Doubt, that the Sunne doth moue:
Doubt Truth to be a Lier,
But neuer Doubt, I loue.
- William Shakespeare; Hamlet -
translation (tak berapa nak sedap sebab tak rhyme)
Ragulah olehmu, bintang itu api
Ragulah, bahawa matahari tidak berpusing
Ragu kebenaran itu sebenarnya penipu
Namun jangan sekali diragu, bahawa aku mencintaimu
boleh blah!
dulu aku sedih
bila cuti
sebab nanti tak dapat jumpa abang
kena balik kampung :(
kemudian aku teringat
hey, kita dah nikah!
boleh balik sama² :)
berat
ada saatnya aku tertekan
tuntutan duniawi yang terasa terlalu mencabar
tak tertanggung rasanya
macam susah, terbeban, tak ada daya.
... kemudian abang suruh makan.
udang, kuah merah, lobak, bawang, cili api,
satu periuk lagi
sup kobis dengan sohoon.
terus aku lega.
dunia ni selalu banyak konflik.
masalah yang perlu dihadap dan diselesaikan.
semuanya tak akan hilang.
tapi aku tau selagi abang ada
aku dijaga baik.
siapa yang rasa susah bila perut kenyang? :)
nite hug
all the little things.
perkara² kecil yang abang buat
setulusnya membahagiakan.
siapa kata abang tak romantis
pelukannya sahaja membahagiakan
macam tak percaya aku boleh senang hati sepanjang hari.
baru aku terasa
kasih sayang suami tu ajaib
membuatkan isteri amat tenang, terasa disayang :)
one of my favorite chocolate: Hershey's Kisses
perlakuannya bak ucapan terima kasih
yang bukan dilafaz dengan kata²
sampaikan aku pulak yang rasa terhutang budi
tak dapat dibalas segalanya ...
group hug
bersiap depan cermin pagi²
abang dukung Alice
didakapnya bertiga.
group hug!
kenangan beberapa saat
yang tetap indah selamanya :)
aku rindu abang
memang betul kata orang
perempuan bila dah jadi emak
kadang² lupa jadi isteri ...
terima kasih
terima kasih
terima kasih
:)
isteri abang sayang abang
:*
p/s:
Ahad lepas aku sekali lagi menziarahi mama Mia & baby Hilmiey.
abang tinggal di rumah - sebab baru semalam kita dah datang.
abang iron semua baju kerja aku
terharu, kan? :)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment