okay okay okay!
tak ada apa yang epic pun
biasa la mak²
cepat sangat over excited :p
ceritanya macam ni:
pada umur Alice 3 bulan dulu
mommy ada cuba² beri Alice pensil
untuk belajar conteng²
dan main piano.
budak besar tu nak duduk sendiri pun tak boleh lagi
Alice pun conteng² terpaksa je
main piano pun sama
(nak jadi emak over achiever punya pasal!) :p
jadi pada masa tu
mommy tak ada la paksa dia sangat.
selepas tu ada juga mommy beri Alice pensil
dia masih genggam kuat² macam barang lain
dia tak faham pun apa fungsi alat tulis tu.
sekarang
masuk saja umur 16 bulan
yang mommy perhatikan
malam² saja Alice mula sepah²kan majalah.
bila daddy bacakan majalah untuk Alice
seronok sangat dia.
oho! Alice dah mula lebih minat
nak main buku rupanya.
(sebelum ni pun minat, tapi sekarang nampak lebih ketara)
tengah mommy duk menulis kira² di bilik
Alice datang dan mula nak main sama².
sebesar² alam
Alice duduk himpit² sama mommy
ambil pen dan terus menulis pada buku
conteng
conteng
conteng
biar betul?!
terkejut mommy!
tak sangka pada umur 16 bulan
Alice dah boleh pegang pen atau pensil dengan baik
dan boleh conteng².
terus mommy ambil pensil dan buku kosong
yang dapat dalam door gift birthday budak kat nursery Alice
dan beri pada dia.
betul la!
Alice boleh menulis!
senang kerja mommy!
:p
Alice sentiasa ada pilihan!
kalau pensil
boleh terus tulis.
pen yang mommy beri
bentuknya lebih kurang sama hujung dan pangkal
jadi Alice pusing² dulu pen
untuk tengok yang mana tempat yang boleh tulis
kemudian baru dia pegang betul² :)
pensil Ikea yang pendek² tak berapa stim sangat.
Alice suka pensil panjang
:D
dah mula belajar?
bila tanya pada pengasuh di nursery
Alice dah belajar menulis ke?
kakak tu jawab
Alice tak boleh jumpa buku dengan pen kakak tu
cepat je nak conteng!
hmmm tak kisah la macam mana boleh mula.
cumanya sekarang dah nampak
Alice ada kecenderungan untuk belajar
pegang pen/ pensil
dan menconteng.
bila minta semula pensil
dia tak mahu pulangkan
kusyuk sangat nak menconteng.
kena la channelkan pada saluran yang betul
untuk galakkan lagi minat dia tu :)
dah boleh beli pensel warna
dan buku lukisan ya?
:D
p/s: mama Su kata nanti habis la dinding rumah!
daddy kata nak beli Nippon Paint :p
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment