damdiduuu

Showing posts with label bayi 5 bulan. Show all posts
Showing posts with label bayi 5 bulan. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

video: Alice belajar meniarap



baru lepas tukar pampers
belum sempat pakai pants pun.

Alice tergoda tengok wet wipe Pureen
yang pembalutnya warna oren.
dengan sedaya upaya, Alice cuba capai.

sebelum ni Alice cuma boleh roll
golek² untuk ke sana sini.
tapi kali ini Alice cuba meniarap.

baby Alice - 5 bulan.
i love you
:)

Monday, October 24, 2011

Alice 5 bulan 4 minggu: mobiliti!

sukanya dia!!! :D


2 hari sebelum masuk 6 bulan
Alice meniarap!
:)

sebelum ni Alice memang dah boleh 'golek'.
dari baring ke posisi meniarap.
boleh keluarkan tangan yang tersepit.
bila meniarap, boleh ubah hala
ke kiri, ke kanan
tapi tak boleh ke depan atau belakang.

dari point A ke point B
Alice boleh gerak
tapi bukan dengan cara meniarap.
Alice golek punya golek punya golek
akhirnya sampai ke destinasi
:p

training
selalu di nursery
waktu lunch break
ada juga mommy latih Alice meniarap.
cumanya, masih belum boleh beralih kedudukan.
walau pun Alice gerakkan tangan dan kaki.

skil meniarap

kenangan terindah
semalam baru mommy perasan.
balik dari nursery Alice lapar.
lepas feed, main, tengok tv
mommy bawa Alice ke bilik untuk diaper change sebelum tidur.

letak Alice atas tilam,
keluarkan bedak dan wet wipe
serta merta mommy perasan
Alice macam berlari nak kejar botol bedak merah Agnesia.
Alice tolak kaki, gerak tangan, tarik comforter
bersungguh² nak capai bedak.
akhirnya dia dapat!

1st time mommy tengok
Alice meniarap
dan bergerak
sampai capai barang depan dia :)

selalunya baby akan datang kalau kita umpan dengan mainan yang berbunyi atau menyala.
rupanya motivasi Alice ialah botol bedak merah :p

i'm your father
belum habis tukar lampin
macam biasa daddy lompat² datang tengok Alice.
bukan lompat macam katak atau kanggaru,
tapi daddy datang macam skipping.
memang selalu bila nak jumpa Alice saja daddy excited.
jadi dia tak jalan macam manusia normal
dia lari lompat² macam kanak² riang :D

"Alice dah pandai meniarap" mommy beritahu daddy.

daddy pun letak bungkusan wet wipe Pureen warna kuning
yang selalu Alice nak capai
tapi mommy tak bagi sebab bucunya tajam.
daddy letak di depan Alice.

sekali lagi, Alice tolak kaki
sebelah tangan cuba capai yang jauh nun di sana
dan Alice merungut macam kata 'Alice nak tu, kenapa jauh sangat!'.
mulanya pergerakan tu buat Alice 2 tapak ke belakang
kemudian baru ke depan.
lama² sampai ke wet wipe idaman dia
:)

alhamdulillah!
mommy pulak yang excited Alice dah dapat lebih mobiliti :)

antara perkembangan Alice lain sebelum masuk 6 bulan:

duduk
makin tegap
boleh main piano, main play gym, soft toys dan mainan lain sambil duduk
tak cepat nak terbalik

berdikari
Alice lagi suka duduk di lantai sendiri
daripada duduk dipegang.
banyak benda dia nak buat itu ini.
bila orang pegang jadi macam banyak halangan pulak.
cumanya, kalau duduk atas lantai ni kena jaga² sikit
sebab selalu tangan tak tau pegang apa kemudian tangan masuk mulut.

mommy, Alice nak up
tak stim la asyik baring saja!

lasak
makin tak suka baring saja.
asyik nak berdiri atau duduk.
termasuk waktu terjaga tidur, terus nak bagun, tak mau baring lama².
bila duduk atau berdiri atau roll pula
tak boleh duduk diam
ada saja yang nak dibuatnya!

