jadi minggu ni boleh buat minggu mama Mia lah :D
masa kecik² dulu (sampai sekarang pun)
kita rasa mama Mia ni baby of the family
anak bongsu.
macam² gelaran mommy bagi pada mama Mia
comot momot la
baby bebot la
dan kita pernah panggil dia dit²
sebab dia cerita ' ... anjing tu jalan dit dit dit' sambil jari tunjuk aksi kaki berjalan
(anjing jalan ada bunyik eh?!)
:p
sebab tu kalau kita tengok tv
bila orang kata 'I did it!'
kita kata 'adik la dit², bukan orang tu!' :p
wap hantu
yang seronok, budak² banyak benda kita boleh bagitau.
contohnya dulu, mama Mia kecik² suka duduk atas lantai.
arwah mak tegur dia buat tak tau.
tak elok kan duduk atas lantai.
sejuk lantai tu boleh buat lenguh² sendi.
lagi pulak ada karpet cantik
kenapa nak duduk atas lantai.
mommy pun cerita dengan budak kecik tu:
dulu² selepas zaman Jepun
hantu Jepun ditangkap
dan ditanam dalam tanah.
untuk seal tak nak beri hantu keluar
atas tanah tu disimen.
sebab tu kita tak boleh duduk atas lantai
nanti wap hantu masuk dalam badan kita.
hahahahahaha
mesti la budak kecik tu percaya!
terus dia tak duduk atas lantai lagi! :D
angah betul!
masa kecik mama Mia agak tak makan saman jugak la
selalunya kalau ada apa², patutnya budak kecik nangis
tapi mama Mia lain.
kalau ada apa², nanti dia marah!
ada sekali mommy tengok mama Mia macam nak marah dah.
asyek mama Mia je marah, mana boleh jadi!
sebelum dia marah, baik mommy marah dia dulu!
mommy tak ingat apa mommy cakap
tapi mommy cakap dengan tegas
' ... ha nak marah la tu, apa tah sikit² nak marah, tak ada kerja lain asyek marah je'
mommy ingatkan nanti mama Mia marah balik
tanpa disangka², mama Mia nangis!
gelabah la mommy
selalu budak kecik ni garang, tiba² nangis pulak!
mommy pun cuba pujuk dia ' ... tak de la, angah tipu je'
dengan harapan mama Mia berhenti nangis.
malangnya mama Mia nangis juga, dia kata '... tak, angah betul!'
in retrospect, kita gelak la.
selalunya kita frust kalau orang tipu.
si budak kecik ni boleh frust sebab orang betul pulak, sebab orang tak tipu!
tah pape tah! :p
accountant
mama Mia terer dengan angka².
masa SPM dia dapat keputusan cemerlang dalam add math.
dalam real life, dia bijak wang dan cermat jaga barang² dia.
dia tahu kedai mana barang apa paling murah.
dia boleh beli supply barang rumah untuk target masa tertentu dan bayar cash ngam² sebab dia tahu berapa harga semua barang dan di mana boleh dapat barang tu dengan harga terbaik.
dia tahu kalau nak guna ATM atau bayar PTPTN kat mana yang tak kena service charge.
dia akan guna hand phone sampai habis bateri betul², kemudian baru charge sampai full.
dia boleh set budget untuk beli coklat dan perfume banyak² bila kita bercuti di Langkawi - cukup untuk stok beberapa tahun.
(perfume sampai beberapa tahun, coklat untuk makan hari² sebab dia hantu coklat)
dia jimat cermat, dia tak boros, dia pandai uruskan wang supaya dia boleh beli barang murah yang dia perlu (keperluan) dan barang mahal yang dia hendak (kehendak).
mama Mia memang best :)
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment