natijahnya- antara kerja² lain, saya pun buat kerja HR juga.
termasuk pilih calon temuduga.
macam² ragam yang saya dah jumpa.
walau pun syarikat ni pekerja tak ramai
tapi pekerja sering bertukar ganti.
maka bahagian employment agak aktif juga la.
nak tips temuduga dari pandangan penemuduga?
secara umumnya, kalau memohon jawatan yang bekerja dalam pejabat atau yang bersesuaian, ini dia:
dress to success
secara umum, pakai
- kemeja putih lengan panjang
- seluar panjang hitam
- kot hitam
- bertali leher corak ringkas kalau tidak bertudung
kasut bertumit hitam bersih (kalau pun tak berkilat)
bawa beg hitam formal
untuk ke temuduga, pastikan pagi itu bila berpakaian lengkap
dan berdiri depan cermin anda boleh kata 'pergh! semat tu!' :D
penampilan luaran yang kemas akan menaikkan tahap keyakinan anda.
sekiranya mendapatkan pekerjaan yang bagus adalah PENTING bagi anda
maka anda tidak akan teragak² untuk menyediakan pakaian yang kemas khas untuk temuduga
walau pun selepas mendapat kerja, anda berniat untuk pakai sempoi hari²
(penyataan melalui pengalaman!).
mungkin saya ni secara peribadi jenis yang lebih suka kemeja berbanding baju kurung.
kalau pilih baju kurung, cari yang (bajunya) kosong atau corak paling ringkas.
bawa apa?
alat tulis
sebatang pen hitam/biru yang paling lancar tulisannya.
resume
resume versi terbaru yang telah dikemaskini
untuk back up sahaja - selalunya penemuduga sudah ada salinan masing²
clear folder
masukkan dalam fail semua sijil yang berkenaan.
susun ikut turutan
- resume terbaru
- sijil berkenaan kerja (kursus UBS, sijil menghadiri kursus tambahan yang berkenaan dengan kerja)
- surat rasmi kerja² terdahulu (offer letter, employment letter, confirmation letter, increament/ promotion letter) *jika berkenaan
- sijil pendidikan tertinggi (ijazah/ diploma/ sijil)
- sijil SPM
- lain²
untuk diberi kepada penemuduga
sediakan salinan fotokopi
- resume terbaru
- sijil berkenaan kerja
- SATU SAHAJA sijil pendidikan tertinggi
(sijil PMR, UPSR, tadika, wakil sekolah dalam pertandingan batu seremban boleh letak dalam folder
tapi tak perlu la susah payah nak fotokopi)
pada temuduga ke-2
anda mungkin perlu bawa salinan 3 bulan slip gaji terkini
skrip
paling bangsat, sedikan skrip yang menarik berkenaan diri anda.
yang paling bagus ada kena mengena dengan kerja.
kalau pun tak sangat ada kena mengena dengan kerja yang dipohon, asalkan rasa menarik dan membuatkan orang nak tanya lagi - dah kira ok :)
contoh:
Nama saya Faizal, umur 23 tahun.
saya duduk dekat² sini saja, senang kalau dapat kerja kat company ni.
hobi saya main ipad. saya sedih jugak la Steave Job dah tak ada.
tapi saya rasa banyak je app ipad baru² yang bagus².
kelebihan: orang yang ceria, tak boring, rumah dekat jadi kemungkinan besar akan punctual, ikut perkembangan semasa
soalan yang mungkin penemuduga boleh tanya: Apa app yang awak selalu guna?
berbanding:
Nama saya Aimi. Umur saya 23 tahun.
saya berasal dari Kuantan.
Adik beradik 4 orang, anak bongsu.
saya grad univeriti UXM dalam jurusan sains.
(.... senyap)
kelebihan: sesuai untuk jadi pekerja bawahan yang taat, tak banyak soal.
soalan yang mungkin penemuduga boleh tanya: ... ntah? kalo korang, nak tanya pasal adik beradik ke pasal jurusan dia? kalau tanya pasal hobi tau dah dia melalut jawap tah pape, siap cakap 'saya tak ada hobi'
homework
sebelum temuduga, sebaik²nya google & tanya orang yang panggil temuduga
- nama & jawatan orang yang akan menemuduga
- website syarikat
- minta penemuduga email peta lokasi kalau tak tau tempat & peta tak ada dalam website syarikat
(aku menulis bukan kerana) nama
- kalau menelefon, tanya nama orang yang menjawab telefon
- setelah bercakap dengan bahagian HR, tanya juga nama yang menjawab telefon
- kemungkinan yang menjawab telefon adalah pegawai yang menguruskan temuduga, walaupun bukan menjadi penemuduga
- paling bangsat ulang nama pegawai itu SEKALI apabila pertama kali bertemu dan SEKALI LAGI selepas temuduga, ucapkan 'Terima kasih, Encik Kassim Baba' dengan senyuman yang paling ikhlas.
- Encik Kasim Baba juga manusia, tunjukkan anda menghargai kewujudan dia, bukan sekadar alatan untuk mendapatkan kerja.
nak jawab apa?
kalau penemuduga tanya Faizal: awak suka app XYZ?
jawapan bodoh:
1) huh?! apa tu?! ATAU
2) tak. (... senyap)
jawapan yang boleh Faizal bagi:
saya belum pernah cuba lagi. nanti saya cari. kalau free boleh la download. kalau kena beli susah sikit la hehehe ... Encik (Penemuduga) selalu guna app tu?
jawapan bunuh diri:
eeeeeeeeeeeeee ... budak² yang suka main tepi longkang je suka app tu! euw!
bongok
sebenarnya interview ni memang nak tengok individu tu macam mana pembawakannya.
kita tak pernah hire calon yang giler sombong & over confident - walau pun untuk jawatan sales.
selepas kelulusan/pengalaman, berpakaian kemas, yang dipertimbangkan ialah sikap & cara berkomunikasi.
Selamat berjaya!
untuk mengorat & temuduga, ini buku yang sangat² berguna:
How To Talk To Anyone
How To Win Friends and Influence People
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment