damdiduuu

Showing posts with label mama Mia. Show all posts
Showing posts with label mama Mia. Show all posts

Wednesday, November 14, 2012

happy bday mama Mie & Hilmiey!


hari ini kita nak celebrate birthday Hilmiey
sama birthday mama Mie sekali
:)


sepupu kecik yang dah lama tak jumpa
:)


kek oren untuk Hilmiey & mama Mie
huiiii sedapnya!


budak kecik paling suka
bila nyanyi ramai²
dan makan kek sama²
:)


video: mari nyanyi sama²!



sudah nyanyi, mari potong!


happy birthday & happy everyday!
:)


semoga kita semua sentiasa dirahmati dan senang dalam lindunganNya selalu


nyum nyum!


semoga mama Mie senang, bahagia dan sihat selalu.
tahun depan Hilmiey dapat adik?
:D

Thursday, July 5, 2012

soalan yang tak ada jawapan


so how?
:p


Monday, November 28, 2011

video: bday mama Mia

Saturday, November 26, 2011

happy birthday mama Mia!

kita celebrate birthday mama Mia lambat sikit.
ngam² 40 hari lepas Hilmiey lahir.
jadi mama Mia dah habis pantang.
boleh makan kek nyum nyum :D

Happy Birthday Umie Hilmie
13-11-2011

mama Pi sponsor kek
thank you, mama Pi! :)

tahun depan celebrate birthday Hilmiey dulu
lepas tu baru birthday mama Mia :D

Alice excited - happy birthday mama Mia!
:D

Monday, October 24, 2011

Muhammad Dzuhilmiey Firdaus Bin Mohd Dzuhri

abang dah diberi nama

time exam kena bawa rubber stamp.
senang cop je siap².
kalau tak, setengah jam tulis nama je :p

mama Mia, apa maksud nama abang ni?
:)

.

Sunday, October 23, 2011

rendezvous: Kampung Pandan


mama Pi suka dapat jumpa abang

yay abang dah bangun!
Alice sibuk nak baca Yaasin :p

mama Su, Mama Pi & anak² buah yang tengah syok tidur ...

5 star dining
makan alfresco esklusif dengan view KLCC lagi!
ada orang tu tambah 3 kali siap tunggu sampai nasi masak 2nd round!
... keh keh keh :D

tak terer
dengan budak darjah 3 pun kalah! :p

Saturday, October 22, 2011

abang dah balik rumah :)

apa sibuk² nak bagun mandi, feed semua
tidur lagi stim!

uwan urut abang lepas mandi :)

nyaman ... tidur best ni!

umie suka bila abang dah mandi, dah kenyang & tidur best² :D
abang pun suka, tidur pun senyum!

baby Alice & sepupu :)

Ainul Mardhiah baru balik shopping :D

keluarga bahagia abang :)

rindu nak selalu² tengok abang & mama Mia :)

Thursday, October 20, 2011

baby mama Mia - abang :)

abang lahir pada 18 Oktober 2011
Selasa
11.26 malam
tahun arnab.
beratnya 3.15kg.
sihat.
comel.
putih.
bulu mata lentik & panjang macam bulu mata gajah Sesemee Street umienya :p
rambut lebat
ada lesung pipit di pipi :)

abang lahir melalui pembedahan
selepas hampir 23 jam umienya menanggung sakit contraction.
mujur ambil epidural!
induced.
air kutuban dipecahkan doktor.
namun akhirnya doktor terpaksa bedah untuk keluarkan abang.

hari ke-7 nanti ayah & umie beri nama
sekarang panggil 'abang' saja :)

memandangkan umienya menanggung sakit hampir 23 jam sebelum melahirkan abang
jadi abang amat bertimbangrasa.
selepas lahir, abang jaga diri dia sendiri.
tidur saja.
dia tak mahu susahkan umie dia.
selepas 24 jam baru abang nak menyusu!

syukur atas kurniaanNya :)
mommy harap umie abang cepat sembuh
mommy harap abang selalu sihat, senang dijaga, cepat pandai dan selalu buat familinya ceria :)
mommy harap papa Zuri dan semua ahli keluarga lain selalu tolong² dan selalu jaga 1 sama lain :)

alhamdulillah
! :)

Wednesday, October 19, 2011

mama Mia dapat baby!

baby mama Mia! :D

malam Selasa 18/10/2011 bila dah sampai 10.30pm
selepas 7 jam induced dan air kutuban dipecahkan,
selepas 22 jam mama Mia menanggung sakit contraction
akhirnya doktor buat keputusan untuk jalankan pembedahan.
baby masih belum turun ke kedudukan sepatutnya.

dalam pukul 11.30pm baby mama Mia selamat dilahirkan melalui pembedahan
alhamdulillah semuanya selamat :)

sekali lagi malam tu mommy tak senang duduk, tak lena tidur :)

tak sabarnya!
pagi tu berkobar² mommy ambil EL dan bersiap²
kalau bawa Alice tak tahu Alice boleh dibawa masuk ke wad atau tidak.
kesian pula kalau Alice tak dapat nap.
dengan stranger anxiety sekarang, mommy kena sentiasa jaga kalau Alice ada.

dengan berat hati mommy terpaksa hantar juga Alice ke nursery
walau pun hari tu mommy cuti :(
berat hati sebab lunch nanti mommy tak dapat nak datang feed Alice di nursery.
mommy faham sangat perangai Alice yang tak suka bottle feed
sama Alice tak suka berbaring saja di bouncer, nanti dia cepat bosan.
Alice selalu nak main, nak meniarap, golek², tengok dan belajar itu ini.
mommy berazam pam susu secukupnya untuk bekal nursery Alice esok
dan petang ini cepat² jemput & feed Alice :)

kisah di nursery Alice
semasa hantar Alice ke nursery
dalam banyak² hari
hari ini pulak budak kat nursery Alice tu nak melalak kuat² sampai nak keluar anak tekak lama².
lagi ditegur lagi buat perangai.
jadinya Alice tak dapat tidur
mommy yang tensen bila nak cepat tapi Alice masih belum tenang
tak boleh mommy nak tinggalkan Alice macam tu saja.

sudahnya memang lewat mommy gerak dari Damansara

daddy & baby Alice semasa melawat mama Mia di hospital
terima kasih, sayang :*

sayang sangat²!
memandu ke hospital Pantai Ampang membuatkan mommy terfikir sesuatu
betapa bertuahnya mommy selama ini.
ke mana² dibawa daddy
mommy rilex main² dan feed Alice.
tak perlu sentiasa berjaga² ketika memandu
tak perlu fikir nak ambil jalan mana
tak perlu hadap pemandu lain yang ada kalanya memandu macam orang kurang siuman.

terima kasih, sayang! :*

seperkara lagi yang mommy sedar
selalunya banyak tempat mommy tahu sebab dekat² tempat tu ada gig venue :p
macam hospital Pantai Ampang tu, dekat² dengan MyEvo Club House
itu la kot untung jadi Zaza Si Photographer
(masa anak dara dia drive sendiri ke gig)
:D

sudah sampai! sudah sampai!

sampai di hospital lega hati mommy.
mama Mia letih tapi selamat :)
baby pun sama :)

rasanya umie dan ayah baby dah setuju untuk beri nama pada baby pada hari ke-7
jadi buat masa ni kita panggil dia 'abang' saja :)

pagi² lagi mama Mia beritahu abang belum mahu menyusu
jadi mommy cuba tolong mama Mia cari posisi paling selesa untuk menyusu
cuba beri abang menyusu

mommy buat sarkas
mommy juga teringat
dulu masa mommy selepas bersalin di hospital
sebelah tangan pengang baby menyusu
sebelah tangan makan.
menyusu lama.
sampaikan orang dah kutip balik tray
tapi mommy belum sempat nak makan lagi.
perut lapar tapi sibuk.
tu yang sampai buat sarkas
baby sulung lagi dah menyusu pegang 1 tangan sambil buat kerja lain :p

jadi untuk mama Mia
mommy suapkan dia makan
sementara mama Mia feed abang.
walau pun mommy tak pandai bancuh bubur
(dalam tray ada bubur kosong, ayam, sayur halia, garam, perisa, buah oren 3 potong, sudu, garfu, tisu)
last² mama Mia makan bubur ayam tawar je :p

air mineral dalam cawan sama buah oren ... mommy rembat :D

ziarah
antara yang datang melawat hari tu yang sempat mommy jumpa Wawa, family papa Zuri, mama Su dan mama Pi.
ada juga yang mommy tak jumpa tau² tinggal hadiah.
mommy balik jemput Alice di nursery pukul 4 petang dan datang semula selepas daddy habis kerja.
sempat lah pam susu untuk Alice 2 kali di hospital, alhamdulillah :)

mama Su dah penat!
hari² drive Seremban - Nilai - KL - Seremban!


3 anak dara :D
hihihi ...


sila beratur ikut tinggi!

syukur ke atas kurniaanNya!
:)

Tuesday, October 18, 2011

mama Mia nak jadi umie :)

jadi kisahnya mama Mia sepatut bersalin 15 Oktober 2011
awal² lagi doktor dah kata ada tanda² mungkin bayi keluar selepas 40 minggu.

kita tunggu dengan penuh kesabaran.

2 hari kemudian
awal pagi Selasa, 18 Oktober 2011 mama Mia dah mula ada tanda² nak bersalin.
ada darah sikit dan mula rasa sakit contraction.
awal pagi makna pukul 12 malam.
asalnya mama Mia plan nak pergi hospital pagi²
mungkin mama Mia nak papa Zuri rehat cukup².

bila mommy tengok jadual contraction mama Mia
terus mommy cadangkan pergi hospital.
walau pun mama Mia kata contraction tak berapa sakit sangat, masih boleh tahan lagi
tapi mommy rasa baik pergi hospital
sebab contraction dia rapat².
kurang 5 minit dan berterusan.
tak semakin kurang sakit
dan tak semakin bertambah sela masanya.

yang penting mommy nak doktor pantau heart beat baby.
itu yang paling utama.
kalau betul bukaan 1cm, kena balik dulu
atau kena rehat di wad
tak apa la.
balik saja atau masuk wad.
apa² hal kita dah pastikan baby ok.

akhirnya mama Mia setuju ke hospital malam tu juga
dalam pukul 3.30am siap².

mommy yang tak senang duduk.

patutnya cuma ibu dan suami sahaja boleh masuk

di hospital
pukul 5 pagi mama Mia beritahu
dah sampai di hospital.
lama lagi nak bersalin.

yang tak sedap, belum apa² lagi nurse dah cadangkan ambil epidural
sebab katanya mama Mia tak tahan sakit.

nak cuti?
sepanjang hari mommy tak senang duduk.
mommy cadang nak cuti nak terus pergi temankan mama Mia sampai bersalin.
mama Mia kata bilik ni cuma suami saja boleh masuk.
kalau mommy cuti pun tak boleh jumpa juga.
lagi pun belum tahu bila nak bersalin
buatnya sampai petang tak bersalin, rugi je cuti.

sepanjang hari mommy bersabar
dan nervous!
macam mommy pulak nak bersalin!
yang nyata mommy nak keluar on time dan cepat² pergi hopital
walau pun masa tu la boss nak bagi kerja urgent! -______-

petang itu
mungkin dah lama sangat menunggu
selepas 16 jam mama Mia menahan sakit contraction
dalam pukul 3.30pm doktor induced dan pecahkan air kutuban.

yang mommy agak terusik
masa tu la mama Mia sms mommy macam².
mama Mia risau.
nanti bila nak bersalin contraction makin sakit?
lebih sakit dari sekarang?
kemudian selepas bersalin nak bersihkan
bila dijahit sakit lagi?
mama Mia penat.
letih menanggung sakit contraction dari pukul 12 malam.
dah 16 jam!
tak cukup tenaga sebab tak tidur.

buatkan mommy makin tak sabar nak jumpa dan tenangkan mama Mia :(

mommy fikir bila 3.30pm induced, pecah air kutuban dan bukaan 4cm.
mommy budget dalam pukul 6.30pm bersalin.
elok 6.30pm mommy habis kerja.
mungkin 7.30pm sampai hospital
dah siap² boleh jumpa mama Mia & baby :)

IV drip di tangan dan epidural di bahu :(

melawat di hospital
petang itu macam diduga
bila mommy nak bergegas ke hospital
last minute boss bagi kerja urgent.
tulisan cacing macam cakar ayam.
yang penting cepat.

satu hal, mommy tak boleh berlapar
nanti sakit kepala dah kena gastrik.
habis kerja, berlari jemput baby Alice di nursery
balik ambil daddy
kemudian berhenti beli burger gerai.
itu pun mommy ok lagi
boleh makan dalam perjalanan.
daddy terpaksa berlapar, redah jem tensen² drive jauh² waktu puncak dari Damansara ke Pandan Jaya.
thank you, sayang :*

sampai juga akhirnya!
sampai di hospital Pantai Ampang, mama Su dah sedia menanti.

