nebulizer!
dia yang tak boleh duduk diam
asyik menyelidik sini sana
bila terjumpa nebulizer mask
terus pergi jauh² dah nangis.
kepala geleng².
takut & sedih.
ceritanya macam ni
Alice batuk dan selsema.
sebab tak nak ambil cuti
dan budget tak besar
kita bawa ke doktor biasa saja.
malangnya dah seminggu lebih
masih tak berkurang batuk dan selsemanya.
tambah lagi pulak kat nursery budak ramai sakit.
lagi bertambah berjangkit.
mungkin lambat sembuh sebab doktor tu tak beri antibiotik
cuma beri ubat untuk batuk dan selsema saja.
agaknya lah.
hijau
hari ini tengah siap² nak ke nursery
mommy terkejut tengok hingus Alice banyak sangat
sampai dah ke mulut.
warna pulak dah hijau² sikit
tak clear saja macam waktu mula² dulu.
terus mommy call
tanya kalau paed buka klinik.
alhamdulillah.
merasa la kita redah traffic jammed ke KJMC Kelana Jaya.
who's the weezer?!
awalnya mommy ingat
kita akan dapat ubat biasa
antibiotik perisa strawberi
ubat selsema dan ubat batuk.
bila doktor check dengan stethoscope
katanya ada bunyi wheezing.
tak tahu la apa maknanya.
bagus ke tak bagus kalau wheezing?
cuma doktor tanya kalau keluarga ada sejarah lelah.
mommy kata tak ada.
mommy tak ada.
daddy tak ada ... agaknya :p
tapi arwah mak mommy meninggal sebab kanser paru².
ala biasa la budak²
dulu kita kecik² pun ada lelah kan
tapi sekejap saja
sekarang ok sihat walafiat.
bukan 3
tapi 6 botol ubat doktor beri
('beri' la sangat, bayar mahal tu tau!)
selain ubat biasa
antibiotik
selsema
batuk
siap ada untuk
kahak
alergi
ubat lelah.
yang tak disangka²
doktor prescribed 3 kali sesi nebulization untuk Alice.
bila dengar saja
mommy terkejut
kan batuk dan selsema biasa saja.
takkan kena buat treatment untuk lelah?!
memang la pead ni specialist
dah terbukti prescription dia yang sebelum ni semuanya mujarab
tapi mommy ragu².
perlu ke?
dan satu yang buat risau
tentu la kosnya.
dilema perantau
dah la sekarang nak raya
tambahan lagi tahun ni pertama kali kita merancang nak raya di Singapura.
budget macam cukup tak cukup je ni.
macam mana nak bayar ubat Alice ni kalau nebulization je dah sampai 3 kali?
risau!
risau!
risau!
dalam masa menunggu
nak saja mommy bawa Alice keluar
tak payah nebulizer
tak payah ubat lelah.
tapi disebabkan nebulization ni dah masuk sekali dalam bil
mommy sabar saja la.
this is it!
bila masuk dalam bilik
sedia untuk sesi nebulization
yang buat slack
ialah Alice tak selesa dengan stranger
jadi bila kena usik dengan nurse lagi Alice dah nangis.
dia tak nak dengan stranger.
jadinya dari awal ke akhir
Alice meronta² menangis² tak henti².
mommy pun tak kuat sangat nak pegang Alice
itu yang buat jadi lebih mencabar.
selepas selesai semua urusan
mommy called daddy beritahu dia
sebab mommy tak mahu nanti mommy redah traffic jammed daddy call.
daddy risau juga.
tak lama selepas tu daddy kata dia nak balik.
kenapa?
tak perlu pun.
next session nebulizer lepas buka puasa.
balik sekarang pun bukan boleh buat apa.
daddy tak sedap hati, katanya.
risau sangat.
kerja pun tak boleh concentrate.
daddy ambil off day petang tu.
tak nak!
kebetulan bila daddy balik
mommy baru lepas feed Alice dengan taufu fah.
lepas makan, boleh la makan ubat.
satu perkara yang kita tak sangka
lepas kena neb
Alice dah trauma.
tak mahu makan ubat.
kalau sebelum ni, masuk saja umur 13 bulan
Alice suka makan ubat.
beri saja picagari yang berisi ubat pada tangan Alice
nanti dia suap ke mulut.
3 kali picit habis la satu dos.
tapi selepas kena neb
Alice dah tak mahu.
balik jadi macam Alice kecik dulu
kita kena paksa dia makan ubat
:(
next session
malam tu bila kena neb lagi sekali
sama macam yang mommy jangka.
video: Alice's neb session.
cuma daddy yang pegang Alice, jadi kuat sikit
dan pembantu hospital lelaki.
Alice kurang meronta
tapi tetap menangis dari awal sampai habis nebulization.
the silver lining
yang tak disangka²
malam tu Alice tidur nyenyak sungguh!
tak banyak kerenah.
drink milk, tidur.
selalunya sekejap² Alice akan terjaga dan menangis.
malam tu Alice tetap terjaga 2 jam sekali untuk menyusu
tapi dia lebih tenang
tak menangis
dan lebih cepat tidur semula.
bagun pagi pun lepas menyusu, Alice ceria main².
tak bad mood nangis² macam selalu.
subhanallah!
alhamdulillah!
semoga Tuhan berikan yang terbaik untuk kita semua
dan semoga kita selalu dilindungi dan dirahmati.
salam Ramadhan
:)
gross charges for nebulizer
KJMC Kelana Jaya, August 2012.
Nebulizer RM10
Procedure RM7
Ventolin RM5 x 3
Flamicort RM8.30
total bill termasuk 3 kali nebulization dan 6 botol ubat: around RM200.
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment