lagi pun ...'
'Habis tu nak memekak²?!' belum sempat aku menjelaskan situasi aku ditengking.
aku terus diam.
sebab aku tau aku boleh menang perbalahan tu
tapi aku akan kalah dalam perhubungan sesama insan.
sekali lagi aku rasa aku kena buli.
memekak mekak?!
pekak?
sapa pekak?
aku buat orang pekak?!
mungkin nada aku agak desperate
mungkin aku tak sedar volume aku tinggi sedikit.
kalau selalu aku cakap volume 1
tapi bila aku bersemangat cuba nak terangkan keadaan aku tak sengaja terguna volume 2
tapi orang yang tengking aku tu guna volume 3!
yang harunya orang yang tengking aku tu SELALU guna volume 5 SETIAP KALI tegur aku.
macam marah sangat.
macam besar sangat dosa aku kat dia.
macam aku budak bodoh - kalau cakap baik² aku tak faham.
macam aku budak jahat - kalau cakap baik² aku tak akan dengar.
macam aku orang yang dibenci - tak layak untuk dilayan dengan baik.
volume 5.
marah je sepanjang masa setiap kali nak tegur apa² yang tak kena.
aku pun tak faham orang yang suka marah² tengking² ni.
aku cakap baik² sebab aku nak dilayan baik.
kalau orang yang suka tengking² memang sewajarnya la dia kena maki balik kan?
mana boleh tengking orang tapi nak orang balas balik dengan sopan.
sapa memekak?!
sapa pekak?!
aku tak puas hati
dengan diri aku sendiri.
kenapa bila ada yang tak kena
bila kena buli
aku rasa sedih
bukan rasa marah.
kenapa baik sangat.
kenapa tak terangkan situasi.
kenapa tak berani kerana benar.
kenapa nak jaga sangat.
kenapa tak maki balik.
kenapa tak marah?
aku ingat satu prinsip yang dipegang oleh seorang manager di pejabat
kita boleh marah tapi tak boleh biadap.
cantik kan?
kenapa aku teringat perkara ni waktu dinihari
di rumah
pada waktu rehat.
Alice masih merengek.
aku rasa aku meroyan.
atau dalam bahasa yang lebih tepat postpartum depression.
stress selepas melahirkan bayi.
beban kerja di pejabat ...
menangani hubungan sesama insan ...
menguruskan Alice ...
mommy sayang Alice.
mommy jaga Alice.
mommy penat.
mommy banyak kerja.
mommy perlu rehat.
mommy perlu bantuan.
mommy nak diurut, badan dah sakit².
mommy akan selalu kuat untuk Alice dan daddy.
kalau boleh aku nak libas information file ke mukanya
'DO NOT steal my stuff you freak! go find your own things!'
'sapa pekak?! kau tau ke apa kerja yang aku buat?!
hal sendiri pun semua aku tangguh sebab nak dulukan tanggungjawab!'
gagal.
aku boleh marah tapi aku tak nak jadi biadap
dan aku tetap tak mahu dibuli!
hihihi..kdg2 cmtu la kan..dkt mana2 pun ada je yang berlaku..
ReplyDeleteSumetimes u have to be mean in a nice way.. Sebagai contoh saya memang bengang giller dengan sorg officer ni sebab dia suka buat kerja xde teamwork..bila time meeting saya ckp direct je dgn dia yang bila nak wat kerja kena la ada teamwork baru lancar..
So u have to find a way to teach them a lesson..jgn simpan dlm hati nnti u stress..bila stress nanti production u kurang...pastu nanti yada..yada..yada