mommy naik ke Delivery Suite
sepatut hanya ibu dan suami saja boleh masuk.
kesian mommy tengok
mama Mia bersabar menahan sakit.
masa tu dah 19 jam sakit!
papa Zuri dah tak tahu nak buat apa :(

rupanya mama Mia tengah sedated.
mommy dah pusing satu bilik ambil gambar dan berbual²,
kemudian baru mama Mia tegur ' ... eh macam mana angah boleh masuk?'
oh dia baru sedar mommy datang rupanya.
' ... angah kan ibu' jawab mommy.

mama Mia menahan sakit contraction :(

belum lagi!
rupanya malam itu masih belum ada tanda yang baby nak keluar cepat.
masih bertahan di dalam rahim ibunya.
memandangkan masa melawat dah terlebih tamat
dan lagi pula kita bawa baby Alice
terpaksa la kita balik saja

... dan mendoakan semuanya selamat.

Monday, October 17, 2011

mama Mia

banyak perkara yang berlaku minggu ni berkenaan mama Mia.
jadi minggu ni boleh buat minggu mama Mia lah :D

masa kecik² dulu (sampai sekarang pun)
kita rasa mama Mia ni baby of the family
anak bongsu.
macam² gelaran mommy bagi pada mama Mia
comot momot la
baby bebot la
dan kita pernah panggil dia dit²
sebab dia cerita ' ... anjing tu jalan dit dit dit' sambil jari tunjuk aksi kaki berjalan
(anjing jalan ada bunyik eh?!)
:p

sebab tu kalau kita tengok tv
bila orang kata 'I did it!'
kita kata 'adik la dit², bukan orang tu!' :p

wap hantu
yang seronok, budak² banyak benda kita boleh bagitau.
contohnya dulu, mama Mia kecik² suka duduk atas lantai.
arwah mak tegur dia buat tak tau.
tak elok kan duduk atas lantai.
sejuk lantai tu boleh buat lenguh² sendi.
lagi pulak ada karpet cantik
kenapa nak duduk atas lantai.

mommy pun cerita dengan budak kecik tu:
dulu² selepas zaman Jepun
hantu Jepun ditangkap
dan ditanam dalam tanah.
untuk seal tak nak beri hantu keluar
atas tanah tu disimen.
sebab tu kita tak boleh duduk atas lantai
nanti wap hantu masuk dalam badan kita.

hahahahahaha

mesti la budak kecik tu percaya!
terus dia tak duduk atas lantai lagi! :D

mama Mia di hari bahagia :)

angah betul!
masa kecik mama Mia agak tak makan saman jugak la
selalunya kalau ada apa², patutnya budak kecik nangis
tapi mama Mia lain.
kalau ada apa², nanti dia marah!

ada sekali mommy tengok mama Mia macam nak marah dah.
asyek mama Mia je marah, mana boleh jadi!
sebelum dia marah, baik mommy marah dia dulu!
mommy tak ingat apa mommy cakap
tapi mommy cakap dengan tegas
' ... ha nak marah la tu, apa tah sikit² nak marah, tak ada kerja lain asyek marah je'
mommy ingatkan nanti mama Mia marah balik
tanpa disangka², mama Mia nangis!

gelabah la mommy
selalu budak kecik ni garang, tiba² nangis pulak!
mommy pun cuba pujuk dia ' ... tak de la, angah tipu je'
dengan harapan mama Mia berhenti nangis.
malangnya mama Mia nangis juga, dia kata '... tak, angah betul!'

in retrospect, kita gelak la.
selalunya kita frust kalau orang tipu.
si budak kecik ni boleh frust sebab orang betul pulak, sebab orang tak tipu!
tah pape tah! :p

accountant
mama Mia terer dengan angka².
masa SPM dia dapat keputusan cemerlang dalam add math.
dalam real life, dia bijak wang dan cermat jaga barang² dia.
dia tahu kedai mana barang apa paling murah.
dia boleh beli supply barang rumah untuk target masa tertentu dan bayar cash ngam² sebab dia tahu berapa harga semua barang dan di mana boleh dapat barang tu dengan harga terbaik.
dia tahu kalau nak guna ATM atau bayar PTPTN kat mana yang tak kena service charge.
dia akan guna hand phone sampai habis bateri betul², kemudian baru charge sampai full.
dia boleh set budget untuk beli coklat dan perfume banyak² bila kita bercuti di Langkawi - cukup untuk stok beberapa tahun.
(perfume sampai beberapa tahun, coklat untuk makan hari² sebab dia hantu coklat)
dia jimat cermat, dia tak boros, dia pandai uruskan wang supaya dia boleh beli barang murah yang dia perlu (keperluan) dan barang mahal yang dia hendak (kehendak).

mama Mia memang best :)

Sunday, September 4, 2011

cerita raya mama Mia

raya ni mama Mia gemuk.
dah 8 bulan mengandung.
gagah membawa diri dan baby MDF di dalam!
sana sini dia pergi.
katanya tak makan banyak (kata dia la, yang sebenar tak tau cam mana!)