belajar
Alice makin suka belajar
semua benda dia nak capai
semua nak masuk dalam mulut
atau kalau benda tu besar, dia nak jilat dan rasa :p

dunia ni tak adil!
kenapa baby kena lalui stranger anxiety?!
mama Su kata "Alicea sabar ya"

stranger anxiety
Alice masih di fasa strange anxiety.
di nursery kalau bibik baru yang dukung, dia nangis.
bila keluar, asalkan orang tak pegang atau cuba dukung dia, ok.
pandang saja tak mengapa.
tapi bila orang cuba sentuh atau dukung
dia akan pandang mommy tepat²
dan mula menangis.

mommy sabar dengan keadaan ni
moga² mommy dapat sampaikan mesej
yang mommy dan daddy ada sama Alice, kita kawan semua orang.
mommy bersyukur sekarang dah nampak peningkatan sikit.
kalau dulu, pandang saja pun dah menangis :)

tumpuan
makin Alice kuat fizikal
makin banyak perkara dia nak belajar
makin susah nak suruh Alice stay dalam 1 posisi.
pakai diaper mesti tangkas, pantas dan kemas.
selepas mandi, tak mahu baring lama² atas changing mat.
letak bedak pun sambil duduk, dah bosan baring masa keringkan badan.

feeding

apa pun Alice buat
bila dah lapar
Alice akan menyusu dengan tenang :)
menyusu saja yang Alice fokus
itu pun waktu nak tidur saja.
kalau waktu minum, belum nak tidur lagi
Alice menyusu sikit²
sambil sibuk nak tengok itu ini buat itu ini pergi sini sana.

haaa dah duduk apa lagi dia nak buat tu ...

nap
tak tahu la ni perasaan mommy saja atau macam mana
tapi mommy rasa macam Alice makin susah nak nap.
pagi² di nursery atas riba mommy Alice lena
bila angkat letak atas bouncer saja terus terjaga dan nangis.
mungkin masa tu mommy lapar
sebab tu tak sabar nak Alice cepat nap
supaya dapat cepat² pergi office untuk sarapan :p

susu
satu lagi, tak tahu la ni pun perasaan mommy atau memang betul.
mommy rasa semakin nak kurangkan susu Alice
(sebab Alice nak mula makan solid)
makin banyak pulak susu.
mommy rasa Alice minum sikit sangat
sampai kena pam baru selesa.
alhamdulillah, rezeki dariNya.
moga Alice sihat selalu dan membesar dengan sempurna :)

chip off the old block
mama Pi selepas lama tak jumpa Alice kata
"makin rupa macam anak Cina dah dia ni"
mama Mia pulak kata
"Alicea rupa macam angah yang gambar pegang anak patung tu"
merujuk kepada gambar mommy kecik² dulu.
selain daripada mata Alice yang macam mata daddy
mommy rasa Alice ada rupa macam mommy dan mama² dia sikit².
kita tengok la nanti macam mana.

yang nyata makin hari mommy dan daddy makin sayang Alice yang makin bijak & berani :)

Tuesday, October 11, 2011

Alice: 5 bulan 2 minggu

cinta hati mommy & daddy dah besar :)

duduk
sudah pandai duduk lebih lama
tapi kena sokong & jaga² sebab bila gerak² nanti dia terbalik :p

bising
bila tangan masuk dalam mulut je dia mula berceramah
daddy kata dia nyanyi.
lagi² bila dah penat nak tidur
lagi panjang lagu Alice nyanyi.
jadi mommy tau tu cue dia - nyanyi, kemudian minum susu dengan kusyuk sambil pejam mata, akhir sekali tidur dengan aman :D

ketap bibir
mommy wonder juga - Alice ni dahaga ke asyik hisap² bibir bawah dia.
nanti air liur banyak berkumpul kat bibir bawah
(mommy suka kalau Alice kiss daddy masa tu!... keh keh keh).
pas tu bila nak cakap pun sambil ketap bibir
macam mana suara nak keluar?
humming saja la ...

tepuk
Alice makin suka buka genggaman tangan dia.
kalau dulu suka genggam saja.
kalau ada benda dekat² baru dia buka tangan untuk capai.

sekarang Alice suka pegang & tarik semua benda yang dia tercapai.
bila kita dekat, dia luruskan jari, pegang muka kita :)

bila menyusu Alice suka tepuk² tangan mommy sambil mommy tepuk untuk tidurkan dia.
tak tahu la sama ada dia minta ditepuk atau tak suka ditepuk² sampai lena.
waktu awal² menyusu, masa belum mengantuk sangat lagi - kalau mommy tepuk, Alice pegang tangan mommy.
ntah ... best kot kalau pegang tangan orang yang tengah bergerak²? :p

alert
dulu Alice macam tak berapa faham pasal komunikasi.
sekarang Alice tengok kalau orang bercakap dengan dia.
dia akan pandang dan beri perhatian.

