damdiduuu

Sunday, October 30, 2011

Brown Attack


yeah, Brown Attack nak mengganaz semula :)

selalunya bila ada yang tahu aku minat band Brown Attack
tak semena² macam² pertikaian yang timbul.
tiba² aku semacam diletak satu tanggungjawab
untuk menyampaikan kemusykilan dan membawakan persoalan.
hell! kenapa pulak aku?
aku tak ada masalah dengan Brown Attack.
barang siapa yang ada sebarang pertanyaan
sila ajukan direct kepada yang berkenaan.
tak payah la meluahkan rasa pada aku
... tak payah la susah²!



macam² komen dirakam pada youtube aku berkenaan Brown Attack.
setakat nak tanya kenapa tak pakai baju Melayu
... rasanya macam tak relevan kot.

band yang menentang kerajaan dan membenci polis
tidak pulak kata 'Kami nak duduk di negara yang tak ada kerajaan dan tak ada polis!'

band yang cinta pada alam sekitar
juga memerlukan kilang besar untuk menghasilkan basikal.
pemilik kilang basikal bukan kapitalis eh?
sebab tu basikal boleh dibeli murah sekadar dengan RM4.20?
brand basikal tak penting?
branding bukan untuk melipatganda untung?

macam mana organizer dan pejuang muzik underground?
mereka tak guna Hotlink, Digi, Celcom atau Air Asia?
semata² sebab penaja² besar cuma taja konsert percuma band² mainstream?
tak jugak kan ...



seni puitis dan sopan
apa pun pendapat dan hala tuju masing²
terpulang kepada cita rasa diri sendiri.
pada aku, lagu² Brown Attack liriknya sangat puitis
mengangkat kesenian Bahasa Melayu serta gaya bahasanya berlapik dan bersopan.
Brown Attack tak mencarut dalam lagu²nya.
tak ada 'Oi babi!' atau 'Oi binatang!'
tapi diluahkan sebagai 'Oi Si Kaki 4'
cantik, kan?



tidak menjatuhkan
Lagi satu, Brown Attack tak laungkan 'Orang Cina makan babi'
(pada hal popular, ramai je orang suka lagu Virus Attack tu!)
atau mengutuk mana² bangsa lain dalam lirik lagu²nya.
sebaliknya menumpu pada pemerkasaan bangsa Melayu itu sendiri.
perlu ke bangsa lain atau pegangan lain rasa terancam, tersisih atau terasa berada di sudut bertentangan?
dengar, fahami, tanya, dalami
dah puas hati, baru buat keputusan.
Cumanya, kalau dah niat memang nak menentang, nak mengutuk, nak menjatuhkan
tak payah tahu apa² pun boleh terus bangkang.
terpulang pada niat murni masing².



pada yang sayang,
untuk yang selalu tercari²,
benci tapi rindu,
yang terang² mengaku seteru tapi hati menggunung nak ambil tahu
di sini foto² Brown Attack
performing live pada satu gig
Melaka
Disember 2008.
layan sudah

p/s: bila gig Brown Attack akan datang eh?





















Like page Brown Attack

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...