Selamat hari raya mama Mia! tahun depan mama Mia dukung 2 orang pulak - MDF sebelah kanan, Alice sebelah kiri! :D

sebelum raya di Seremban sempat masak rendang, pengat pisang, puding jagung & cup cake!
semua sedap! nyum nyum!
(mommy makan sampai licin siap mintak tambah lagi!) :D
seronok la dapat berkumpul di Seremban walaupun mama Mia raya di Selangor/ KL dan kemudian ke sana ke mari.
dapat juga jumpa ayah & mama serta keluarga dari Kedah.

kereta baru dan akan datang baby baru :)

rindu la dengan mama Mia.
jumpa sekejap tak sempat borak panjang.
mama Mia bakal bersalin insya Allah di Ampang Puteri (agaknya la, dah banyak kali tanya tapi tak ingat²!)
dijangka pertengahan Oktober 2011.
moga semuanya selamat, dipermudahkan dan dilindungi.

... mama Mia rupa cam singa ke uh?! :p

p/s: mama Mia bakal bersalin kat Pantai Ampang. ingat tu, jgn asyek salah² lagi! :p

Sunday, August 21, 2011

woi vavi r! :p


- sekadar foto hiasan -

gundutman baru beli kereta.
kereta baru.
kereta dia sendiri.
dia ada kereta.
... kereta dia sendiri!

plate number WVR33XX
katanya WVR tu maksudnya 'wolverine'
tp dapat kat kakak dia, WVR = Woi Vavi R!
keh keh keh :p


hey sorry! jangan nak tergedik² eh, no tompang²!

Friday, August 19, 2011

pengaruh singa dalam hidup Alice


baru mommy perasan!
comforter singa.
stoken singa.
baju warna rambut singa.
masa tidur tangan siap depa luas² tanda kawasan dia!

agaknya sebab tu baby Alice nangis bila tengok mama Mia.
singa haiwan territorial.
mana boleh ada lebih dari 1 singa alfa dalam 1 kawasan!

selamat berpuasa, mama Mia!
raya nanti bila boleh jumpa singa? :D

Sunday, August 7, 2011

teman mama Mia shopping barang baby :)

hari ni kita teman mama Mia cari barang baby.
tak lama lagi cousin baby Alice nak lahir dah, mama Mia nak cukupkan semua barang baby dia :)
kita pergi Sogo & Fabulous Mom TTDI.
Sogo macam biasa banyak sale (mommy tergoda dengan satu beg Elle nak buat beg pam!) :D
Fabulous Mom pula tengah buat clearence sale - boleh dapat diskaun untuk nursing bra 20% - 50% dalam RM25 each gitu!

mama Su belikan baby mama Mia pulak toy Lamaze sama yang dia bagi untuk baby Alice - amboi adilnya!
daddy macam biasa drive redah jem sabar² ke Sogo, Fabulous Mom dan sebelum balik beli juadah berbuka di bazar Ramadhan TTDI.
mama Mia penat² pun laratkan juga shopping.
moga² semua urusan baby mama Mia dipermudahkan :)

baby Alice suka tengok² sini sana :) mommy suka daddy bawa Alice dalam baby carrier - baru dapat jalan pegang² tangan macam orang bercinta :)


baby Alice bukan nak naik stroller, tapi nak tolak stroller!


daddy & baby Alice di Fabulous Mom TTDI, atas BSN yang dekat dengan CIMB, Public Bank area depan One Utama sana :)


mama Su & mama Mia borak² sama Alice di Brestfeeding Cafe Fabulous Mom (bulan puasa tak boleh order air di siang hari!)


mama Su belikan belon kitty kat bazar Ramadhan TTDI untuk Alice - nak beli kat depan Sogo penjual lari sebab nampak penguasa DBKL datang! :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...