2 hari sebelum masuk 6 bulan
Alice meniarap!
:)
sebelum ni Alice memang dah boleh 'golek'.
dari baring ke posisi meniarap.
boleh keluarkan tangan yang tersepit.
bila meniarap, boleh ubah hala
ke kiri, ke kanan
tapi tak boleh ke depan atau belakang.
dari point A ke point B
Alice boleh gerak
tapi bukan dengan cara meniarap.
Alice golek punya golek punya golek
akhirnya sampai ke destinasi
:p
training
selalu di nursery
waktu lunch break
ada juga mommy latih Alice meniarap.
cumanya, masih belum boleh beralih kedudukan.
walau pun Alice gerakkan tangan dan kaki.
kenangan terindah
semalam baru mommy perasan.
balik dari nursery Alice lapar.
lepas feed, main, tengok tv
mommy bawa Alice ke bilik untuk diaper change sebelum tidur.
letak Alice atas tilam,
keluarkan bedak dan wet wipe
serta merta mommy perasan
Alice macam berlari nak kejar botol bedak merah Agnesia.
Alice tolak kaki, gerak tangan, tarik comforter
bersungguh² nak capai bedak.
akhirnya dia dapat!
1st time mommy tengok
Alice meniarap
dan bergerak
sampai capai barang depan dia :)
selalunya baby akan datang kalau kita umpan dengan mainan yang berbunyi atau menyala.
rupanya motivasi Alice ialah botol bedak merah :p
i'm your father
belum habis tukar lampin
macam biasa daddy lompat² datang tengok Alice.
bukan lompat macam katak atau kanggaru,
tapi daddy datang macam skipping.
memang selalu bila nak jumpa Alice saja daddy excited.
jadi dia tak jalan macam manusia normal
dia lari lompat² macam kanak² riang :D
"Alice dah pandai meniarap" mommy beritahu daddy.
daddy pun letak bungkusan wet wipe Pureen warna kuning
yang selalu Alice nak capai
tapi mommy tak bagi sebab bucunya tajam.
daddy letak di depan Alice.
sekali lagi, Alice tolak kaki
sebelah tangan cuba capai yang jauh nun di sana
dan Alice merungut macam kata 'Alice nak tu, kenapa jauh sangat!'.
mulanya pergerakan tu buat Alice 2 tapak ke belakang
kemudian baru ke depan.
lama² sampai ke wet wipe idaman dia
:)
alhamdulillah!
mommy pulak yang excited Alice dah dapat lebih mobiliti :)
antara perkembangan Alice lain sebelum masuk 6 bulan:
duduk
makin tegap
boleh main piano, main play gym, soft toys dan mainan lain sambil duduk
tak cepat nak terbalik
berdikari
Alice lagi suka duduk di lantai sendiri
daripada duduk dipegang.
banyak benda dia nak buat itu ini.
bila orang pegang jadi macam banyak halangan pulak.
cumanya, kalau duduk atas lantai ni kena jaga² sikit
sebab selalu tangan tak tau pegang apa kemudian tangan masuk mulut.
tak stim la asyik baring saja!
lasak
makin tak suka baring saja.
asyik nak berdiri atau duduk.
termasuk waktu terjaga tidur, terus nak bagun, tak mau baring lama².
bila duduk atau berdiri atau roll pula
tak boleh duduk diam
ada saja yang nak dibuatnya!
belajar
Alice makin suka belajar
semua benda dia nak capai
semua nak masuk dalam mulut
atau kalau benda tu besar, dia nak jilat dan rasa :p
kenapa baby kena lalui stranger anxiety?!
mama Su kata "Alicea sabar ya"
stranger anxiety
Alice masih di fasa strange anxiety.
di nursery kalau bibik baru yang dukung, dia nangis.
bila keluar, asalkan orang tak pegang atau cuba dukung dia, ok.
pandang saja tak mengapa.
tapi bila orang cuba sentuh atau dukung
dia akan pandang mommy tepat²
dan mula menangis.
mommy sabar dengan keadaan ni
moga² mommy dapat sampaikan mesej
yang mommy dan daddy ada sama Alice, kita kawan semua orang.
mommy bersyukur sekarang dah nampak peningkatan sikit.
kalau dulu, pandang saja pun dah menangis :)
tumpuan
makin Alice kuat fizikal
makin banyak perkara dia nak belajar
makin susah nak suruh Alice stay dalam 1 posisi.
pakai diaper mesti tangkas, pantas dan kemas.
selepas mandi, tak mahu baring lama² atas changing mat.
letak bedak pun sambil duduk, dah bosan baring masa keringkan badan.
feeding
apa pun Alice buat
bila dah lapar
Alice akan menyusu dengan tenang :)
menyusu saja yang Alice fokus
itu pun waktu nak tidur saja.
kalau waktu minum, belum nak tidur lagi
Alice menyusu sikit²
sambil sibuk nak tengok itu ini buat itu ini pergi sini sana.
nap
tak tahu la ni perasaan mommy saja atau macam mana
tapi mommy rasa macam Alice makin susah nak nap.
pagi² di nursery atas riba mommy Alice lena
bila angkat letak atas bouncer saja terus terjaga dan nangis.
mungkin masa tu mommy lapar
sebab tu tak sabar nak Alice cepat nap
supaya dapat cepat² pergi office untuk sarapan :p
susu
satu lagi, tak tahu la ni pun perasaan mommy atau memang betul.
mommy rasa semakin nak kurangkan susu Alice
(sebab Alice nak mula makan solid)
makin banyak pulak susu.
mommy rasa Alice minum sikit sangat
sampai kena pam baru selesa.
alhamdulillah, rezeki dariNya.
moga Alice sihat selalu dan membesar dengan sempurna :)
chip off the old block
mama Pi selepas lama tak jumpa Alice kata
"makin rupa macam anak Cina dah dia ni"
mama Mia pulak kata
"Alicea rupa macam angah yang gambar pegang anak patung tu"
merujuk kepada gambar mommy kecik² dulu.
selain daripada mata Alice yang macam mata daddy
mommy rasa Alice ada rupa macam mommy dan mama² dia sikit².
kita tengok la nanti macam mana.
yang nyata makin hari mommy dan daddy makin sayang Alice yang makin bijak & berani :)
memang seronok time2 cmni..comel..comel dan comel
ReplyDelete