damdiduuu

Saturday, October 29, 2011

Ustazah Pilihan


pasal sains
aku ada pengetahuan sains.
aku boleh jawab trivia sains dengan yakin.
ada pendidikan formal sampai univeristi.
kalau baca kandungan pada label makanan,
aku boleh teka isinya.
pewarna makanan aku pernah buat ujian
guna sampel makanan yang ada dalam pasaran.
aku tahu semanis mana cyclamate dan saccharin.
aku tahu antara 2 tu pemanis makanan mana yang dibenarkan mengikut Akta Makanan 1983.

bekas tapau makanan yang warna putih
aku panggil poly-styrene
bukan polis-terin.
bekas tu antara barangan yang non-biodegradable.
aku tahu tak lah 'berdosa' sangat kalau guna plastik pada hari Sabtu
sebab plastik Tesco biodegradable.
(adik pernah tanya kenapa pula tak boleh guna plastik?
kenapa tak minta saja pasar raya sediakan beg kertas?)



aku tahu kenapa kita kena sukat sabun dengan betul bila cuci baju.
untuk hasilkan micelle yang secukupnya.
micelle terdiri daripada bahagian hydrophilic dan hydrophobic
hydrophobic larut dalam kotoran
hydrophilic larut dalam air
bila bilas, kotoran keluar bersama air.
kalau letak sabun sikit sangat, micelle tak terhasil.
kalau letak sabun berlebih, micelle dah terbentuk, tapi membazir je sabun yang selebihnya dalam air tu.

pasal bahasa ke-3
aku dah lama kerja dalam persekitaran yang majoriti pekerja dan boss berbangsa Cina.
aku boleh faham serba sedikit gaya hidup dan budaya kerja mereka.
bila aku mencelah atau menjawab
ada yang bertanya - aku faham bahasa Cina?
aku pernah belajar di sekolah Cina?
macam tengok drama Korea atau Tamil juga rasanya.
lama² bila dah biasa, boleh faham jalan cerita dan dialognya.

aku fasih berbahasa Inggeris.
boleh mengarang, membaca, mendengar dan bertutur.
malah semasa belajar di IPT
aku pernah buat satu persembahan
'how to learn English the cheap way'.
aku terangkan bagaimana aku belajar bahasa Inggeris
tanpa mengeluarkan wang yang banyak.
aku ingat lagi
penutup persembahan tu aku edarkan kepada kelas
lirik mencarut - Minority, lagu Green Day
untuk menunjukkan betapa mudah dan seronok belajar bahasa Inggeris
jika tahu caranya.


pasal menulis
mengarang dah jadi macam satu kelebihan
tak kira dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
kalau kena gayanya, mengarang memang kick ass!
ada ketikanya aku boleh buat orang lebih faham dengan cara membaca hasil tulisan aku
berbanding dengan aku terangkan secara lisan.
secara peribadi pula
aku jenis yang ringkas.
aku suka hasil tulisan yang senang difahami.
dan semestinya
with a punch!
:D

pasal fitrah manusia
aku suka membaca dan memahami manusia.
aku tahu kalau orang tanya 'Apa khabar?'
jawapan yang orang tu nak dengar ialah
'Awak macam mana? Baik? Apa perkara yang berlaku kebelakangan ni? Apa yang menyeronokkan? Sabarlah dengan cabaran'
aku tahu orang tu nak kita tanya 1 soalan
yang boleh dia jawab dengan 100 ayat berserta sepenuh jiwa dan perasaannya.


aku tahu semua insan mahukan pujian
ingin dilihat, ingin diterima sebagai dirinya sendiri dan mahu dihargai.
noticed, validated and treasured.
itu saja tangkalnya
bila berurusan dengan mak cik penjaga tandas atau Dato' Seri yang cukup gah.
cuma kadang² kita ni malas nak berbahasa basi
semua nak cepat!

