malam Selasa 18/10/2011 bila dah sampai 10.30pm
selepas 7 jam induced dan air kutuban dipecahkan,
selepas 22 jam mama Mia menanggung sakit contraction
akhirnya doktor buat keputusan untuk jalankan pembedahan.
baby masih belum turun ke kedudukan sepatutnya.
dalam pukul 11.30pm baby mama Mia selamat dilahirkan melalui pembedahan
alhamdulillah semuanya selamat :)
sekali lagi malam tu mommy tak senang duduk, tak lena tidur :)
tak sabarnya!
pagi tu berkobar² mommy ambil EL dan bersiap²
kalau bawa Alice tak tahu Alice boleh dibawa masuk ke wad atau tidak.
kesian pula kalau Alice tak dapat nap.
dengan stranger anxiety sekarang, mommy kena sentiasa jaga kalau Alice ada.
dengan berat hati mommy terpaksa hantar juga Alice ke nursery
walau pun hari tu mommy cuti :(
berat hati sebab lunch nanti mommy tak dapat nak datang feed Alice di nursery.
mommy faham sangat perangai Alice yang tak suka bottle feed
sama Alice tak suka berbaring saja di bouncer, nanti dia cepat bosan.
Alice selalu nak main, nak meniarap, golek², tengok dan belajar itu ini.
mommy berazam pam susu secukupnya untuk bekal nursery Alice esok
dan petang ini cepat² jemput & feed Alice :)
kisah di nursery Alice
semasa hantar Alice ke nursery
dalam banyak² hari
hari ini pulak budak kat nursery Alice tu nak melalak kuat² sampai nak keluar anak tekak lama².
lagi ditegur lagi buat perangai.
jadinya Alice tak dapat tidur
mommy yang tensen bila nak cepat tapi Alice masih belum tenang
tak boleh mommy nak tinggalkan Alice macam tu saja.
sudahnya memang lewat mommy gerak dari Damansara
terima kasih, sayang :*
sayang sangat²!
memandu ke hospital Pantai Ampang membuatkan mommy terfikir sesuatu
betapa bertuahnya mommy selama ini.
ke mana² dibawa daddy
mommy rilex main² dan feed Alice.
tak perlu sentiasa berjaga² ketika memandu
tak perlu fikir nak ambil jalan mana
tak perlu hadap pemandu lain yang ada kalanya memandu macam orang kurang siuman.
terima kasih, sayang! :*
seperkara lagi yang mommy sedar
selalunya banyak tempat mommy tahu sebab dekat² tempat tu ada gig venue :p
macam hospital Pantai Ampang tu, dekat² dengan MyEvo Club House
itu la kot untung jadi Zaza Si Photographer
(masa anak dara dia drive sendiri ke gig)
:D
sudah sampai! sudah sampai!
sampai di hospital lega hati mommy.
mama Mia letih tapi selamat :)
baby pun sama :)
rasanya umie dan ayah baby dah setuju untuk beri nama pada baby pada hari ke-7
jadi buat masa ni kita panggil dia 'abang' saja :)
pagi² lagi mama Mia beritahu abang belum mahu menyusu
jadi mommy cuba tolong mama Mia cari posisi paling selesa untuk menyusu
cuba beri abang menyusu
mommy buat sarkas
mommy juga teringat
dulu masa mommy selepas bersalin di hospital
sebelah tangan pengang baby menyusu
sebelah tangan makan.
menyusu lama.
sampaikan orang dah kutip balik tray
tapi mommy belum sempat nak makan lagi.
perut lapar tapi sibuk.
tu yang sampai buat sarkas
baby sulung lagi dah menyusu pegang 1 tangan sambil buat kerja lain :p
jadi untuk mama Mia
mommy suapkan dia makan
sementara mama Mia feed abang.
walau pun mommy tak pandai bancuh bubur
(dalam tray ada bubur kosong, ayam, sayur halia, garam, perisa, buah oren 3 potong, sudu, garfu, tisu)
last² mama Mia makan bubur ayam tawar je :p
air mineral dalam cawan sama buah oren ... mommy rembat :D
ziarah
antara yang datang melawat hari tu yang sempat mommy jumpa Wawa, family papa Zuri, mama Su dan mama Pi.
ada juga yang mommy tak jumpa tau² tinggal hadiah.
mommy balik jemput Alice di nursery pukul 4 petang dan datang semula selepas daddy habis kerja.
sempat lah pam susu untuk Alice 2 kali di hospital, alhamdulillah :)
hari² drive Seremban - Nilai - KL - Seremban!
hihihi ...
syukur ke atas kurniaanNya!
:)
skrg ni fit gilir2 dengan hubby drive..rela drive dr pegang raif yang kdg2 over excited dalam kereta dan menyembang tak tahu hujung pangkal..tapi bila nak tido nak mama juga..
ReplyDelete