damdiduuu

Thursday, October 13, 2011

sleepless with si baby

buat pertama kali, Alice tidur malam tak lena.
pampers dah tukar 4am.
perut tak kembung.
menyusu dah rasa macam terlebih.
tapi masih tak lena.

bila nak beralih mengiring ke sebelah sana, jadi terlebih
Alice dah terniarap pulak, siap angkat kepala
tu yang dia merengek²
tidur kejap², kemudian tau² dah terniarap (di lokasi² berbeza) sambil merengek.
pukul 3 mommy bangun pam susu
bila dah dekat pukul 6 pun Alice tak tidur, mommy mengadu kat daddy.
(mommy ingat dulu daddy pesan kalau apa² kejutkan daddy
daddy tak mahu mommy saja buat kerja sorang²).
sian daddy pulak terjaga :p

pagi tu sampai di nursery mommy beritahu pengasuh Alice.
dia pun tanya kalau perut kembung atau yak.
pengasuh Alice kata memang sekarang Alice makin lama tidur siang.
kalau pagi, sampai di nursery mommy bagi Alice menyusu dan tidurkan Alice.
pengasuh kata sampai pukul 11 pagi nanti baru Alice terjaga.

sibuk nak meniarap

pro berjaga malam
- dapat susu lebih banyak yay! :D

kontra berjaga malam
- Alice nampak penat
pada zahirnya memang tak ada nampak apa² yang luar biasa
cuma kalau dilihat betul², Alice tak seceria selalu.
kalau mommy buat lawak dia cuma senyum saja.
kalau selalu dia cepat teruja, cepat ketawa.
lawak.'ehe' senyum
lawak sama. 'ehe' lagi lebar
lawak sama. 'ehe' lagi lebar lagi
lawak sama lagi. 'ehehehe' ketawa.
memang senang nak bagi Alice ketawa.
bila tak cukup tidur, nampak Alice senyum saja suka, tapi tak ketawa pun :(

tidur opis
yang tak berapa best, boss mommy minta buat kerja urgent pulak petang tu.
dah ngam² waktu balik baru dia minta catat
(kes dokumen sulit la ni - tak mahu orang lain tengok invoice
tak nak orang tahu harga beli dari pengeluar
jadi boss sebut, mommy catat info)
ada 57 item semua.
lepas catat kena salin semula dalam xls.

keluar dari bilik boss, mommy terus sms pengasuh Alice
beritahu mommy balik lambat
boss suruh tidur opis
minta pengasuh beri susu pada Alice dulu
'Kesian :p' balas pengasuh Alice :p

mommy called daddy
daddy
pun tak boleh jemput Alice.
macam biasa daddy suruh beritahu saja boss kena balik cepat.
daddy suruh makan dulu - sebab mommy sakit perut dah lapar.
(balik sampai² rumah terus minum ubat gastrik!)

dalam 7.30pm baru mommy jemput Alice dari nursery.
sian Alice :(
balik rumah, daddy main sama Alice.
daddy minta mommy makan dulu
tq sayang! :*

tinggal susu
petang tu di pejabat siap saja send email, mommy shut down pc
terus keluar laju².
dah turun lif baru teringat - terlupa ambil susu Alice dalam peti ais.
nak patah balik takut TERLEBIH lambat.
tak apa lah, di rumah susu yang perah pagi tadi masih banyak.
memandangkan susu tu susu hari khamis
jadi stok beku saja lah nampaknya.

fitrah manusia
hari itu mommy risau juga
boleh kata tidur sekejap² malam tadi
boleh ke berjaga hari ni?
boleh buat kerja?
sampai petang?
ke sangap lepas makan bila perut kenyang?

rupanya kita selalu underestimate diri kita.
(macam exam SPM, tak sangka kita boleh ingat 2 tahun punya pelajaran
sampai berbelas² subjek pulak tu kan!)
alhamdulillah mommy ok.
kuat rupanya Tuhan buat ibu² ni :)
walau apa pun cabaran, tengok budak comel tak ada gigi hidung cik
sejuk rasa hati
hilang semua yang negatif
bertambah rasa sayang, tanggungjawab dan sifat semulajadi untuk menjaga & melindungi :)

tidurlah sayang

apa kena?!
malam tu puas kita belek.
Alice tumbuh gigi?
mommy budget kalau Alice tumbuh gigi mesti bawah sebelah kiri dulu
sebab Alice selalu letakkan jari dia kat situ.
tak ada.

kaki/tangan Alice sakit?
tak ada.

ruam lampin?
belakang badan?
tak ada.
sejak ambil ubat di KJMC alhamdulillah ruam Alice dah sembuh.

habis tu apa?
kenapa Alice tak dapat tidur?
entah.
sampai sekarang kita masih belum tahu.
yang nyatanya, mommy harap ni cuma satu episod.
bukan habit baru Alice!

normal
alhamdulillah, balik dari nursery
masa Alice main sama daddy, dia mula ketawa² balik.
dah puas tidur agaknya.
dan yang paling best
esoknya Alice tidur macam biasa
walau pun malam tu bila Alice dah lena,
mommy tutup suis ada bunyi 'tik'
Alice terjaga semula :p

syukur :)
moga² selepas ni apa pun cabaran, kita akan selalu kuat.
lebih² lagi lepas daddy urut mommy - kalah bidan kampung dia punya kuat! :p
thank you, sayang.
mommy sayang daddy rambut cantik :*

p/s: siapa dah lama tak jumpa abang mesti perasan rambut abang cantik - panjang dan lurus dah ala² rebonding. pakai syampu saja, katanya :p

0 orang ckp 'shut up u!':

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...