damdiduuu

Showing posts with label hospital Pantai Ampang. Show all posts
Showing posts with label hospital Pantai Ampang. Show all posts

Friday, October 21, 2011

saya sayang abang!

daddy selalu sporting
mana² kita nak pergi, daddy bawa saja :)
thank you, daddy!

mommy happy sangat mama Mia dah selamat melahirkan anaknya.
sepupu Alice lah tu :)

mommy berterima kasih sangat² sama daddy
daddy memang dah terlalu banyak berkorban.

daddy drive dari rumah ke hospital Pantai Ampang.
dalam jem
dalam hujan
penat² lepas habis kerja
dengan perut lapar
dengai perangai pemandu² lain yang selalu membuatkan kita tak sengaja termencarut sepuas hati

sian daddy penat :(

di hospital daddy sabar
walau Alice kadang² menangis bila orang lain cuba tegur atau sentuh dia.
walau mommy berborak lama² macam tak nak balik
walau mommy tak dapat nak pegang Alice selalu sebab nak tolong mama Mia.

balik dari hospital pulak
dalam kereta lagi mommy sama Alice dah terlelap.
daddy sabar drive jauh² malam² dalam jem penat².
kadang² balik pun daddy dah lapar semula
tapi sebab penat, tidur saja :(

daddy baru nak makan, itu pun cuma burger saja :(

Alice pun sama.
ada kalanya Alice tak dapat tidur.
jadualnya berubah
kita bawa dia keluar malam² sejuk² lama².

kadang² dah sampai rumah kena tunggu lama juga baru Alice tidur
mommy dan daddy dah penat.
cuma mommy selalu ingatkan diri sendiri
Alice bukan buat perangai tak mahu tidur
tapi kita yang ubah jadual dia
jadi kita kena banyak sabar :)

Alice penat sampai malam dia tidur nenyak
pukul 3 pagi pun tak bangun menyusu macam selalu.
pukul 6 baru terjaga nak menyusu.
baby mommy is so strong :)
mesti kuat, bijak dan happy² selalu tau!

aiceh, Alice dah pandai minta barang kemas dari daddy! :D

kelahiran baby sulung mama Mia mengeratkan lagi keluarga kita :)
makin kerap dapat jumpa mama Su, mama Pi, mama Mia dan keluarga papa Zuri.
mommy makin sayang dan hormat pada daddy :*
mommy dapat hug Alice lagi lama² :)

alhamdulillah
semoga keluarga kita sentiasa diberkati dalam rahmatNya dan dikurnia kasih sayang yang sentiasa berpanjangan :)

Wednesday, October 19, 2011

mama Mia dapat baby!

baby mama Mia! :D

malam Selasa 18/10/2011 bila dah sampai 10.30pm
selepas 7 jam induced dan air kutuban dipecahkan,
selepas 22 jam mama Mia menanggung sakit contraction
akhirnya doktor buat keputusan untuk jalankan pembedahan.
baby masih belum turun ke kedudukan sepatutnya.

dalam pukul 11.30pm baby mama Mia selamat dilahirkan melalui pembedahan
alhamdulillah semuanya selamat :)

sekali lagi malam tu mommy tak senang duduk, tak lena tidur :)

tak sabarnya!
pagi tu berkobar² mommy ambil EL dan bersiap²
kalau bawa Alice tak tahu Alice boleh dibawa masuk ke wad atau tidak.
kesian pula kalau Alice tak dapat nap.
dengan stranger anxiety sekarang, mommy kena sentiasa jaga kalau Alice ada.

dengan berat hati mommy terpaksa hantar juga Alice ke nursery
walau pun hari tu mommy cuti :(
berat hati sebab lunch nanti mommy tak dapat nak datang feed Alice di nursery.
mommy faham sangat perangai Alice yang tak suka bottle feed
sama Alice tak suka berbaring saja di bouncer, nanti dia cepat bosan.
Alice selalu nak main, nak meniarap, golek², tengok dan belajar itu ini.
mommy berazam pam susu secukupnya untuk bekal nursery Alice esok
dan petang ini cepat² jemput & feed Alice :)

kisah di nursery Alice
semasa hantar Alice ke nursery
dalam banyak² hari
hari ini pulak budak kat nursery Alice tu nak melalak kuat² sampai nak keluar anak tekak lama².
lagi ditegur lagi buat perangai.
jadinya Alice tak dapat tidur
mommy yang tensen bila nak cepat tapi Alice masih belum tenang
tak boleh mommy nak tinggalkan Alice macam tu saja.

