walau cuma beberapa kerat
dan bukan tempat yang paling seronok dalam dunia
inilah antara cerita raya kita :)
aku antara anak yang tak sempat.
tak sempat bawa mak jalan² naik kereta sendiri.
tak sempat belanja mak dengan duit gaji.
tak sempat belikan hadiah best² untuk mak.
tak sempat bawa mak pergi holiday.
tak sempat bagi mak duit belanja bulan².
tak sempat bagi mak duit shopping barang mengarut².
tak sempat belikan mak gelang emas.
tak sempat bawa mak tidur rumah (aku) sendiri.
tak sempat kenalkan mak dengan pak we ensem.
tak sempat minta mak buat itu ini untuk majlis kenduri.
tak sempat bagi mak timang cucu.
tak sempat nak cerita dengan mak pasal bekas TPM dah buat parti sendiri ...
apatah lagi bila dah jadi mak
pantang berpisah sekejap
dah rindu dengan anak.
walaupun cuma di tempat kerja
dan anak di nursery.
terbayang² senyum dan keletahnya :)
semua tu buat aku terfikir
apa agaknya perasaan mak di JB
yang dah lama tak jumpa abang.
mak yang sampai sekarang masih bekerja
yang masih punya anak yang bersekolah
yang tenaganya makin berkurang mengikut usia
yang turut perlukan sokongan moral, mental dan material.
sebab tu aku usahakan juga untuk balik JB
sekerap yang mungkin
lebih² lagi pada hari raya.
jauh
untuk mak
bila² pun kita boleh jumpa.
selalunya bulan Ramadhan
mesti mimpi mak :)
kalau tahun² sebelum ni mimpi ke kebun bunga mak yang penuh mekar dengan macam² bunga yang aku tak pernah tengok
kali ni mimpi mak dengan arwah wan pulak
anak beranak relax² lepak² :)
tak payah
ziarah kubur pada hari raya
memang sesuatu yang tak perlu.
berdoa, di mana² pun sampai.
cuma ziarah kubur mengingatkan kita pada mati
mengingatkan kita yang selalu lalai
mengingatkan kita pada jasa yang patut dikenang
mengingatkan kita yang hidup ini cuma sementara
mengingatkan kita bahawa ajal itu adalah benar
terima kasih banyak²
pada abang, kakak dan Apih yang sama² menemankan.
entah bila tiba masa kita pulak.
Al Fatihah ...
0 orang ckp 'shut up u!':
Post a Comment