paling manis waktu mommy buat kerja kalau Alice meragam
mommy datang² saja mommy senyum dan tegur Alice dengan ceria.
macam mana kuat pun Alice nangis, akan nampak dia suka bila mommy datang tengok dia.
kadang² tak ada apa² pun - Alice cuma nangis sebab dia bosan
sebab tu tengah² nangis, bila mommy ketawa Alice pun ketawa sama :p

mommy selalu kata kat Alice kaki Alice kuat,
selalu buat senaman kaki
dan galakkan Alice gerakkan kaki dia waktu meniarap
(masa ni mommy main sama Alice di nursery waktu lunch break)


lasak
waktu main dengan daddy macam² diorang anak beranak buat.
Alice suka lompat dari sofa.
daddy suka timang Alice tinggi²
(masa kecik dulu Alice takut, dah besar sikit baru dia ketawa²)
daddy suka buli sampai Alice marah
yang mana yang Alice marah tu lagi daddy suka buat!
bila mommy tanya 'mana suara? mommy nak dengar suara? asyek ketap bibir saja'
daddy yang pandai usik sampai Alice marah² berceramah panjang² :D

psychology bukan sekehlogi!
makin lama mommy & daddy makin kena banyak sabar!
makin lama mommy & daddy jadi makin kreatif!
makin lama makin banyak perkara yang Alice nak tengok, nak usik, nak belajar
makin susah nak duduk diam.
nak tukar lampin pun kena banyak trick
belum siap put powder, belum siap pakai lampin lagi dah sibuk nak meniarap.
nak kena beri Alice 1 pampers biar dia belek.
lepas mandi Alice sibuk nak capai tong bedak warna merah
nak kena goyang² pampers cantik atas aras kepala supaya Alice dongak - baru boleh letak bedak kat leher.

cermin
Alice suka tengok reflection dia di cermin
lagi² bila mommie buat macam excited bila tengok cermin :)
macam² ragam mommy bagi Alice tengok
waktu nak tidur, waktu baru sampai rumah, waktu nak mandi
'hey you bogel, you no shame' hahahahaha :D
Alice senyum² & ketawa²
comel sangat! :)

hugs
mommy selalu rindu Alice
tak kira lah Alice tidur ke
Alice di nursery ke
mommy ada kerja ke,
bila jumpa Alice, mommy selalu suka nak hug sambil nyanyi² 'Alice I Love You' :)
sampaikan baby lain kat nursery jealous -
bila mommy jemput Alice, siap simpan semua barang dalam beg
mommy angkat Alice dari bouncer mesti kiss Alice banyak²
sayang sangat²! :)
sampaikan budak lain pun datang nak minta kiss juga :D

makan
mommy & daddy nak cuba baby-led weaning
ada dalam 2 minggu lagi untuk bersedia
selamat berjaya untuk Alice dan semua baby yang nak mula makan solid!

mainan kegemaran Alice yang terkini
playgym mama Mia bagi masa Alice baru lahir
(rasanya dia suka warna² mainan yang gantung² kat playgym tu!)
dan soft toy Tigger mama Su bagi - masa kecik dulu Alice takut, pelik tengok Tigger,
sekarang saja dia suka main sama Tigger :D


moga² kita semua sentiasa dilindungi dalam rahmatNya
:)

Monday, October 3, 2011

Alice 5 bulan: persediaan makan pejal

mommy masih cari maklumat berkenaan makanan pertama bayi.
masih berbelah bahagi.
nak cuba baby-led weaning
tapi di nursery nanti macam mana?
kalau campur² makan puree sama finger food nanti baby confused?
hmmm ... banyak lagi kena belajar!

sementara tu sebagai persediaan, daddy belikan Alice high chair untuk makan.
best best best!
thank you, daddy! :*

daddy beratur

bayar! jangan tak bayar!

santa claus bawa hadiah untuk baby Alice!

santa claus berehat kat Mc D dulu sebelum balik

apa Alice buat sementara tu?
tidur!

pasang pasang pasang

what's this, daddy?

seriously, this's for me?

food! food! food!
food! food! food!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...