pasal fotografi
aku boleh ambil gambar.
tak ada yang teknikal tentang gambar² yang aku rakamkan.
tak kisah lah apa shutter speed, aperture, lomo atau tidak
semua gambar aku ada makna tersendiri
yang boleh dinilai oleh orang yang berkenaan.
banyak?
secara kolektifnya banyak
orang yang menghargainya juga mungkin sebanyak itu juga
tapi yang penting
gambar aku berkisar tentang tenaga, bunyi, warna, situasi, kehidupan dan subjek di dalam gambar tu.
semunya istimewa :)

pasal band & gig
aku tahu sikit² pasal band
tak banyak
tak terlalu teknikal.
setakat boleh bezakan antara gitar dengan bass.
antara gitar tali 6 dangan tali 7.
tahu bila gig, band sebaiknya bawa snare, cymball, seat, drum sticks sendiri.
bawa cable yang cukup panjang juga.
nak lagi best buat macam Carbon 4 Teen atau POH guna wireless jadi boleh lompat² pusing²
cable tak terlilit kat kaki (tak yah cakap la macam band apa eh!).

pernah juga tolong member dua tiga kali di gig.
sekadar tolong cop leher/tangan, kompol duet tiket, bahagi² tag kat band
ambil gambar sikit²
tunjuk tempat nak cucuk cable kat inlet mana di amp
usya sikit² barang² atas stage cukup dan tak jahanam lagi.
(tiba² teringat ada sorang mamat yang suruh cop perut dia,
kemudian member yang duduk sebelah aku mulakomplen
'tiap² kali budak ni masuk, mesti tunjuk pusat!')

pasal baby :)
yang terbaru
setiap kali baby Alice tak selesa
apa pun puncanya
aku tahu macam mana nak tenangkan dia :)
aku juga tahu pasal pengurusan susu ibu
dan alhamdulillah, sampai umur 6 bulan
Alice tak pernah makan atau minum apa² yang mengenyangkan selain susu ibunya.


ustazah pilihan?!
cuma baru² ini aku terkedu
bila menonton Ustazah Pilihan.
bab yang senang² ok lagi.
bila disuruh berikan dalil atau ayat².
memang aku fail.
rasanya yang paling aku hafal
InnAllaha ma' as'sabireen.

rasanya kalau aku masuk Ustazah Pilihan
bila disuruh beri ayat, aku kata
'InnAllaha ma' as'sabireen' ... fikir² lebih kurang
kemudian jawab
'wallahu a’lam'
:p

bila direnung semula
aku belajar pasal agama banyak bermula di rumah.
aku hafal ayat² dalam solat
kebanyakannya dari dengar arwah mak solat.
belajar mengaji dengan arwah atuk.
kebanyakkan ahli keluarga aku menutup aurat.

arwah mak tak ada pendidikan formal dalam agama
tapi setiap kali waktu senja
kita tak terima panggilan telefon
malah tv pun tidak dipasang pada waktu tu.
maghrib terlalu singkat.

semasa sekolah arwah mak kejutkan aku
'Bangun solat Subuh ...'
' ... tak mati kalau orang tak sarapan' tambahnya.
tak akan dilupa
mulut mak bising setiap kali masuk waktu
dia lalu di ruang tamu dengan air menitis dari muka
menegur kita yang asyik menonton entah rancangan apa.

baru aku sedar
sebab itu kita digalakkan untuk sentiasa hadir masjlis² ilmu.
(tak kira Ustazah Pilihan ni awalnya kontroversi, tapi aku ambil yang baik)
kita ni selalu sangat terlupa.
motivasi jarang lahir dari diri sendiri
selalu terlalai
banyak sangat godaan.

aku tak harap Alice jadi Ustazah Pilihan
hell, aku seniri tak religious.
cumanya aku perlu sediakan peluang, ruang dan persekitaran yang kondusif untuk Alice.
tak mahu la Alice cuma tahu 1 ayat
sekadar 'InnAllaha ma' as'sabireen'
sama macam aku tahu 1 ayat dalam bahasa Perancis
'Voulez-vous coucher avec moi ce soir'

nauzubillah!
(kami berlindung kepada Allah)

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...