sudahnya memang lewat mommy gerak dari Damansara

daddy & baby Alice semasa melawat mama Mia di hospital
terima kasih, sayang :*

sayang sangat²!
memandu ke hospital Pantai Ampang membuatkan mommy terfikir sesuatu
betapa bertuahnya mommy selama ini.
ke mana² dibawa daddy
mommy rilex main² dan feed Alice.
tak perlu sentiasa berjaga² ketika memandu
tak perlu fikir nak ambil jalan mana
tak perlu hadap pemandu lain yang ada kalanya memandu macam orang kurang siuman.

terima kasih, sayang! :*

seperkara lagi yang mommy sedar
selalunya banyak tempat mommy tahu sebab dekat² tempat tu ada gig venue :p
macam hospital Pantai Ampang tu, dekat² dengan MyEvo Club House
itu la kot untung jadi Zaza Si Photographer
(masa anak dara dia drive sendiri ke gig)
:D

sudah sampai! sudah sampai!

sampai di hospital lega hati mommy.
mama Mia letih tapi selamat :)
baby pun sama :)

rasanya umie dan ayah baby dah setuju untuk beri nama pada baby pada hari ke-7
jadi buat masa ni kita panggil dia 'abang' saja :)

pagi² lagi mama Mia beritahu abang belum mahu menyusu
jadi mommy cuba tolong mama Mia cari posisi paling selesa untuk menyusu
cuba beri abang menyusu

mommy buat sarkas
mommy juga teringat
dulu masa mommy selepas bersalin di hospital
sebelah tangan pengang baby menyusu
sebelah tangan makan.
menyusu lama.
sampaikan orang dah kutip balik tray
tapi mommy belum sempat nak makan lagi.
perut lapar tapi sibuk.
tu yang sampai buat sarkas
baby sulung lagi dah menyusu pegang 1 tangan sambil buat kerja lain :p

jadi untuk mama Mia
mommy suapkan dia makan
sementara mama Mia feed abang.
walau pun mommy tak pandai bancuh bubur
(dalam tray ada bubur kosong, ayam, sayur halia, garam, perisa, buah oren 3 potong, sudu, garfu, tisu)
last² mama Mia makan bubur ayam tawar je :p

air mineral dalam cawan sama buah oren ... mommy rembat :D

ziarah
antara yang datang melawat hari tu yang sempat mommy jumpa Wawa, family papa Zuri, mama Su dan mama Pi.
ada juga yang mommy tak jumpa tau² tinggal hadiah.
mommy balik jemput Alice di nursery pukul 4 petang dan datang semula selepas daddy habis kerja.
sempat lah pam susu untuk Alice 2 kali di hospital, alhamdulillah :)

mama Su dah penat!
hari² drive Seremban - Nilai - KL - Seremban!


3 anak dara :D
hihihi ...


sila beratur ikut tinggi!

syukur ke atas kurniaanNya!
:)

Tuesday, October 18, 2011

mama Mia nak jadi umie :)

jadi kisahnya mama Mia sepatut bersalin 15 Oktober 2011
awal² lagi doktor dah kata ada tanda² mungkin bayi keluar selepas 40 minggu.

kita tunggu dengan penuh kesabaran.

2 hari kemudian
awal pagi Selasa, 18 Oktober 2011 mama Mia dah mula ada tanda² nak bersalin.
ada darah sikit dan mula rasa sakit contraction.
awal pagi makna pukul 12 malam.
asalnya mama Mia plan nak pergi hospital pagi²
mungkin mama Mia nak papa Zuri rehat cukup².

bila mommy tengok jadual contraction mama Mia
terus mommy cadangkan pergi hospital.
walau pun mama Mia kata contraction tak berapa sakit sangat, masih boleh tahan lagi
tapi mommy rasa baik pergi hospital
sebab contraction dia rapat².
kurang 5 minit dan berterusan.
tak semakin kurang sakit
dan tak semakin bertambah sela masanya.

yang penting mommy nak doktor pantau heart beat baby.
itu yang paling utama.
kalau betul bukaan 1cm, kena balik dulu
atau kena rehat di wad
tak apa la.
balik saja atau masuk wad.
apa² hal kita dah pastikan baby ok.

akhirnya mama Mia setuju ke hospital malam tu juga
dalam pukul 3.30am siap².

mommy yang tak senang duduk.

patutnya cuma ibu dan suami sahaja boleh masuk

di hospital
pukul 5 pagi mama Mia beritahu
dah sampai di hospital.
lama lagi nak bersalin.

yang tak sedap, belum apa² lagi nurse dah cadangkan ambil epidural
sebab katanya mama Mia tak tahan sakit.

nak cuti?
sepanjang hari mommy tak senang duduk.
mommy cadang nak cuti nak terus pergi temankan mama Mia sampai bersalin.
mama Mia kata bilik ni cuma suami saja boleh masuk.
kalau mommy cuti pun tak boleh jumpa juga.
lagi pun belum tahu bila nak bersalin
buatnya sampai petang tak bersalin, rugi je cuti.

sepanjang hari mommy bersabar
dan nervous!
macam mommy pulak nak bersalin!
yang nyata mommy nak keluar on time dan cepat² pergi hopital
walau pun masa tu la boss nak bagi kerja urgent! -______-

petang itu
mungkin dah lama sangat menunggu
selepas 16 jam mama Mia menahan sakit contraction
dalam pukul 3.30pm doktor induced dan pecahkan air kutuban.

yang mommy agak terusik
masa tu la mama Mia sms mommy macam².
mama Mia risau.
nanti bila nak bersalin contraction makin sakit?
lebih sakit dari sekarang?
kemudian selepas bersalin nak bersihkan
bila dijahit sakit lagi?
mama Mia penat.
letih menanggung sakit contraction dari pukul 12 malam.
dah 16 jam!
tak cukup tenaga sebab tak tidur.

buatkan mommy makin tak sabar nak jumpa dan tenangkan mama Mia :(

mommy fikir bila 3.30pm induced, pecah air kutuban dan bukaan 4cm.
mommy budget dalam pukul 6.30pm bersalin.
elok 6.30pm mommy habis kerja.
mungkin 7.30pm sampai hospital
dah siap² boleh jumpa mama Mia & baby :)

IV drip di tangan dan epidural di bahu :(

melawat di hospital
petang itu macam diduga
bila mommy nak bergegas ke hospital
last minute boss bagi kerja urgent.
tulisan cacing macam cakar ayam.
yang penting cepat.

satu hal, mommy tak boleh berlapar
nanti sakit kepala dah kena gastrik.
habis kerja, berlari jemput baby Alice di nursery
balik ambil daddy
kemudian berhenti beli burger gerai.
itu pun mommy ok lagi
boleh makan dalam perjalanan.
daddy terpaksa berlapar, redah jem tensen² drive jauh² waktu puncak dari Damansara ke Pandan Jaya.
thank you, sayang :*

sampai juga akhirnya!
sampai di hospital Pantai Ampang, mama Su dah sedia menanti.

mommy naik ke Delivery Suite
sepatut hanya ibu dan suami saja boleh masuk.
kesian mommy tengok
mama Mia bersabar menahan sakit.
masa tu dah 19 jam sakit!
papa Zuri dah tak tahu nak buat apa :(

rupanya mama Mia tengah sedated.
mommy dah pusing satu bilik ambil gambar dan berbual²,
kemudian baru mama Mia tegur ' ... eh macam mana angah boleh masuk?'
oh dia baru sedar mommy datang rupanya.
' ... angah kan ibu' jawab mommy.

mama Mia menahan sakit contraction :(

belum lagi!
rupanya malam itu masih belum ada tanda yang baby nak keluar cepat.
masih bertahan di dalam rahim ibunya.
memandangkan masa melawat dah terlebih tamat
dan lagi pula kita bawa baby Alice
terpaksa la kita balik saja

... dan mendoakan semuanya selamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...